Friday, February 25, 2011

Perjalanan Hidup...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Perjalanan Hidup” merupakan satu proses yang pasti akan dilalui oleh setiap yang bernyawa di muka bumi Allah ini. Banyak pasang surutnya gelora hidup yang dihadapi oleh pelbagai jenis manusia yang bermacam-macam jenis nasibnya. Ada yang dapat berada teguh di kerusi empuk. Ada juga yang hanya dapat berlindung di sebalik pokok dan pelbagai lagi dapat kita perhatikan jika kita cakna dengan kehidupan sekeliling.



Saya amatlah bersyukur kepada Allah Taala kerana masih memberi penghidupan yang hampir 21 tahun untuk mengharungi liku-liku kehidupan sehinggalah saya seperti sekarang. Ada cacat celanya, ada juga anugerah dan kelebihannya. Tetapi kita sebagai hamba-Nya, hanya mampu berdoa dan terus berusaha untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak.

Pelbagai anggapan telah dilemparkan kepada diri saya yang hina ini, tetapi saya masih mampu bertahan selagi kebenaran itu di pihak saya. Saya tidak akan sesekali goyah atau tunduk dengan desakan dan ancaman yang diberikan. Saya berjanji pada diri saya kali ini bahawa saya tidak akan sewenang-wenangnya diperguna atau di’boneka’kan oleh pihak yang cuba sentiasa mengambil kesempatan terhadap diri saya.

Banyak peluang yang saya cuba berikan dan saya hanya mengambil langkah berdiam diri tanpa sebarang tindak balas tetapi keadaan sekarang menentukan untuk saya terus membela diri saya. Walaupun ianya dianggap remeh oleh segelintir manusia, tetapi jika ia melibatkan maruah, nama dan diri saya, saya tidak akan sesekali membiarkan ianya terjadi buat kali yang seterusnya.

Saya percaya, Allah akan sentiasa bersama dengan hamba-Nya yang teraniaya. Saya akan tetap teruskan perjuangan hidup saya untuk menuntut keadilan dan kesaksamaan bersama-sama. Saya akan pastikan juga, anak bangsa akan terus ke hadapan dalam mengharungi persaingan hebat yang berkemungkinan besar mampu melenyapkan kita tanpa kita sedari. Insyaallah…

Oleh itu, saya ingin berkongsi satu lirik lagu ciptakan Dr. Wan Zawawi, nyanyian Ramli Sarip yang bertajuk, “PERJALANAN HIDUP”.

Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Di mana berakhirnya perjalanan ku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku

p/s : Hayatilah erti sebuah Perjalanan Hidup… hehehe =)


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

1 comments:

-peace- said...

Kehidupan manusia merupakan perjalanan panjang, melelahkan, penuh liku-liku, dan melalui tahapan demi tahapan. Berawal dari alam arwah, alam rahim, alam dunia, alam barzakh, sampai pada alam akhirat yang berujung pada tempat persinggahan terakhir bagi manusia, surga atau neraka. Al-Qur’an dan Sunnah telah menceritakan setiap fasa dari perjalanan panjang manusia itu. fikir fikirkanlah....