Saturday, May 12, 2012

Forum Di Anjung Cinta : Kahwin Muda...

Assalamualaikum…
Salam Perpadua…
Salam 1 Malaysia…

“Suami isteri bermain kuda, 
Forum hari ini, Kahwin Muda” 

Itulah pantun permulaan yang disampaikan tatkala bermulanya Forum Di Anjung Cinta : Kahwin Muda yang melibatkan dua orang Panel iaitu Ustaz Dr Ismail Musytari (Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM) dan Ustazah Fatimah Syarha (Personaliti & Penulis) serta Moderator oleh Saudara Zufar Marwah. 

Sambutan Forum yang diadakan pada 10 Mei 2012 yang bertempat di Dewan Sultan Iskandar UTM ini cukup menggalakkan dan antara forum teramai yang pernah saya sertai sepanjang di UTM ini. TAHNIAH saya ucapkan kepada pihak penganjur di atas penganjuran forum yang cukup bermakna dan dekat dengan citarasa mahasiswa/i UTM. 

Forum ini diadakan dalam bentuk 3 pusingan yang dikemudikan oleh saudara moderator sebelum sesi soal jawab dibuka kepada para hadirin yang lain. ALHAMDULILLAH saya diberi kesempatan untuk turut serta menghayati dan mendapat ilmu dengan kupasan isu yang cukup menarik pada malam tersebut. 

Firman Allah dalam Surah Al-Isra’, Ayat 32 yang bermaksud : 

“Dan janganlah kamu mendekati zina ; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.” 

Itulah petikan surah yang dimulakan oleh panel pertama berhubung dengan forum ini. Melalui ayat di atas, dapat kita lihat betapa ‘zina’ itu sendiri cukup keji dan buruk. Tambah-tambah kita diusia yang muda ini cukup dekat dengan suasana yang cukup membawa ke arah perbuatan zina itu terutamanya apabila pergaulan bebas dan adab Islam sudah tidak dititikberatkan. 

Secara ringkasnya, Empat faktor digariskan yang turut membawa ke arah perbuatan zina itu sendiri iaitu : 

1. Mata Zina semakin dekat sekiranya penglihatan atau mata kita tidak kawal. Maksudnya zaman sekarang, mata boleh lihat apa saja tanpa tapisan seperti melihat wanita-wanita berpakaian tapi telanjang. Oleh itu, jagalah dan tunduklah serta kawallah pandangan anda ! 

2. Ibtisam/ Senyum – Senyum itu sedekah tetapi jika senyum berlebihan antara mereka yang berlainan jantina dan bukan mahram, maka ianya akan membawa ke arah zina. Oleh itu, kawallah dan jagalah senyum anda ! 

3. Salaman – Salam memang sunnah ! Tetapi sekarang banyak orang permainkan salam, contohnya seorang lelaki itu akan berkata, ‘Assalamualaikum, tak jawab berdosa’ kepada wanita yang bukan mahram. 

4. Pertemuan – Setelah melihat menggunakan mata, kemudiannya senyum dan seterusnya memberi salam, akhirnya bawalah sepasang lelaki dan wanita yang bukan mahram ini kepada pertemuan. Mula-mula pegang2, kemudiannya membawa ke arah penzinaan ! 

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : 

“Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya” 

Ini bermaksud, Nabi SAW menyuruh agar ibu bapa yang mempunyai anak gadis supata menyegerakan pernikahannya jika sudah ada orang yang sekufu meminangnya. Ia bertujuan untuk memelihara dirinya dari maksiat dan fitnah.




Selain itu, forum ini juga ada menyatakan bahawa falsafah solat adalah sebagai kayu ukur untuk kita menjadi seorang yang berdisiplin. Melalui solat juga, kita dapat memelihara diri dari melakukan perkara-perkara yang terkutuk. Insyaallah. 

Panel juga ada mengatakan bahawa, “wanita yang baik itu bukan wanita yang bermulut celupar dan wanita yang terlalu mudah terpedaya dengan tipu daya lelaki”

Seterusnya turut dikongsikan juga adalah faktor-faktor penghalang kahwin muda iaitu : 
• Kejahilan 
• Pelajaran 
• Ekonomi 
• Keluarga 
• Masyarakat 

Itu sahaja sebenarnya yang sempat saya salin semasa forum ini sedang berlangsung akan tetapi sekiranya sahabat-sahabat dan kawan-kawan ingin melihat rakaman forum ini bolehlah klik pada link yang diberi ini.

RAKAMAN FORUM 

Akhir kata, saya ucapkan TAHNIAH kepada pihak Penganjur di atas pelaksanaan forum yang cukup bermakna dan best ini. Semoga ianya mendapat keberkatan dan menambahkan ilmu-ilmu kepada para pendengar di taman-taman syurga yakni majlis ilmu seperti ini. ALHAMDULILLAH. 

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: