Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
“Biar Nampak Bodoh Tapi Tak Bodoh, Jangan Nampak Pandai Tapi Bodoh” itulah ungkapan yang sesuai untuk saya tujukan kepada segelintir Kepimpinan Mahasiswa sekarang. Adakah perlu untuk kita menyanjungi atau mengagungkan kepimpinan yang lagaknya saja seperti seorang pahlawan tetapi keris yang di tangan hanya keris mainan?
Satu persoalan yang saya tinggalkan di perenggan pertama tadi cukup memberi gambaran mudah yang menyatakan sedikit kekecewaan saya terhadap segelintir Kepimpinan Mahasiswa sekarang. Memang menyedihkan apabila melihat kembali kredibiliti dan struktur organisasi kepimpinan yang sepatutnya berteraskan keadilan dan kesaksamaan tetapi ketamakan dan mementingkan diri yang menjadi sandaran utama dalam kepimpinan tersebut.
No Komen! Malas untuk berbicara dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut. Berbalik kepada penulisan asal bagi kali ini, iaitu “Biar Nampak Bodoh Tapi Tak Bodoh, Jangan Nampak Pandai Tapi Bodoh”. Memang keterlaluan jika difikirkan kembali mengenai ungkapan ini tetapi memang sepatutnya ungkapan ini wujud. Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin!
Pernahkah anda semua melihat, jika seseorang kepimpinan teratas apabila ditegur oleh anak buahnya, beliau memarahi anak buah tersebut, beliau meninggikan suara kepada anak buah tersebut. Adakah ini yang dinamakan sebagai seorang Pemimpin Mahasiswa masa kini?
Setinggi mana pun jawatan anda! Sehebat mana pun jawatan anda! Itu semua hanyalah sementara, bukannya kekal sehingga boleh dibawa mati. Sebagai seorang Pemimpin Mahasiswa, emosi dalam konteks tindakan masih tidak releven untuk diguna pakai kerana kepimpinan yang berteraskan emosi adalah lebih ke arah keburukan.
Kepimpinan Mahasiswa sepatutnya menjadi lebih kreatif dan perlu banyak berfikir sebelum membuat sesuatu tindakan atau keputusan. ‘Junior’ tidak sepatutnya dijadikan tempat untuk melepaskan tekanan anda itu, wahai Pemimpin yang kononnya hebat! Agak hairan bagaimana perkara ini boleh timbul?
Seterusnya, saya ingin membawa satu lagi perkara untuk dibincangkan dengan anda semua berkenaan satu permasalahan yang dikongsikan oleh seorang ‘Pengarah Program’ yang tinggal beberapa bulan lagi sahaja programnya akan dijalankan. Sekiranya anda (Sahabat-sahabat & Pembaca Blog) ingin menjalankan satu aktiviti/program ‘Besar’ siapakah yang akan anda lantik untuk menjawat jawatan tertinggi dalam organisasi anda tersebut?
Agak hairan apabila melihat kebijaksanaan seorang pengarah itu tertunduk dengan ‘MT’nya sendiri dan si pengarah ini pula mengadu ‘berkongsi’ dengan saya, pegawai Universiti dan sebagainya lagi bahawa salah seorang dari MT nya itu bermasalah atau maksud lain, ‘Pengarah perlu ikut kata MT nya’.
Ada juga anak buah si pengarah ini memberitahu kepada saya bahawa Pengarah itu selesa dengan MT nya itu. Memang pelik! Mana satu betul? Mana satu yang salah? Inilah yang dikatakan bahawa ragam Kepimpinan Mahasiswa sekarang. Agak hairan apabila ada salah seorang anak buah si pengarah nie menegur pengarah tersebut, ramai pula yang tidak berpuas hati dengan si penegur tadi? Oleh itu, di manakah keadilan yang diberikan kepada si penegur tadi?
Noktah! Berbalik kepada diri saya, saya masih tercari-cari apa sebenarnya yang ingin ditonjolkan oleh segelintir kepimpinan mahasiswa hari ini? Penulisan ini bukannya untuk menambahkan lagi kekusutan yang berlaku, tetapi sekadar perkongsian untuk kita sama-sama berfikir dan meneliti apa sebenarnya yang ingin kita lakukan / tegakkan.
Akhir kata, saya ingin menegaskan di sini sekali lagi, bahawa penulisan ini bukan ditujukan kepada mana-mana individu tetapi sekadar perkongsian secara terbuka untuk kita sama-sama berfikir dan menilai apa sebenarnya yang perlu kita lakukan bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang kembali. Insyaallah…
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com
Monday, May 2, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
semakin menarik penulisan yang dikeluarkan...lg bgosh..kalo direct je..senang..kalo kite main gune ayat kias2 nie ssh ckit..ssh nk faham...getting more interested to look on ur next new post...
i'll will wait for it...tp..nk ckp 1 bnde...jgn marah..bukan kritik..
saje..bg cadangan...
apa kate besarkan ckit tulisan..hehehe... god job man...:)
daripada post ini saya terpanggil untuk menegur kepimpinan presiden jkm ksj yang selalu marah kepada saya atas kesilapan yang anak buahnya lakukan. itu tidak adil bagi saya =)
Tasya : TQ atas cadangan tersebut dan Insyaallah...saya akan cuba perbesarkan sedikit tulisan saya ini. Apa2 pun TQ again, coz jadi salah seorang pembaca blog saya ini... N jgn lupa follow my blog... Salam Ukhuwah dari saya... =)
Salman : Apa yang berlaku dik? Salman ley kongsikan pada saya, Insyaallah... =)
Post a Comment