Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
“Kadang-kadang
kau pikir, lebih mudah mencintai semua orang daripada melupakan satu orang,
Jika ada seorang terlanjur menyentuh inti jantungmu, mereka yang datang
kemudian menyentuh kemungkinan.”
– RanggaPoster filem AADC2... |
Itulah bait-bait
ayat ungkapan dari Rangga lakonan Nicholas Saputra dalam filem terbarunya iaitu
‘ADA APA DENGAN CINTA 2’. Dan Alhamdulillah, aku berpeluang untuk hadir ke
Malam Gala Tayangan Movie tersebut di Cathay Cineplexe The Curve, Mutiara
Damansara semalam dan berpeluang melihat para pelakonnya di depan mata. Cuma
tak berkesempatan mengambil gambar bersama kerana terlalu padat dengan
jemput-jemputan lain, wartawan2, selebriti2 serta peminat2 AADC2.
MALAM GALA ADA
APA DENGAN CINTA 2
Saya dikira menjadi
salah seorang ‘pencinta movie’ yang bertuah kerana berpeluang menonton movie
ini lebih awal iaitu pada 26 April 2016 berbanding tayangannya di Malaysia
bermula 28 April 2016. Terima kasih kerana sudi memberi
sekeping tiket untuk menyaksikan movie ini secara eksklusif.
Bersama produsernya... |
Nampak tak Melly Goeslow, Nicholas Saputra & Dian Sastrawardoyo? hahah... ;) |
Apa yang dapat
aku tengok sepanjang tontonan aku terhadap movie ini adalah perjalanan
penceritaannya yang cukup baik, menyentuh hati, dan mempunyai rasa ‘kasih
sayang’ yang tinggi antara sahabat. Cinta? AADC2 hasil karya Riri Riza ini
cukup memberikan suasana yang baik untuk mengenali dan merasai sebuah perasaan
yang dinamakan ‘Cinta’.
Aku cukup
tertarik dengan watak utama filem ni iaitu Rangga & Cinta (lakonan Dian
Sastrawordoyo) dan kadang-kadang aku terasa cukup dekat dengan situasi yang
mereka alami. Hahaha... hanya ‘si dia’ dan ‘aku’ ja akan faham keadaannya dan
kami masih perlukan masa yang sesuai untuk sama-sama faham keadaan
masing-masing. Insyaallah, doakan kami ya !
“Tapi aku
pasti kembali dalam satu purnama, untuk mempertanyakan kembali cintanya.”
Itulah bait-bait
puisi dari Rangga dalam AADC2. Sedih, suka, duka, tawa dan semuanya ada di
dalam movie ni. Kebetulan sabtu baru ni, aku ada tonton filem Ada Apa Dengan
Cinta di TV3 dan kebetulannya aku terfikir best sebenarnya filem cinta dari
Indonesia ni. Hahaha dan tak sangka pulak aku dapat peluang menonton filem ni
secara percuma dan eksklusif.
Komen aku, filem
ini ada ceritanya menerusi pembawaan dan pengkisahan wataknya terutamanya
apabila 14 tahun mereka kembali bersua dan cuba memperbaiki kesilapan lalu.
Tapi aku tak boleh nak cerita panjang sebab korang patut ke pawagam dan menontonnya
sendiri... Hahaha... Aku bagi 4 dari 5 bintang untuk filem ini.
Insyaallah,
malam ini aku akan ke wayang sekali lagi untuk menonton movie ‘Captain America
: Civil War’ dan menjadi antara penonton terawal....hehehe ;) nantikan pulak
review aku untuk movie tue k...
J
Sekian, Wallahua’lam...
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD
HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
No comments:
Post a Comment