Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
25 SEPTEMBER 2012 – 24 SEPTEMBER 2013
Itulah tarikh tempoh khidmat saya selama SETAHUN saya dilantik secara demokrasi menerusi sistem Pilihanraya Kampus UTM dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM bagi kerusi Fakulti di Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah (FGHT) dengan memperolehi undian tertinggi sebanyak 582 undi dengan majoriti hampir 100 undi dalam pertandingan 6 penjuru di fakulti saya.
Di atas kemenangan berganda saya selama dua penggal iaitu Sesi 2009/2010 yang ketika itu saya dilantik sebagai Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM KL, dan Sesi 2012/2013 saya diberi amanah memegang portfolio sebagai Setiausaha Kerja Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM.
Kepercayaan yang diberikan oleh para pengundi (mahasiswa/I FGHT) kepada saya, saya gunakan sebaik mungkin kepercayaan yang diberikan itu dengan memenuhi dan melaksanakan setiap Manifesto yang saya bentangkan ketikamana berkempen selama beberapa hari dalam meraih sokongan dan undi dari para pelajar.
Alhamdulillah…satu persatu manifesto dapat saya laksanakan dengan sokongan dan kerjasama dari semua pihak seiring dengan penyelesaian isu-isu berbangkit terutamanya melibatkan fakulti saya sendiri. Perlaksanaan ini sedikit sebanyak memberi satu gambaran baharu bagi menyaksikan kepercayaan yang diberikan itu dalam bentuk yang lebih jelas dan seiring dengan suara mahasiswa di fakulti.
TERUS BERBAKTI
Itulah istilah yang saya gunakan sepanjang tempoh kepimpinan bagi Sesi 2012/2013 bagi menzahirkan setiap apa yang diperkatakan seiring dengan perlaksanaannya. Insyaallah, pembentangan perlaksanaan ini sedikit sebanyak dapat memuaskan hati setiap pihak yang sudi memberi kepercayaan kepada saya dalam memimpin dan menjadi wakil dalam membawa suara Mahasiswa/I UTM ke peringkat yang lebih atas. Insyaallah… =)
MANIFESTO 1 : MEMPERKASAKAN SETIAP PERSATUAN/KELAB SELARAS DENGAN KEHENDAK UNIVERSITI
• Perjumpaan dengan Presiden-Presiden Persatuan Akademik FGHT secara berkala mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan.
• Mempertemukan antara barisan Presiden Persatuan/Kelab bersama-sama dengan Timbalan Pendaftar atau Dekan FGHT bagi menyelaraskan mengenai Kebajikan Persatuan Kelab FGHT menerusi Proposal Kebajikan FGHT.
• Membawa isu melibatkan mahasiswa Pengurusan Harta Tanah dan mendapat pertimbangan yang baik dari YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
MANIFESTO 2 : MENAMBAIK KEMUDAHAN ASAS DI FGHT DAN MEMASTIKAN KONSISTENSI PRASARANA YANG SEDIA ADA
• Menerusi Proposal Kebajikan FGHT, pelbagai isu melibatkan kemudahan asas dan prasarana di FGHT dibangkitkan dan kesemuanya masih dalam proses dan perhatian oleh pihak Fakulti dan antara yang sudah terlaksana adalah kemaskini kemudahan peralatan (air-cond, dll), kemudahan awam (tandas di-upgrade dan diselenggara) dan sebagainya lagi.
• Perjumpaan dengan ketua-ketua kelas bagi mendapatkan isu-isu mengenainya dan berbangkit. Semuanya telah dimasukkan dalam proposal kebajikan.
• Membangkitkan beberapa isu melibatkan kemudahan asas dan prasarana FGHT dalam Mesyuarat Kebajikan Bersama TNC HEMA yang lalu.
• Mewujudkan GROUP Facebook MPM Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah bagi berinteraksi dengan mahasiswa Fakulti berkenaan dengan kemudahan asas di fakulti.
MANIFESTO 3 : MEMPERTINGKATKAN AKTIVITI MAHASISWA FGHT KE ARAH PEMBANGUNAN MODAL INSAN
• Membuat Lawatan Ke Parlimen Malaysia dan berinteraksi dengan Pemimpin Negara.
• Melibatkan Mahasiswa FGHT bersama Pihak Iskandar Malaysia menerusi Community Leadership Seminar bersama Dato’ Fazley.
• Melibatkan mahasiswa FGHT melalui Program Kesukarelawan menerusi Iskandar RUN.
• Memperkenalkan beberapa KEMPEN yang berkonsepkan Pembangunan Modal Insan dan Pembentukkan Sahsiah Diri.
• Mengadakan Program Bicara IKON “Be Yourself VS Improve Yourself”.
• Mengadakan Perhimpunan Aman menentang Kezaliman Ke Atas Palestin dan Berpidato di Kedutaan Amerika Syarikat.
• Mewujudkan Program Penyerahan Baucer Buku 1 Malaysia peringkat Universiti dan Mempercepatkan sesi penyerahan tersebut.
LAIN-LAIN
• Wisam Mahasiswa : Bersama-sama dengan Barisan MPM UTM membahaskan semasa Mesyuarat Kebajikan Bersama TNC HEMA dan ianya telah direalisasikan menerusi pengubahsuaian Blok M42 & M43 KTDI dan dikenali sebagai Galeria Siswa.
• Kemasukan Wang Program (Duit CLAIM untuk Program) : Semakan wang program yang terlalu lambat diterima oleh pelajar UTM telah dipercepatkan semula.
• Isu Semakan Semula Arah Kiblat Yang Meragukan : Aduan telah dikumpul untuk semakan semula arah Kiblat yang meragukan dan ianya telah dibawa ke peringkat atas.
• Pengekalan Harga Siling Makanan di UTM : Bersama-sama dengan Barisan MPM UTM membahaskan mengenai perkara ini dan ianya telah Berjaya dikekalkan sehingga akhir semester 2 Sesi 2012/2013.
• Penurunan Harga Kolam Renang UTM : Bersama-sama dengan Barisan MPM UTM membahaskan semasa Mesyuarat Bersama TNC HEMA dan ianya telah Berjaya diturunkan dari RM5 ke RM3.
• Isu WIFI : Bersama-sama dengan Barisan MPM UTM membahaskan perkara ini dengan Pihak CICT dan pengakhirannya dengan pemasangan dan kerjasama dari Pihak YES 4G untuk kemudahan seterusnya.
• Isu Perkhidmatan Bas : Bersama-sama dengan Barisan MPM UTM membahaskan perkara ini secara detil melalui perlaksaannya di masa hadapan dan kemudahan bas 2 pintu.
*Terimas Kasih kerana memberi Kepercayaan dan sokongan penuh kepada saya sepanjang setahun sebagai Perwakilan Anda dan diharapkan pemakluman Perkembangan Manifesto saya ini sedikit sebanyak memberi pemakluman kepada seluruh Mahasiswa/I UTM terutamanya para pengundi saya.
“TERUS BERBAKTI”
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Setiausaha Rakan HEMA UTM
Merangkap Pemangku SUK MPM UTM
wan_hazem19@yahoo.com
Monday, October 14, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment