Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...
Akhirnya buat kali pertama dalam sejarah politik kepimpinan negara, Barisan Nasional tersungkur di dalam Pilihanraya Umum Ke-14 dan mengangkat Kepimpinan Pakatan Harapan yang diketuai oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7 dan YAB DS Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia Wanita yang pertama. Tahniah buat semua warga Malaysia dengan semangat #MalaysiaBaru .
MACAU, AKU DATANG !
Genap seminggu aku menjelajah atau mengembara seorang diri ke Macau iaitu Negara Ke-12 yang sempat aku jejaki secara solo selama beberapa hari di sana menggunakan direct flight dari Kuala Lumpur ke Macau dengan bajet yang begitu terhad dan rendah tapi bermewah. Cewahhh...
Sejujurnya, aku tak pernah terlintas untuk ke Macau (sama seperti Japan) kerana untuk ke sana pasti memerlukan bajet yang tinggi, tetapi jangkaan aku salah kerana kedua-dua negara ini mampu aku jejaki dengan bajet yang rendah di mana Japan (Osaka, Kyoto dan Kobe) perbelanjaan aku secara keseluruhan hanyalah RM1,440.95 manakala untuk Macau perbelanjaan aku secara keseluruhan hanyalah RM594.48 saja untuk beberapa hari termasuklah tiket flight pergi balik, hotel, makan minum, shopping dan lain-lain lagi.
Sepatutnya aku mahu kongsikan dulu pengembaraan aku sebelum ini iaitu Luang Prabang (Laos), Phnom Penh (Cambodia), Davao & Puerto Princessa Palawan (Philippines), Nha Trang (Vietnam) dan Bali (Indonesia), tetapi hatiku lebih teruja untuk berkongsi pengembaraan aku ke Macau saja dahulu.
Serba sedikit tentang Macau dimana Macau ini terletak di tebing barat Pearl River Delta, China. Ia terdiri daripada semenanjung Macau, Pulau Taipa dan Coloane. Semenanjung Macau bersempadan dengan Tanah Besar Zhuhai, Wilayah Guangdong dan berjarak kira-kira 60km dari Hong Kong. Pada pertengahan abad ke-16, orang Portugis tiba dan membuat petempatan di sini dan pada 20 Disember 1999, Macau menjadi Wilayah Pentadbiran Khas Republik Rakyat setelah lebih 400 tahun dibawah pentadbiran Portugis.
Kini, pentadbiran Macau dikenali sebagai autonomi tahap yang tinggi dengan prinsip 'satu negara, dua sistem'. Namun begitu, seni bina bandar, seni, agama, tradisi, makanan dan masyarakat masih mencerminkan asimilasi budaya Cina, Barat dan Portugis. Pada Tahun 2005, Pusat Sejarah Macau telah tercatat di dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO terhasil oleh keunikan sejarah dan persekitaran kebudayaannya.
Menarik kan? Hahaha...kebetulan aku ke Macau ini di musim panas. Suhunya cukup panas berbanding Malaysia. Dan permulaannya sebelum aku ke Macau, hasil carianku mengenai Macau ini adalah sangat2 kurang sehinggalah aku berpeluang berinteraksi dengan wakil Macao Tourism Malaysia yang memberikan aku satu kit travel mengenai Macau bersama-sama dengan cenderahati dari Macau. Thanks a lot ya Macao Tourism Malaysia dan Saudara Aznil Ashikin (Pak Nil) & Raja Hazman Raja Dolah yang sudi berkongsi sedikit sebanyak mengenai Macau ini. Thanks a lot ya!
Banyak sebenarnya tempat-tempat menarik di sini terutamanya dari aspek sejarah, budaya/kesenian, makanan dan pelbagai lagi yang menarik dan mata saya sentiasa tertumpu kepada hotel-hotel mewah yang terdapat di sana berserta Casino nya. Hahaha...
Pengangkutan? Bagi aku pengangkutan awam di sana sangat mudah kerana terdapat banyak shuttle bus free (antara hotel ke hotel) dan bas awam (kena bayar 6MOP sekali naik). Kedua-duanya aku gunakan sebaik mungkin dan aku juga berkesempatan untuk mencuba cable car yang terdapat di Flora Garden untuk ke puncak Guia Light House Macau. Hanya 3MOP untuk return.
Penginapan? Penginapan di sini sangatlah mahal dan setahu aku kebanyakan yang datang ke Macau hanya sehari saja dan balik hari melalui Hong Kong. Tetapi disebabkan aku pernah ke Hong Kong, so aku hanya fokus untuk pusing-pusing Macau sahaja untuk trip kali ini. Aku menginap di Hou Kong Hotel yang harga dia untuk satu malam lebih kurang RM220. Mahal kan? sebab di sini takde hostel / dorm untuk backpacker. Huhu...
Makanan Halal? Di sini memang ada restoran makanan halal tapi ketika aku pergi, kebanyakan restoran makanan halal di sini semuanya tutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan. So, duit aku banyak habis untuk beli Portuguese Egg Tart saja.. Hahaha...
Insyaallah, untuk next entry, aku akan kongsikan mengenai tempat-tempat menarik di Macau secara terperinci dan laluan arah menggunakan public transport ke sana dan jom aku kongsikan beberapa keping gambar untuk tatapan pengunjung blog aku ini. Yeahhhh ;)
Sekian, terima kasih.
Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
My Instagram : @CatatanAjim
No comments:
Post a Comment