Saturday, March 27, 2010

Isu Wireless Di Kediaman Siswa Jaya UTMIC

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam PERJUANGAN MAHASISWA....
Bertemu kita kembali setelah menyepi dalam seminggu ini. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat berkaitan dengan "ISU WIRELESS" di Kediaman Siswa Jaya.

Pada 18 Mac 2010 (Khamis), saya selaku Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam MPM UTMIC bersama 2 orang Exco MPM UTMIC (Mohamad Hazrai dan Nur Hidayu) berserta 4 orang lagi wakil mahasiswa UTMIC telah mengadakan satu pertemuan khas dengan Pihak Ketua Bahagian CICT yang bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat CICT UTMIC.

Berikut adalah isu yang dibangkitkan oleh pihak kami (mahasiswa) :
  1. Mahasiswa mendapat kesukaran untuk memuat turun "file" daripada E-Learning UTM dan sebagainya untuk menyiapkan tugasan akademik.
  2. Status wifi yang dikesan oleh komputer riba adalah di tahap "Excellent" tetapi mahasiswa masih kurang dapat untuk mengakses wireless tersebut.
  3. Coverage untuk wireless adalah sukar bagi sesetengah zon di Kediaman Siswa Jaya.
  4. Coverage untuk wireless juga adalah sukar bagi bilik yang bertentangan dengan Flat Desa Rejang.
  5. Sekiranya dapat sambung ke internet, kelajuan internet adalah sangat perlahan terutamanya pada pukul 8.00pm hingga 1.00am.

Dan ini pula merupakan maklum balas dari Pihak CICT :

  • Pihak CICT akan menambahkan 2 Wimax (khas) dan 1 Streamyx (khas) di Kediaman Siswa Jaya.
  • Peratusan aduan mahasiswa mengenai wireless terhadap pihak CICT adalah terlalu rendah iaitu di kalangan mahasiswa tempatan.
  • Setiap laporan pihak CICT juga menyatakan bahawa wireless di Kediaman Siswa Jaya adalah di tahap yang baik dan laporan tersebut juga telah disahkan dan ditandatangani oleh pengetua dan staf Kediaman Siswa Jaya.
  • Pihak CICT juga telah menyediakan dan memperuntukkan 90 unit komputer baru kepada Kediaman Siswa Jaya untuk kegunaan mahasiswa (30 unit bagi setiap blok), tetapi masih belum dibuka atas alasan kekurangan kakitangan.

Dengan maklumat yang telah diberikan ini, diharapkan mahasiswa UTMIC dapat bersabar dan melihat transformasi yang dilakukan ini...Insyaallah...

Sampai Jumpa,

"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"




1 comments:

asbab-un-nuzul said...

aSLM Tn. Sy ada setup wifizone hotspot sejak pertengahan 2011 untuk kemudahan penduduk Desa Rejang dan kawasan sekitar termasuk UTMIC dgn kadar bayaran yang sangat minimum; RM2 sehari, RM10 seminggu & RM30 sebulan tanpa had penggunaan. Harap dapat dipanjangkan kepada semua mahasiswa di UTMIC. Terima kasih.