Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
Alhamdulillah, hari nie dimulakan dengan satu ceramah di office berkaitan dengan pengurusan kewangan yang mampu memberi jaminan ketikamana waktu persaraan yang disampaikan oleh Pelaburan MARA Berhad (PMB). Ada manfaatnya bagi kita mengetahui bagaimana untuk menjadikan wang simpanan kita berganda dan memberi faedah yang baik di masa hadapan mengikut kehendak patuh syariah.
Stop ! Entry kali nie, aku nak kongsikan mengenai satu movie tempatan yang aku baru tonton semalam iaitu Dukun Doktor Dani arahan Saudara Sabri Yunus. Aku mengikuti perkembangan mengenai movie nie di facebook dan akhbar setelah diadakan tayangan perdananya yang dikatakan antara movie yang best untuk ditonton.
DUKUN DOKTOR DANI : Bersahaja dan Ada Mesejnya...
Filem Dukun Doktor Dani ini diterajui oleh Taufik Batisah dan Fasha Sanda. Allahyarham Pak Yus juga turut berlakon dalam filem ini selain Khatijah Tan dan beberapa pelakon yang lain. Filem ini boleh dikatakan sebagai sebuah filem yang 'OK' dan boleh ditonton walaupun filem ini tidak setanding Ola Bola dan Munafik.
'Siapa kata nasib tak boleh diubah?'
Itulah persoalan yang ditimbulkan dalam filem ini dimana di awal penceritaannya memaparkan Doktor Dani gagal menyelamatkan pesakitnya kita melakukan pembedahan dan membuatkannya kecewa serta terus meletakkan jawatannya sebagai seorang doktor.
Kekecewaan itu membuatkan Doktor Dani pulang ke kampung sehinggalah perkara mengenai perletakkan jawatannya diketahui oleh ibunya setelah diberitahu oleh Doktor Lily yang membuatkan ibunya begitu kecewa. Perkara ini tersebar ke seluruh kampung.
Bagaimanapun, Doktor Dani mengambil langkah untuk bergandingan dengan Dukun Sudin untuk aktiviti perubatan secara tradisional sehinggalah Doktor Dani mentransformasikannya sebagai sebuah perniagaan yang melibatkan bahan-bahan untuk mendukun ini.
Secara keseluruhan, filem ini tidaklah terlalu berat dan tidaklah terlalu rugi untuk ditonton. Ada jenakanya yang tersendiri, ada hiburannya yang tersendiri. Dan apa yang aku boleh katakan adalah filem ini tidaklah sehebat Ola Bola, Munafik dan Boboiboy The Movie malah tidaklah se-gah Ada Apa Dengan Cinta 2. Aku bagi 6/10 bintang sahaja untuk filem ini secara keseluruhannya.
Di sini aku kongsikan sinopsis filem ini :-
"Dukun Doktor Dani mengisahkan tentang Dr. Dani iaitu seorang doktor muda yang baru sahaja mendapat kerja di sebuah hospital. Dia yang menjalankan pembedahan pesakit pertamanya teruja dengan pengalaman tersebut.
Tetapi malangnya pembedahan tersebut gagal dna pesakit meninggal dunia. Dia memutuskan untuk berhenti kerja dan tidak mahu lagi menjadi seorang doktor. Tegasnya dia tak mahu jadi pembunuh dan meletakkan jawatan.
Dani pulang ke kampung halamannya dan keputusan tersebut benar-benar mengecewakan ibunya, Mak Siti yang berhabis duit membiayai pembelajarannya dahulu. Dani akhirnya ke rumah Dukun Sudin dan melihat sendiri kehidupan dukun yang tidak terurus. Mereka sepakat untuk bekerjasama selepas itu.
Dia akhirnya berniaga di hadapan rumah Dukun Sudin menjual barang-barang yang diperlukan pesakit yang datang ke rumah tersebut. Menariknya, khidmat dukun tersebut semakin laris dan mendapat ramai pelanggan.
Keadaan mula berubah apabila Dukun Sudin tiba-tiba meninggal dunia. Dani terpaksa mengambil alih kerja dukun. Mak Siti pula jatuh sakit. Sebagai doktor, Dani tahu sakit yang dideritai ibunya.
Dia tidak akan menggunakan cara dukun dan Dani membawa ibunya ke Kuala Lumpur. Selepas pemeriksaan doktor, nyatalah ibu Dani menderita sakit yang sama seperti pesakit yang meninggal dunia di tangannya dahulu.
Dani berperang dengan dilema dan akhirnya dia bersetuju untuk melakukan pembedahan kepada ibunya sendiri."
Sekian, terima kasih.
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
Friday, July 29, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment