Wednesday, April 27, 2016

Malam Gala Tayangan Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2)...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

“Kadang-kadang kau pikir, lebih mudah mencintai semua orang daripada melupakan satu orang, Jika ada seorang terlanjur menyentuh inti jantungmu, mereka yang datang kemudian menyentuh kemungkinan.”
– Rangga

Poster filem AADC2...
Itulah bait-bait ayat ungkapan dari Rangga lakonan Nicholas Saputra dalam filem terbarunya iaitu ‘ADA APA DENGAN CINTA 2’. Dan Alhamdulillah, aku berpeluang untuk hadir ke Malam Gala Tayangan Movie tersebut di Cathay Cineplexe The Curve, Mutiara Damansara semalam dan berpeluang melihat para pelakonnya di depan mata. Cuma tak berkesempatan mengambil gambar bersama kerana terlalu padat dengan jemput-jemputan lain, wartawan2, selebriti2 serta peminat2 AADC2.

MALAM GALA ADA APA DENGAN CINTA 2

Saya dikira menjadi salah seorang ‘pencinta movie’ yang bertuah kerana berpeluang menonton movie ini lebih awal iaitu pada 26 April 2016 berbanding tayangannya di Malaysia bermula 28 April 2016. Terima kasih  kerana sudi memberi sekeping tiket untuk menyaksikan movie ini secara eksklusif.

Bersama produsernya...
Nampak tak Melly Goeslow, Nicholas Saputra & Dian Sastrawardoyo? hahah... ;)
Apa yang dapat aku tengok sepanjang tontonan aku terhadap movie ini adalah perjalanan penceritaannya yang cukup baik, menyentuh hati, dan mempunyai rasa ‘kasih sayang’ yang tinggi antara sahabat. Cinta? AADC2 hasil karya Riri Riza ini cukup memberikan suasana yang baik untuk mengenali dan merasai sebuah perasaan yang dinamakan ‘Cinta’.

Aku cukup tertarik dengan watak utama filem ni iaitu Rangga & Cinta (lakonan Dian Sastrawordoyo) dan kadang-kadang aku terasa cukup dekat dengan situasi yang mereka alami. Hahaha... hanya ‘si dia’ dan ‘aku’ ja akan faham keadaannya dan kami masih perlukan masa yang sesuai untuk sama-sama faham keadaan masing-masing. Insyaallah, doakan kami ya !

“Tapi aku pasti kembali dalam satu purnama, untuk mempertanyakan kembali cintanya.”

Itulah bait-bait puisi dari Rangga dalam AADC2. Sedih, suka, duka, tawa dan semuanya ada di dalam movie ni. Kebetulan sabtu baru ni, aku ada tonton filem Ada Apa Dengan Cinta di TV3 dan kebetulannya aku terfikir best sebenarnya filem cinta dari Indonesia ni. Hahaha dan tak sangka pulak aku dapat peluang menonton filem ni secara percuma dan eksklusif.

Komen aku, filem ini ada ceritanya menerusi pembawaan dan pengkisahan wataknya terutamanya apabila 14 tahun mereka kembali bersua dan cuba memperbaiki kesilapan lalu. Tapi aku tak boleh nak cerita panjang sebab korang patut ke pawagam dan menontonnya sendiri... Hahaha... Aku bagi 4 dari 5 bintang untuk filem ini.

Insyaallah, malam ini aku akan ke wayang sekali lagi untuk menonton movie ‘Captain America : Civil War’ dan menjadi antara penonton terawal....hehehe ;) nantikan pulak review aku untuk movie tue k...
J

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com



0 comments: