Salam Perpaduan...
Salam Sehati Sejiwa...
Wonderful Indonesia - satu trademark promosi yang dibuat oleh Pemerintah Indonesia bagi memperkenalkan pelancongan Indonesia dan aku antara salah seorang pelancong yang menjadikan Indonesia sebagai salah satu destinasi pelancongan aku kali ini. Dan Surabaya adalah pilihan aku kali ini ( iaitu buat kali ketiga aku ke Indonesia) setelah pernah travel ke Pulau Batam (2009) dan Jogjakarta (2014).
Surabaya, Aku Datang !
Aku di depan mercu tanda Suroboyo... |
Surabaya cukup terkenal dengan tempat-tempat peninggalan sejarah dan banyak sejarahnya yang boleh diexplore dan aku akan kongsikan semua tempat-tempat menarik di Surabaya untuk entry yang seterusnya. Korang mesti tunggu kerana banyak info yang aku akan cuba sampaikan nanti.
Persembahan Jaranan... |
Surabaya - Kota Yang Penuh Peninggalan Sejarah
Yup, benar! Surabaya adalah sebuah kota yang penuh dengan peninggalan sejarah. Banyak info dapat diperolehi melalui kepelbagaian muzium dan monumen yang wujud di sana seperti Museum 10 November, Museum Kesehatan, Tugu Pahlawan, Siola, Monumen Kapal Selam, Surabaya City Hall dan lain-lain lagi.
Aku di depan Monumen Kapal Selam... |
House Of Sampoerna... |
Tugu Soekarno - Hatta... |
Aku boleh katakan bahawa Surabaya adalah sebagai sebuah destinasi travel/pelancongan yang berkonsepkan sejarah. Walaupun ianya tidak secara keseluruhan tetapi inilah Kota Indonesia yang boleh diexplore secara menyeluruh sekiranya anda benar-benar suka berjalan. Pengangkutan di sana sangatlah mudah kerana wujudnya GRAB dan UBER dan kita berpeluang untuk pilih samada untuk gunakan kereta ataupun motor.
Jalan-Jalan Cari Makan di Surabaya
Iya! Surabaya juga banyak dengan kepelbagaian makanan/kuliner yang unik dan aku berpeluang untuk merasainya. Ini semua hasil dapatan info dari pelbagai pihak termasuk kenalan-kenalan baru aku. Ada beberapa makanan yang aku ingin kongsikan kepada korang untuk korang cuba sekiranya ke Surabaya iaitu :-
Mie Iblis... sangat2 enak! |
Es Buto Ijo...boleh tahan... ~ |
- Mie Istana ( di Restaurant Mie Mapan - iaitu mie yang diasingkan supnya yang turut disekalikan dengan siomay, bebola, tauhu juga pelbagainya lagi. Rasanya ok-ok saja dan sedap!)
- Mie Iblis ( di Restaurant Mie Setan Duyuh Kupang - iaitu mie goreng yang digaulkan bersama cabai dan disekalikan dengan ayam dan bawang goreng serta sekeping daging dan keropok. Dan ini adalah antara makanan yang paling aku suka. 2 pinggan aku makan Mie Iblis nie. Hahaha tapi bagi yang suka pedas, aku cadangkan untuk cuba makan Mie Setan yang pastinya akan membuatkan korang menangis kepedasan. Di sini juga aku sempat rasai minuman Cozy Orea & Es Buto Ijo)
- Bakso Special ( di Kiosk Bakso Pak Djo Petra-Manyar - di sini aku mencuba Bakso Special yang dimakan bersama kicap manis dan sos berserta kepelbagaian bebola, tauhu dll. Bakso special ini juga dimakan bersama popia berintikan ayam yang cukup rangup)
- Sate Klopo ( di Sate Klopo Bu Ipah tetapi aku cadangkan korang makan di Sate Klopo Bu Asih yang dikatakan amat popular di kalangan pelancong dan tempatan sekiranya ke Surabaya. Sate Klopo ini adalah sate ayam dan daging yang disaluti kelapa berserta kuah ala kuah pasembor)
- Mie Ayam ( di Pantai Kanjeran - di sini aku mencuba makan Mie Ayam tetapi agak kurang menarik rasanya dan sebaiknya korang cari di tempat lain.)
Kenalan Baru Surabaya
Alhamdulillah, banyak juga sebenarnya kenalan-kenalan baru aku di sana. Semuanya adalah secara kebetulan dan semuanya banyak membantu aku sepanjang berada di sana. Aku berpeluang dipertemukan dengan Mbak Dika dan seorang CAK yang bernama Rizal yang menjadi tour guide aku dari jam 9 pagi hingga jam 3 petang menggunakan bas khas wisata. Beliau sangat-sangat berinformasi dan secara totalnya, bajet aku menjadi sangat-sangat minima kerana hanya bayar 7,500 rupiah (RM2.40) untuk perjalanan di sana dengan membawa aku hampir 6 lokasi menarik sepanjang disana seperti menonton LIVE persembahan Jaranan, museum Surabaya (Siola), City Hall Surabaya (termasuk lawatan ke Surabaya City Hall Bunker), Monumen Kapal Selam (juga termasuk ke dalam kapal selam dan menonton videorama), Pantai Kenjeran (termasuk singgah di Jambatan Suroboyo, Perkampungan warna-warni, melihat Jambatan Suramadu dan Sentra Ikan Balak - Taman Suroboyo) dan Sentra UKM Merr (pusat oleh-oleh khas Surabaya).
