Salam Perpaduan...
Salam Keluarga Malaysia...
Alhamdulillah, pagi tadi aku berkesempatan dan berpeluang untuk menghadiri sebuah karnival yang bagi aku begitu menarik, meriah dan menghiburkan iaitu 'Karnival Semarak Uniti Keluarga Malaysia Teguh Bersama' anjuran Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan yang bertempat di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.
Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan oleh pihak penganjur bagi menarik hampir 5,000 orang untuk hadir ke karnival berkenaan. Antara Uniti Fun Walk, Piknik Keluarga Malaysia, Kenduri Rakyat, Jualan Murah Keluarga Malaysia, Rumah Kami dan macam-macam lagi.
Aku sendiri pun join Uniti Fun Walk sebagai tanda sokongan kepada penganjuran karnival ini dan dapat t-shirt percuma warna merah. Pendaftaran seawal 6.45 pagi aku datang semata-mata untuk join aktiviti ini. Almaklumlah, aku ni pantang dengan aktiviti-aktiviti yang bersifat percuma. 😅
Banyak juga pempamer yang hadir dalam karnival ini yang terdiri dari agensi-agensi Kerajaan seperti Yayasan Wilayah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Prasarana Rapid KL, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), PERKESO dan lain-lain lagi.
Ramai juga selebriti dan atlet sukan negara yang hadir sebagai Ikon Perpaduan seperti Bell Ngasri, Angeline Tan, Umi Nazeera, Datuk Rashid Sidek, Zyad Zolkefli, Safee Sali, Najwa Ann dan lain-lain lagi. Dan semestinya aku turut ambil kesempatan untuk bergambar dengan dorang.
Aku juga sempat melihat gelagat kanak-kanak tadika dari Tadika Perpaduan yang menyertai Pertandingan Peragaan Si Cilik yang menampilkan kanak-kanak tersebut menyerupai tokoh-tokoh Negara seperti Tun Dr Hasmah Ali, Rentap, Mat Kilau, Tok Janggut, Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Datuk Azizulhasni Awang dan lain-lain lagi.
Apa yang best kali ini, aku menang nombor cabutan bertuah iaitu nombor aku, 2008 dipanggil dan mendapat Pembersih Vakum Tangan Pensonic PVC-1000H. Alhamdulillah...rezeki dari Allah.
Aku sendiri tak sangka nombor aku dipanggil kerana sebelum tue aku dah naik motor untuk pulang selepas habis larian tetapi hujan turun dengan lebat secara tiba-tiba dan aku terus ke khemah utama sementara tunggu hujan berhenti dan kebetulan masa tue ada persembahan Ismail Izzani.
Sambil dok ralit tengok persembahan, aku sempatla dua tiga kali beratur untuk ambik air milo percuma 😅 dan dalam masa yang sama cabutan utk 20 yang pertama dipanggil dan kebetulan masa tue, nombor aku pun naik 😅 Tahniah kepada yang dapat motosikal, basikal, televisyen, rice cooker, mixer, blender dan lain-lain lagi.
Bagi aku, karnival ini patut diteruskan di masa akan datang dan venue juga dikekalkan disebabkan ianya mudah untuk ke sana dengan ruang parkir yang banyak dan ramai orang beraktiviti di situ. Tahniah pihak penganjur.
Wallahua'lam...
Ikhlas dari,
WMHMY
Kuala Lumpur
20 Ogos 2022
No comments:
Post a Comment