Pages

Wednesday, August 31, 2022

Eksplorasi Merdeka RapidKL 2022...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Keluarga Malaysia...

Sebelum tu, aku nak ucapkan 'Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yg ke-65' pada hari ini, 31 Ogos 2022 buat semua Rakyat Malaysia.

Sambutan Hari Kebangsaan kali ini cukup-cukup meriah terutamanya event terbesar iaitu Perarakan Kemerdekaan di Dataran Merdeka yang dikatakan hampir 100,000 orang yang telah membanjiri Dataran Merdeka seawal 4.30 pagi.

EKSPLORASI MERDEKA RAPID KL 2022

Alhamdulillah, aku sempat berpeluang untuk menyertai satu program anjuran Rapid KL / Prasarana iaitu 'Eksplorasi Merdeka RapidKL 2022' yang bersempena dengan sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke-65 ini.

Penyertaan bagi aktiviti ini adalah melibatkan 50 kumpulan di mana 1 kumpulan mempunyai 4 orang ahli. Aku tak terkecuali untuk sertai aktiviti ini dengan nama kumpulan No.42 iaitu 'The Winter Soldier' yang terdiri dari aku sendiri, Nazrul, Adam dan Anuar.

Mulanya, aku sendiri tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi tetapi sekadar meletakkan KPI untuk menjadi sekitar Top 15. Tetapi Alhamdulillah, kami berakhir dengan mendapat ranking ke-5 dari 50 kumpulan. 

Kami bermula sekitar jam 12.30 tengahari dan tiba di garisan penamat pada 3.32 petang dimana hanya membezakan 9 minit dengan kumpulan Top 3. Ini satu pencapaian yang agak baik dan mengejutkan.

Terdapat 5 checkpoint bagi kali ini. Dimana, cabaran bagi setiap checkpoint agak mencabar dimana ianya melibatkan pembayang yang berkait dengan nama-nama station di bawah Prasarana termasuklah LRT / MRT / Monorel dan sebagainya lagi.

Setiap checkpoint pulak terdapat beberapa tugasan lain yang perlu dilaksanakan oleh setiap kumpulan sehingga pasport yang diberikan kepada kami, dicop setelah selesai tugasan di setiap checkpoint tersebut.

Aktiviti seperti ini sebenarnya sangat menarik terutamanya ianya diadakan pada Hari Kebangsaan dan sedikit sebanyak memberi satu 'vibe' yang sihat terutamanya melibatkan fizikal, mental, pengetahuan dan pelbagai lagi. 

Terdapat juga beberapa moments yang menarik untuk dikongsikan sepanjang ekplorasi ini diadakan, iaitu :-

i. Kami dikenakan penalti selama 6 minit ketika di Checkpoint 04 - Bukit Bintang.
ii. Salah seorang ahli kami terpisah semasa menaiki MRT / LRT. Dan perkara ini berlaku sebanyak dua kali. 😅
iii. Bergambar dengan pelancong asing. Ada sekali tunggu, permintaan kami ditolak 😅
iv. Berjoget lambak dengan seorang brother yang sporting di station Monorel.
v. Berdepan dengan ramai giler manusia di Station Pasar Seni 😅

Secara kesimpulannya, aku berpuas hati dengan pencapaian kumpulan aku untuk kali ini. Tahniah buat semua :) Sebelum tue, jom aku kongsikan beberapa keping gambar sepanjang aktiviti nie berlangsung.


Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
Setapak Kuala Lumpur
31 Ogos 2022
wan_hazem19@yahoo.com

No comments:

Post a Comment