Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
“Melentur Buloh Biarlah Dari Rebungnya” itulah tajuk penulisan saya pada pagi yang permai ini. Ketika penulisan ini ditulis, suasana di sekitar saya sedang hangat dengan ‘mood’ Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar-Pilihanraya Kampus UTM. Dan sebelum itu, saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Barisan MPM UTM IC sesi 2010/2011 yang baru iaitu Saudara Zulfadhli, Saudara Fitri, Saudara Zaim, Saudari Fatihah dan Saudari Ayu yang telah memenangi Kerusi Umum UTM IC tanpa bertanding.
Berbalik kepada peribahasa yang saya bangkitkan di awal penulisan ini, terdetik di benak fikiran saya mengenai suasana yang berlaku berkaitan dengan politik kampus dengan peribahasa tersebut. Ada perkaitannya antara satu sama lain. Saya berkata sedemikian kerana wujud kebenarannya berdasarkan pengalaman yang saya alami sejak seminggu ini.
Setiap mahasiswa yang berminat secara langsung atau tidak langsung terhadap Politik Kampus ini perlulah sentiasa membuka mata dan minda supaya tidak tertipu dengan hasutan, fitnahan dan pelbagai lemparan yang tidak masuk akal dan tidak berlandaskan pegangan kita iaitu Al-Quran dan As-Sunah. Dua bentuk persoalan yang akan saya cuba kaitkan iaitu pertamanya, Wajarkah Kita Untuk Menentukan Sesuatu Kepimpinan Tanpa Demokrasi? Dan keduanya, Wajarkah Untuk Kita Berselindung Di Sebalik Topeng Kebenaran?
Wajarkah Kita Untuk Menentukan Sesuatu Kepimpinan Tanpa Demokrasi?
Satu bentuk persoalan yang saya tujukan kepada mereka yang sentiasa mengambil kesempatan di atas kelekaan dan kepercayaan yang kita berikan. Saya pada mulanya berat hati untuk berkongsi secara terbuka ini tetapi saya beranikan diri juga untuk berkongsi kepada pembaca semua supaya anda semua dapat perhatikan apa sebenarnya yang ada di sebalik Politik Kampus ini.
Saya pernah berkongsi mengenai perkara ini kepada 3 orang mahasiswa yang begitu komited dalam Kepimpinan supaya sedar dari lamunan. Maksudnya, supaya diri tidak terikat dengan mana-mana pihak yang cuba sentiasa mengambil kesempatan kepada diri kita yang menampakkan kebodohan kita untuk mengikut apa saja walaupun ianya bertentangan dengan prinsip kita.
Berbalik kepada persolan yang cuba saya bangkitkan ini, saya sama sekali kurang bersetuju kerana setiap orang berhak untuk melakukan apa saja selagi tidak melanggari peraturan atau dasar Universiti. Saya berasa simpati kepada beberapa orang mahasiswa/i yang diibaratkan ‘teraniaya’ dek kemaruk dengan janji-janji mereka yang dipercayai.
Petang tadi, saya diberitahu oleh seorang bekas Presiden Persatuan Mahasiswa tentang beberapa perkara disebalik setiap peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Saya berasa sedikit “KECEWA” dengan tindakan mereka ini yang cuba singkirkan saya dek “SAYA BEBAS – MENUNTUT KEADILAN & KESAKSAMAAN di UTM IC” tanpa menjadi penyokong tegar mana-mana pihak. Saya tegaskan di sini, Tiada seorang pun yang berhak menentukan jalan saya!
Berbalik kepada beberapa perkara yang berlaku di luar jangkaan saya, saya sendiri tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kerana saya bukanlah orang yang jenis menidakkan hak orang lain. Saya masih waras dan tahu apa itu dosa, apa itu pahala. Dan saya sedikit KECEWA dengan tindakan individu-individu yang cuba memecahbelahkan antara saya dengan mahasiswa yang lain. Saya dilaporkan oleh beberapa orang mahasiswa yang kebanyakkannya adalah mereka yang rapat dengan saya. Ada yang disuruh untuk jatuhkan saya dan akan diberikan wang sekiranya berjaya menjatuhkan saya. Ada juga yang ‘remove’ saya di Facebook tanpa sebab sehinggalah tidak bertegur sapa dengan saya.