Then aku terjumpa dengan seorang akak iaitu Mbak Heti yang guide aku sekiranya hendak ke Gunung Bromo yang hanya bayarannya sebanyak 250,000 rupiah (RM78) untuk pakej lengkap ke sana termasuk semua kemudahan disediakan. (kalau ada yang nak, saya boleh kasi no.contact tour guide tue). Tapi masa tidak mengizinkan aku ke sana kerana jadual / itenary aku agak padat sebenarnya sepanjang berada di sana.
Mbak Dika dari Surabaya Tourism yang sangat-sanagt membantu dengan segala info di sana dan dia ada kenalkan aku dengan 1 team dari Surabaya Tourism yang akan jadi tour guide secara percuma tetapi jadualnya tak kena pulak dengan jadual aku.
Kaka Hajar yang bawak pusing-pusing di Kampong Jojoran naik sepeda melihat kehidupan di situ, Mas San yang bawak lihat Jambatan Suramadu di tengah malam juga naik sepeda motor juga pusing-pusing di perkampungan sebelah Tunjungan Plaza, Mbak Ayu yang perkenalkan aku dengan kepelbagaian makanan di sana seperti Mie Setan, Pangsit dan lain-lain lagi, Kaka Dony yang banyak berkongsi info pasal Surabaya termasuklah Mistik Delta Plaza, Ibu Yati yang menjadi tour guide aku sepanjang berada di Tugu Pahlawan dan Museum 10 November dan Aril yang aku kenal sebelum ke Surabaya.
Secara keseluruhannya, Surabaya adalah salah satu destinasi yang MESTI korang datang sekiranya korang ke Indonesia. Insyaallah, sekiranya aku berpeluang ke sana lagi, akan aku explore beberapa tempat lagi yang belum sempat aku terokai. 5 hari 4 malam telah digunakan sebaik mungkin ketika berada di sana. Insyaallah, sampai jumpa!
Sekian, Wallahua'lam...
Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Alhamdulillah, banyak juga sebenarnya kenalan-kenalan baru aku di sana. Semuanya adalah secara kebetulan dan semuanya banyak membantu aku sepanjang berada di sana. Aku berpeluang dipertemukan dengan Mbak Dika dan seorang CAK yang bernama Rizal yang menjadi tour guide aku dari jam 9 pagi hingga jam 3 petang menggunakan bas khas wisata. Beliau sangat-sangat berinformasi dan secara totalnya, bajet aku menjadi sangat-sangat minima kerana hanya bayar 7,500 rupiah (RM2.40) untuk perjalanan di sana dengan membawa aku hampir 6 lokasi menarik sepanjang disana seperti menonton LIVE persembahan Jaranan, museum Surabaya (Siola), City Hall Surabaya (termasuk lawatan ke Surabaya City Hall Bunker), Monumen Kapal Selam (juga termasuk ke dalam kapal selam dan menonton videorama), Pantai Kenjeran (termasuk singgah di Jambatan Suroboyo, Perkampungan warna-warni, melihat Jambatan Suramadu dan Sentra Ikan Balak - Taman Suroboyo) dan Sentra UKM Merr (pusat oleh-oleh khas Surabaya).
Aku dengan Mbak Dika... |
Mbak Dika dari Surabaya Tourism yang sangat-sanagt membantu dengan segala info di sana dan dia ada kenalkan aku dengan 1 team dari Surabaya Tourism yang akan jadi tour guide secara percuma tetapi jadualnya tak kena pulak dengan jadual aku.
Kaka Hajar yang bawak pusing-pusing di Kampong Jojoran naik sepeda melihat kehidupan di situ, Mas San yang bawak lihat Jambatan Suramadu di tengah malam juga naik sepeda motor juga pusing-pusing di perkampungan sebelah Tunjungan Plaza, Mbak Ayu yang perkenalkan aku dengan kepelbagaian makanan di sana seperti Mie Setan, Pangsit dan lain-lain lagi, Kaka Dony yang banyak berkongsi info pasal Surabaya termasuklah Mistik Delta Plaza, Ibu Yati yang menjadi tour guide aku sepanjang berada di Tugu Pahlawan dan Museum 10 November dan Aril yang aku kenal sebelum ke Surabaya.
Secara keseluruhannya, Surabaya adalah salah satu destinasi yang MESTI korang datang sekiranya korang ke Indonesia. Insyaallah, sekiranya aku berpeluang ke sana lagi, akan aku explore beberapa tempat lagi yang belum sempat aku terokai. 5 hari 4 malam telah digunakan sebaik mungkin ketika berada di sana. Insyaallah, sampai jumpa!
Sekian, Wallahua'lam...
Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
No comments:
Post a Comment