Sunday, March 21, 2010

Kenangan Terindah Di Gunung Stong....



Sebelum kita terus membangkitkan sasuatu isu....saya terfikir dan teringat mengenai Program Ekspedisi 1 Mahasiswa 1 Suara 1 Wawasan dengan kerjasama Universiti Darul Iman (UDM) yang telah diadakan pada 17 - 20 Februari 2010 dan bertempat di Gunung Stong, Kelantan Darul Naim... yang sering terlintas di benak hati saya tentang kejayaan yang agak membanggakan saya serta seluruh rakan seperjuangan saya dari kedua-dua universiti.

Segalanya bermula apabila saya menyertai Kursus Kepimpinan Pelajar IPTA yang bertempat di Negeri Sembilan...ketika itulah saya bertemu dengan saudara Abdul Rashid bin Abdul Manaf (yg sekarangnya adalah YDP MPP UDM). Selepas itulah, kami berbincang hanya melalui SMS mengenai projek kerjasama yang akan diwujudkan bagi membentuk satu pasukan mahasiswa yang ke arah lebih kehadapan dan berjiwa kental. Tetapi pada asalnya, kami mencadangkan Gunung Gagau yang bertempat di Terengganu.

Maka, bermulalah episod dan channel baru dalam merealisasikan projek yang diimpikan ini. Hati dan jiwaku sentiasa tidak terkawal dan tidak tenang apabila pelbagai masalah berlaku. Pertamanya, masalah berkaitan dengan kewangan dan peruntukan daripada pihak universiti tetapi berjaya juga peroleh mengikut perancangan yang telah ditetapkan dalam Paper Work ekspedisi tersebut.

Keduanya, apabila kurang mendapat sokongan dari segi penyertaan sehingga menyebabkan saya mengambil langkah awal dengan mengambil beberapa mahasiswa yang berlainan course dan sekurang-kurangnya dapat mempromosikan course Pengurusan Harta Tanah ini. Alhamdulillah...semuanya dapat diatasi mengikut apa yang telah dirancang.


Ketika itulah saya membuat perlantikan kepada semua mahasiswa yang terlibat yang terdiri daripada Mohd Farid (AJK Logistik), Izzul Iz'an (AJK Makanan), Mohd Hazrai (AJK Keselamatan), Khairul Shazuan (AJK Aktiviti), Raja Nurfarizal (AJK Kerohanian) dan sebagainya lagi.... (Korang semua termasuk 24 lagi peserta yang lain amat membanggakan saya kerana koranglah yang membuatkan saya terus bersemangat dalam meneruskan program tersebut....U All Is The Best!!!!!!! Hanya Tuhan Sahaja Yang Tahu betapa gembiranya saya apabila komitmen korang yang begitu terbaikkkkkkkkkk......)


Pada tanggal 17 Februari 2010, semua peserta yang terdiri daripada 29 orang berserta Cik Mazlyna (Pegawai HEP) berkumpul di Kediaman Siswa Jaya. Ketika itulah saya menimba ilmu yang baru dalam membeli barang-barang makanan yang basah dan kering....(memang ketika itu walaupun letih berdiri sepanjang hari....hahahaha yg penting demi perjuangan dalam merealisasikan berada di Puncak Stong). Malam itu, kami membuat pembahagian secara besar-besaran dan bertolak pergi ke Kelantan.....


ok...saya akan tunjukkan beberapa gambar ketika berada di sana....manakala untuk cerita lanjutnya pula....biarkan ianya menjadi satu kenangan peribadi kepada diriku ini...hehehe



dan mana-mana mahasiswa universiti lain yang berminat membuat kalobarasi dengan kami bolehlah emelkan pada saya di wan_hazem19@yahoo.com....

0 comments: