Wednesday, May 23, 2012

DEBAT SINAR : Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“DEBAT ini merupakan satu mercu tanda kepada bermulanya politik sihat, politik matang, politik ide dan juga politik bersih yang diimpikan oleh majoriti rakyat Malaysia. Masyarakat sudah meluat dengan politik fitnah, politik identiti dan juga perkauman yang mendominasi dan cuba dipaksakan ke atas mereka.”

Itulah ungkapan awal dari moderator ‘DEBAT SINAR : Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi’ , Dr Maszlee Malik iaitu Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada permulaannya sebelum bermulanya debat ini.

‘DEBAT SINAR : Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi’ melibatkan 2 orang tokoh Politik Muda masakini iaitu YB Khairy Jamaludin (Ahli Parlimen Rembau merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia) dan Saudara Rafizi Ramli (Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat).

DEBAT SINAR yang julung kalinya diadakan ini adalah anjuran bersama antara Kumpulan Media Karangkraf, Astro Awani dan radio Bernama 24 harus dipuji kerana inilah antara debat yang berani dipertontonkan secara langsung di beberapa saluran media. TAHNIAH !

 Kedua-dua ahli panel cukup mantap dengan hujah mereka masing-masing. Adegan sindir-menyindir antara kedua-dua ahli panel dapat disaksikan apabila hujah yang diberikan ini melibatkan serangan kepada beberapa individu seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan sebagainya lagi.

 Apa yang dapat saya katakan berkenaan dengan DEBAT SINAR ini adalah banyak perkara dan pengetahuan tambahan yang saya dapat melalui program seperti ini melalui penghujahan konkrit berdasarkan fakta dari setiap ahli panel. Setiap penghujahan juga memberikan saya sendiri untuk berfikir secara lebih rasional.

Soalan-soalan yang diberikan oleh moderator juga agak seimbang dengan soalan-soalan yang cukup ‘PANAS’ dan soalan ‘MAUT’ dan kadang-kala membuatkan ahli panel ini sedikit ‘Gelabah’ dan agak ‘Nervous’. Tapi saya bangga melihat mereka ini masih berani menjawab dengan hujah-hujah yang cukup bernas dan hebat.


Banyak juga contoh-contoh dari pelbagai Negara di masukkan sebagai penghujahan serta ada juga penghujahan yang bagi saya agak keluar dari topik perbincangan. Tapi, apa-apa pun, saya anggap ianya memberi gambaran bahawa kedua-dua pihak ahli panel ini mengambil kira hujah mereka itu sebagai kekuatan untuk terus berdebat dan meraih sokongan.

Melihat kepada penonton yang berada di situ juga agak ‘spoting’ dengan cukup riuh membuatkan suasana di dewan debat itu menjadi semakin ‘HANGAT’.

DEBAT SINAR diakhiri dengan penggulungan dari kedua-dua pihak dari penggulungan pertama dari Saudara Rafizi Ramli banyak mengatakan bahawa lawannya tidak menjawab soalan terutamanya melibatkan rangka hala tuju pendidikan tinggi dan tidak menjawab mengenai persoalan 237 Billion berkenaan dengan Petronas serta Pakatan Rakyat juga mengsyorkan untuk kita semua menilai rangka secara objektif.

Manakala penggulungan dari Pihak YB Khairy Jamaludin pula mengatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pandai menjana ekonomi dan tidak mengambil kira kerangka ekonomi Negara tetapi fokus pada masalah hutang. Dan YB KJ juga ada menekankan mengenai Negara akan muflis berdasarkan janji bulan dan bintang dari pihak Pakatan Rakyat.

Gambar kenangan aku bersama YB Khairy Jamaludin ketika di Parlimen Malaysia... =)

Itu saja yang sempat saya catat dan lebih kepada mendengar dan memikirkan setiap hujah dari kedua-dua ahli panel untuk saya menilai sendiri bagi masa depan saya. Pilihan hanya dua sama ada untuk saya memilih menghapuskan PTPTN atau meneruskan saja PTPTN. Di sini saya tak nak jawab, dan saya biarkan persoalan ini dijawab sendiri oleh anda semua.

Sebagai tambahan, saya menyeru agar seluruh mahasiswa di luar sana untuk menonton semula rakaman ‘DEBAT SINAR : Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi’ untuk anda memilih pihak mana sama ada Barisan Nasioanal atau Pakatan Rakyat yang akan memerintah Malaysia semasa Pilihanraya Umum 13 (PRU-13) yang saya rasa semakin hampir. Pilihlah yang terbaik untuk anda, keluarga anda, Negara anda dan semuanya !

*Harapan dari Moderator DEBAT SINAR, Dr Maszlee Malik mengatakan supaya diadakan DEBAT antara Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang Malaysia) sebagai ANAK JANTAN di pentas DEBAT ! Cukup hebat dan Cukup BERANI Moderator ini... Saya pun harap begitu jugak...hehehe =)

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

4 comments:

Anonymous said...

bagus la wan ajim ada ulasan lanjut dalam blog

well pendapat saya hutang perlulah dibayar bukan senang senang dimansuhkan.

salah satu kewajipan umat Islam juga adalah membayar hutang, malah jiakalau si penghutang dah mati pun waris wajib bayar hutang. Begitu sekali tekanan membayar hutang dalam Islam.

merengkudoh said...

hehehe.. dari darjah 1 sampai tingkatan 5.. lebih kurang suma free.. takdela sampai ribu-ribu nk byar.. tapi pas skolah tetap gak mcm nie... kalau dah suma free sampai U sampai PHD.. camner plak eh... dan macamana plak guru2 yg ngajar... main lantak jer lah .. sapa nk pandai dia blaja ... taknak bior jer janji abis skolah yea tak.. bukan taknak sekolah free tapi nanti akhirnya kualiti pelajar gak yg terjejas... mcm dulu blajar standard 6 dah mcm diploma skang diploma dah mcm spm plak..takder kualiti..tapi itu pendapat saya ler... berdasarkan pengalaman..

Nina K's Luviee said...

i dengar dr awal sampai akhir debat semalam...kerajaan lebih dari mampu untuk menyediakan pendidikan percuma jika tidak mengambil kira wang sogokan kepada koroni2 UMNO...jika PTPTN tidak dijadikan pinjaman,maka tidak adalah istilah hutang disini...masalah lambakan graduan tak dapat kerja semuanya bermula dengan IPTS yang mengambil pelajar yang tidak berkualiti dan ini memang saya akui sesiapa pun boleh memmohon IPTS jika mampu bayar yuran pengajian sendiri...jika IPTS yang betul2 menepati piawaian yang ditetapkan masalah seperti ini tidak akan timbul

Anonymous said...

kalau betul nak laksanakan pendidikan percuma saya lebih percaya kerajaan barisan nasional yang boleh melaksanakannya.

saya tak suka pakatan rakyat. hanya sekadar janji kemudian tidak menepati. banyak lagi janji di selangor tidak ditepati. bekalan air percuma tetapi penapisan teruk, tidak mengikut jadual sepatutnya.

nak harapkan pakatan rakyat buat pendidikan percuma mustahil. ia hanya muslihat menang pilihan raya umum.