Saya tegaskan di sini, saya tidak pernah melakukan FITNAH, BOHONG dan sebagainya kepada mahasiswa di UTM IC sehingga mereka ini menganggap saya antara MUSUH yang mereka ingin tewaskan. Kenapa saya dianggap sebegitu? Kenapa saya dianggap MUSUH? Kenapa orang membuat jahat terhadap diri saya? Kenapa orang nak jatuhkan saya? Apa yang saya buat sehinggakan mereka ini cuba membuat jahat terhadap diri saya? Insyaallah, saya MAAFKAN mereka ini tetapi saya TIDAK REDHA kelakuan jahat mereka ini terhadap diri saya. Saya berdoa setiap masa agar mereka ini datang berjumpa saya dan ceritakan apa sebenarnya yang mereka mahukan daripada saya.
Wajarkah Kita Berselindung Di Sebalik Topeng Kebenaran?
Satu lagi persoalan yang cuba saya bangkitkan pagi ini. Saya lebih bersikap jujur, sekiranya mereka ini antara pejuang Agama, Bangsa & Negara, wajarkah mereka ini melakukan “kekotoran” bagi mengaburi mahasiswa yang lain supaya bersimpati terhadap mereka? Jadilah seperti Rasulullah iaitu menegakkan Kebenaran dan Menentang Kemungkaran, bukannya mengamalkan perkara yang batil semata-mata untuk meraih simpati.
Saya ada BUKTI KUKUH bagi mengatakan bahawa perkara ini adalah rekaan semata-mata bagi meraih sokongan dan simpati di kalangan mahasiswa yang lain. Saya sendiri disuruh untuk melakukan FITNAHAN tetapi Dengan Nama ALLAH, saya TOLAK perkara tersebut kerana saya bukannya sepertimana yang mereka gambarkan. Saya bukannya jenis manusia yang menidakkan hak orang lain. Tetapi ALHAMDULILLAH saya berjaya pegang prinsip ini sehinggalah penulisan ini ditulis.
Saya percaya jika kita mengamalkan KEADILAN dan KESAKSAMAAN, Insyaallah, ALLAH sentiasa bersama dengan kita dalam meneruskan kehidupan yang kian ke akhir garisan penamatnya. Saya menyeru kepada mereka-mereka yang tidak senang dengan kehadiran saya dalam ARENA POLITIK KAMPUS, cukup-cukuplah memburukkan nama saya dan cukup-cukuplah menfitnah saya. Kalau berani, tunjukkanlah KEBERANIAN anda itu, dan bukannya berada di sebalik TOPENG KEBENARAN yang hanya menjadi plastic yang akhirnya dibuang ke Tong Sampah juga.
Berbalik semula dengan peribahasa yang cuba saya tonjolkan pada hari ini, jika dikaitkan dengan 2 persoalan dan situasi yang saya gambarkan di atas adalah mereka ini perlulah dididik semula supaya mengenal apa itu sebenarnya memperjuangkan Agama, Bangsa & Negara. Sekiranya mereka ini tidak dididik dengan cara yang betul sebelum masuk dalam ARENA POLITIK KAMPUS ini, maka akan berlaku KUCAR-KACIR dalam suasana kampus kita.
Pejuang-pejuang ini boleh dianggapkan seperti seorang bayi dan ibu ayahnya yang perlu mencorakkan sama ada memilih corak kebaikan dan kehitaman dalam kehidupan yang perlu diteruskan. Sekiranya, kita tidak memperbetulkan keadaan ini, kita sendirilah yang diibaratkan sebagai ‘BINGKAI GAMBAR’ yang terus membantu CORAK GAMBAR itu digantungkan dalam medan KAMPUS yang bernama UTM IC. Maka, perbetulkanlah semula niat dan janganlah mengamalkan perkara yang tidak berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah semata-mata untuk meraih sokongan dan sebagainya.
Akhir kata, saya akan teruskan perjuangan saya dalam menuntut KEADILAN dan KESAKSAMAAN terhadap mahasiswa yang ditindas. Percayalah sekiranya kita ingin melakukan sesuatu perkara kebaikan, cabaran dan dugaan adalah menjadi permainan awal yang perlu kita tempuhi untuk kita mengecapi kejayaan. Insyaallah…
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH Mantan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa 09/10 Universiti Teknologi Malaysia International Campus wan_hazem90@yahoo.com
Monday, February 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment