Wednesday, July 13, 2016

The Purge : Election Year (2016) - Kejam & Zalim...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Sebelum tue, aku nak ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' buat semua pembaca setia blog aku nie yang sentiasa memberikan sokongan dan sudi singgah untuk membaca dan lihat entry-entry terbaru aku yang sekarang nie lebih kepada aktiviti menonton wayang dan melancong. Tapi Insyaallah, aku akan cuba selitkan dengan entry-entry yang lebih ke arah untuk kita berfikir dan memuhasabahkan diri sepertimana tahun-tahun sebelum nie.

Minat aku terhadap penulisan ini tak pernah pudar cuma kekangan masa saja yang membuatkan banyak artikel aku tergantung dan tak dapat nak siapkan terutamanya mengenai isu-isu orang muda, anak muda dan belia remaja Malaysia. Insyaallah, aku cuba merancang beberapa aktiviti yang bersesuaian tetapi ianya masih dalam perancangan. Aku harap korang semua doakan yang terbaek untuk aku. Insyaallah... Amin... ;)

THE PURGE : ELECTION YEAR - Sangat Kejam dan Zalim...

Kejam dan Zalim ! Itulah ungkapan yang sesuai untuk aku gambarkan mengenai filem 'The Purge : Election Year' arahan James DeMonaco. Filem yang diterajui oleh Elizabeth Mitchell, Frank Grillo, Mykelti Williamson dan ramai lagi cukup menjadi dan mempunyai mesej yang cuba disampaikan terutamanya melibatkan perbezaan golongan kaya dan miskin.


Di sini, aku kongsikan sinopsis movie 'The Purge : Election Year' :

"Filem The Purge : Election Year ini menceritakan mengenai lanjutan dari filem sebelum ini iaitu The Purge : Anarchy. Setelah 2 tahun berjalan, Leo Barnes (Frank Grillo_ yang dulunya pernah ikut dalam aksi balas dendam selama 12 jam yang mendebarkan serta mengerikan dan kini dia telah menjadi salah seorang yang memperjuangkan keamanan yang diketuai oleh Senator Charlie Roan (Elizabeth Mitchell).

Leo Barnes bertugas untuk melakukan misi menjaga dan melindungi Senator Charlie Roan selama masa kempennya untuk pemilihan Presiden yang menyasarkan masyarakat yang ditindas, miskin dan tidak bersalah. Akan tetapi sebuah pengkhianatan memaksa mereka harus bertahan selama tempoh 12 jam dengan pelbagai kejadian yang tidak dijangka, jika mereka tidak bertahan berkemungkinan mereka turut menjadi korban."

Secara ringkasnya, permulaan cerita memaparkan Charlie Roan (Calon Presiden) cuba menolak untuk diadakan pembasmian 'The Purge' yang akan mengakibatkan banyak insan yang tidak berdosa akan mati dibunuh secara kejam dan zalim selama tempoh 12 jam ketikamana sesi perbahasan dengan salah seorang lagi calon presiden yang menyokong diadakan pembasmian ini demi kepentingan kestabilan ekonomi Amerika yang akan membersihkan golongan yang memerlukan kebajikan dari pihak kerajaan dan golongan atasan.

Walaubagaimanapun, Pembasmian 'The Purge' dibuat juga selama tempoh 12 jam yang akan memaksa ramai pihak terpaksa bertahan untuk terus hidup yang akan melibatkan keseluruhan penduduk termasuk calon presiden, kakitangan kerajaan dan seluruhnya. Charlie Roan membuat keputusan untuk terus bertahan dan berada di rumahnya demi memaparkan dan merasai apa yang dilalui oleh masyarakat bawahan terutamanya untuk memperolehi undi kepadanya. Segala keselamatan telah dikawal ketat oleh Leo Barnes.

Tetapi apakan daya, satu pengkhianatan telah dibuat oleh orang kanan Charlie Roan semata-mata untuk memperolehi ganjaran wang dan perkara ini telah disedari oleh Leo Barnes dan seterusnya bertindak membawa Charlie Roan keluar dari rumah tersebut. Dan akhirnya bertemu dengan Joe dan rakan-rakannya yang menyokong keamanan.

Movie ini turut dipaparkan mengenai kejadian pembunuhan kejam yang dibuat seperti mengikut mangsa di atas kereta dan dibidas dengan gelong berduri besi, dipancung kepala, dilanggar dengan van, dibakar hidup-hidup dan pelbagai lagi yang cukup kejam dan zalim.

Secara keseluruhannya, aku bagi 8/10 bintang untuk movie nie dan aku berpuas hati menonton movie 'The Purge : Election Year' walaupun aku belum pernah menonton movie-movienya sebelum ini. Movie nie boleh dikatakan mempunyai keunikannya yang tersendiri dan apa yang aku dapat dari movie ni adalah diperlihatkan bagaimana ketamakan golongan atasan yang akan terus kaya dan menindas golongan bawahan. Apa-apa pun, kita doakan supaya Malaysia tidak menjadi sepertimana yang dipersembahkan di dalam filem ini. Insyaallah... Amin...
Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: