Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam Sehati Sejiwa...
Perghhh...lamanya aku menghilang hampir 2 bulan tanpa sebarang entry
untuk dikemaskini. Bukannya tiada sebarang berita tetapi tugasku yang semakin
sibuk dengan pelbagai perkara di pejabat dan penyertaan aku dalam pelbagai
aktiviti di luar pejabat. Banyak sebenarnya aku nak bercerita tetapi aku nak
mulakan entry bagi Tahun 2017 adalah dengan perkongsian aku mengenai filem The
Apprentice.
THE APPRENTICE (2016)
Pernahkah anda semua mendengar mengenai filem The Apprentice (2016)
dari produksi filem Singapura yang diarahkan oleh saudara Boo Junfeng? Aku
cadangkan korang semua tengok dahulu trailernya di youtube, pasti korang akan
tertarik dengan babak-babak yang diketengahkan berlatarbelakang kawasan dalam
penjara dan tempat tali gantung.
Sejujurnya, 2 kali aku layan filem The Apprentice ini di pawagam dan
untuk pengetahuan semua filem ini agak terhad tayangannya kerana hanya beberapa
pawagam saja yang menayangkan filem ini. Seingat aku, aku sempat tonton filem
ini di GSC Mid Valley dan 1 Utama. Keterujaan aku untuk menyaksikan filem ini
amatlah berbaloi.
Jom aku kongsikan dahulu sinopsisnya agar korang memahaminya dahulu :-
“Aiman adalah seorang orang Melayu yang bertugas sebagai penjaga LP
(Lembaga Pemasyarakatan) berusia 28 tahun, dan dia baru saja ditukarkan atau
dipindahkan untuk bekerja di penjara baru. Dia tinggal di perumahan yang
sederhana bersama dengan kakaknya Suhaila.
Di tempat kerja barunya, Aiman bersahabat dengan seorang sersan yang
berusia 65 tahun bernama Rahim, dia adalah seorang algojo yang sudah lama bertugas di penjara tersebut.
Aiman adalah jenis orang yang berprinsip, juga rajin bekerja dan ketika
asisten Rahim tiba-tiba berhenti kerja, maka dia meminta Aiman untuk menjadi
anak buahnya (muridnya). Aiman memberitahu Suhaila tentang posisi barunya, tapi
Suhaila menjadi marah kerana ayah mereka pernah dihukum mati oleh Rahim.
Aiman juga menyedari tentang hal tersebut. Dapatkah Aiman mengatasi
gejolak hati nurani dan masa lalunya? Kemungkinan dia juga akan mengambil alih
sebagai kepada algojo berikutnya?”
So, bagaimana? Korang tertarik? Aku sebenarnya cukup tertarik dengan
watak Aiman yang dilakonkan oleh Bro Firdaus (Fir Rahman). Watak Aiman walaupun
simple, tetapi permainan emosi dalamannya itu seolah-olah menarik dan mengembalikan
aku kepada pelbagai ragam manusia yang pernah aku jumpa. Diluar menampakkan tenang
tetapi pergolakan berlaku secara dalaman. Apa sebenarnya yang dicari oleh
Aiman?
Selain itu, Sarjan Rahim (lakonan Wan Hanafi Su) juga memperkuatkan
lagi jalan ceritanya yang semakin memuncak kepada konflik secara tiba-tiba.
Perwatakan antara Aiman dan Rahim digambarkan sebagai mentor-mentee yang
seiring dengan keadaan dan suasana di kawasan penjara itu. Kebolehan yang ada
pada watak Aiman, memperkukuhkannya untuk menarik perhatian Sarjan Rahim.
Pergolakan dalaman dan emosi Aiman dipertunjukkan secara jelas ketika
berada di rumah dimana Aiman berhadapan dengan kakaknya, Suhaila. Suhaila ini
merupakan satu-satunya keluarga yang dia ada tetapi kakaknya juga berhadapan
dengan situasi yang berbeza terutamanya dalam karakternya yang menginginkan
kebebasan.
Sejujurnya, aku berikan 9/10 bintang untuk filem The Apprentice. Maka
tak hairanlah bahawa filem ini turut tercalon bagi dua kategori di Asian Film
Award 2017 iaitu masing-masing finalis Top 5 bagi kategori Best Newcomer menerusi Bro Fir
Rahman (memegang watak Aiman) dan Best Editing (Natalie Soh dan Lee
Chatametikool). Tahniah !
Selain itu, filem The Apprentice juga pernah dinobatkan sebagai Best Narrative Film at the Interfaith Awards of St Louis International Film Festival, Golden Orchid Special Mention for Best Acting Ensemble at Hawaii International Film Festival, Asian New Wave Best Film at QCinema International Film Festival dan lain-lain lagi.
Aku dikira sebagai antara penyokong dan peminat filem The Apprentice
yang sangat bertuah kerana berpeluang untuk berinteraksi secara dengan lebih
dekat dengan pelakon utamanya iaitu Bro Fir Rahman. Banyak perkongsian yang
diceritakannya terutamanya ketika mendalami dan menghayati watak Aiman. Watak
Aiman dan Bro Fir Rahman sendiri memberikan satu kekuatan dan inspirasi dalam ‘melawan’
dan ‘membenarkan’ emosi itu mengalir dalam diri secara neutral dan meneruskan
kehidupannya walaupun dia tahu bahawa pelbagai kemungkinan yang akan beliau
berhadapan.
Benar! Itulah yang aku rasa ketika menonton filem ini dan ianya menjadi
lebih kuat apabila perkara ini sendiri diakui oleh Bro Fir Rahman. Insyaallah,
aku masih menunggu dan menantikan DVD Original The Apprentice yang didatangkan
khas dari Singapura oleh Bro Fir Rahman sebagai koleksi wajib yang perlu aku
simpan sebagai salah satu filem asia yang aku benar-benar sokong dan suka.
Insyaallah.
Kepada para pembaca blog aku diluar sana yang masih belum menonton
filem ini, aku cadangkan agar korang ke GSC Mid Valley kerana aku dikhabarkan
ianya masih ditayangkan khas bagi penonton-penonton Malaysia.
Insyaallah, ada masa aku akan kongsikan lagi pelbagai perkara menarik
dan review filem-filem terbaru. So, nantikannya ya... ;)
Sekian, wallahua’lam...
Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment