Wednesday, August 14, 2013

Beraya Bersama Tok Guru...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALHAMDULILLAH…hari ini saya berpeluang sekali lagi untuk meng’up-date’ blog saya ini dengan tema ‘BERAYA Di KELATE’ tetapi untuk entry kali ini, saya akan fokus kepada raya kali ini yang cukup bermakna buat saya apabila berpeluang untuk beraya bersama YB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan Darul Naim. 

SOLAT ZOHOR BERSAMA TOK GURU 

ALHAMDULILLAH…ketika sampai saja kaki di depan Masjid Kampung Pulau Melaka, Kelantan, saya terdengar dan melihat jemaah menunaikan Solat Zohor berimamkan Tok Guru dan kami terus bergegas ke tempat wuduk dan menyertai Solat Zohor tersebut berimamkan Tok Guru. Selesai saja solat, Tok Guru memberi tazkirah dan apa yang ditekankan oleh Tok Guru dalam tazkirahnya itu adalah melakukan kerja-kerja yang halal dan mendirikan Solat ! 

 BERTEGUR SAPA DAN BERGAMBAR BERSAMA TOK GURU 

Apabila selesainya solat Zohor, saya berpeluang untuk bersalaman bersama Tok Guru. Apabila bergerak ke luar Masjid, Tok Guru menegur saya dan bertanyakan saya dan family datang dari mana, jawapan saya ringkas saja iaitu datang dari Alor Star, Kedah. Dan paling best sekali adalah saya berpeluang bergambar dengan Tokoh Ulama yang tersohor di dunia. 

*Jom tengok beberapa keping gambar yang sempat saya ambil… =)

Bersalaman ketika selesai Solat Zohor
 
Sedang menjawab pertanyaan dari Tok Guru...

Bergambar bersama Tok Guru...

Bergambar bersama Tok Guru & Familiku...

Snap gambar Tok Guru... 

Tok Guru di dalam kereta...


*Insyaallah, ada rezeki, saya nak beraya lagi bersama Tok Guru di Kelate… =) 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: