Saturday, November 6, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hanya tinggal sehari lagi untuk kita semua melangkah ke Dewan Peperiksaan Akhir untuk Peperiksaan Akhir bagi sesi 1, 2010/2011 ini. Oleh itu, perbanyakkanlah bekalan ilmu untuk anda semua menghadapi pelbagai kemungkinan sempena musim peperiksaan ini terutamanya mahasiswa Tahun 1 yang belum pernah menghadapi peperiksaan akhir bagi UTM IC ini.

Sebelum itu, saya ingin memohon maaf kepada seluruh mahasiswa UTM IC sekiranya sepanjang saya berkhidmat sebagai Exco MPM UTM IC ini ada beberapa perkara yang tidak memuaskan hati anda, sekiranya saya terkasar bahasa, saya berlaku biadap dan sebagainya lagi. Saya memohon maaf sekali lagi.


Saya di sini juga ingin berkongsi sedikit doa iaitu Doa Memohon Kejayaan Cemerlang



(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

Akhir kata, saya di sini juga ingin mengucapkan, “SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR & SELAMAT BERJAYAkepada seluruh MAHASISWA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA INTERNATIONAL CAMPUS KUALA LUMPUR. Buatlah yang terbaik untuk kejayaan diri anda dan hadiah kepada ibu bapa anda. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Selamatkan Maruah Gadis Islam...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Selamatkan Maruah Gadis Islamsatu kenyataan yang begitu lantang dan perlu difahami oleh setiap kaum lelaki bagi memartabatkan maruh Gadis Islam kerana dalam Islam sendiri, kaum hawa ini diangkat dan mempunyai kedudukannya yang tersendiri.

Firman Allah yang bermaksud :
Hai Manusia! Bertaqwalah kepada tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya diciptakan isterinya dan dikembangbiakkan dari kedua-duanya lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dan menyebut namanya dan (peliharalah) hubungan (silaturrahim) kaum kerabat. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(Al-Quran, al-Nisa’, 3 : 1)

Sejak akhir-akhir ini pelbagai isu dan kes yang berlaku melibatkan Gadis Islam terutamanya berhubung gejala Buang Bayi, Seks Bebas, Mengandung, dan sebagainya lagi dipaparkan di media massa dan seterusnya mengundang simpati dan keluhan pelbagai pihak berhubung masalah ini. Tapi tanpa kita semua sedari bahawa kaum lelaki juga merupakan angkara pokok penyumbang besar kepada semua gejala ini.

“Masakan pokok bergoyang kalau tidak ada angin….”

Saya di sini bukan ingin menegakkan benang yang basah tetapi memberi gambaran bahawa kaum lelaki juga sepatutnya berperanan besar ke arah menyelamatkan maruah gadis Islam ini. Pelbagai gelagat dan ragam yang diperhatikan di persekitaran saya terutamanya di UTM IC, menampakkan bahawa pelbagai alasan yang boleh diberi untuk membuktikan kebenarannya.

Pergaulan bebas di kalangan segelintir mahasiswa dan mahasiswi sendiri di UTM IC menampakkan bahawa tiada jarak pemisah yang boleh menghalang atau menjauhkan untuk terjebak ke perbuatan zina terutamanya pasangan “COUPLE” yang hangat bercinta. Ini merupakan cabaran besar untuk semua pihak perbetulkan keadaan supaya pergaulan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi kembali terkawal.

Mahasiswa dan mahasiswa sepatutnya berfikir dan bersama-sama melaungkan ungkapan “Selamatkan Maruah Gadis Islam” ini supaya tiada penyesalan di hari kemudian. Pelbagai langkah telah diambil untuk memberi sedikit pesanan dan nasihat supaya di kalangan mahasiswi sendiri supaya menjaga maruah diri dari memberi sepenuh kesuciannya kepada kaum lelaki.

Tetapi sedikit perasan terkilan apabila langkah yang diambil ini tidak mendapat sambutan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi sendiri. Sebagai muslim yang mempunyai rasa tanggungjawab terhadap kaum hawa ini, pelbagai teguran dan nasihat diberikan kepada beberapa mahasiswi sendiri tetapi mendapat tentangan dari mereka semula dengan alasan, “Ayah aku pun tak kisah, kenapa kau lak yang nak kisah!!!”

Selain itu, cara berpakaian dan penampilan di kalangan mahasiswi sendiri juga yang mengundang kepada keghairahan kepada kaum lelaki. Contohnya berpakaian ketat, sendat, jarang, yang tidak menutup aurat, dan sebagainya lagi diibaratkan satu perbuatan sengaja yang dilakukan untuk mengundang kepada peningkatan gejala maksiat dan negatif ini. Sepatutnya, di kalangan mahasiswi sendiri memainkan peranan untuk saling berpesan-pesan ke arah menjaga maruah diri tetapi tidak digunapakai sebaiknya.

Saya di sini sekali lagi sebenarnya bukan untuk menegakkan benang yang basah tetapi sebagai rasa tanggungjawab saya untuk mengembalikan semula imej dan menjaga maruah Gadis Islam terutamanya di UTM IC sendiri. Sebelum saya mengundur diri dari penulisan kali ini, saya memohon maaf sekiranya penulisan kali ini agak keterlaluan tetapi saya terpaksa juga untuk menuliskannya supaya semua pembaca faham tanpa sebarang kiasan.

Akhir kata, bersama-samalah kita kembali memuhasabahkan diri dan menghayati nasib-nasib remaja Islam di luar sana yang ditempatkan di tempat pemulihan akhlak, serenti dan sebaginya lagi. Majoritinya adalah di kalangan REMAJA ISLAM. Dan kembalilah ke pangkal jalan sebelum anda pula mengalami seperti mana yang mereka alami.

Sekian, Wallahua’lam…

“SELAMATKAN MARUAH GADIS ISLAM”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Thursday, November 4, 2010

Relevenkah Hab Hiburan Malam bagi Program Transformasi Ekonomi?

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“HAB HIBURAN MALAM” diangkat sebagai pemacu industri Pelancongan Malaysia mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Adakah anda sebagai mahasiswa dan pembaca blog ini bersetuju dengan langkah tersebut sebagai membantu menggerakkan ekonomi Malaysia pada masa akan datang?

Antara aktiviti yang akan dilakukan sekiranya diteruskan ETP ini di lima zon iaitu Lembah Klang/Kuala Lumpur, Genting Highlands, Penang, Langkawi dan Kota Kinabalu adalah pembinaan kelab-kelab hiburan, acara konsert Antarabangsa dan sebagainya lagi. Adakah anda selaku mahasiswa dan Rakyat Malaysia masih bersetuju dengan perkara di atas ini?

Cuba anda semua menghayati dan mendalami semula Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Dan cuba anda kaitkan adakah perancangan ETP ini adakah dapat mempertahankan Rukun Negara Kelima ini? Dan anda cuba perhatikan pula statistik berkenaan dengan pelbagai isu keruntuhan akhlak Belia Remaja Islam yang semakin meningkat dan parah. Adakah anda semua mahukan anak-anak anda dan seluruh generasi akan datang begitu mudah terdedah dengan aktiviti dan perancangan yang memberi kesan negatif yang begitu tinggi kepada mereka walaupun mempunyai positifnya hanya untuk peningkatan sektor ekonomi negara.

Saya selaku Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC menegaskan di sini bahawa saya tidak menyokong perkara ini kerana saya lebih mementingkan akhlak dan masa depan belia Remaja Islam di Malaysia dan generasi akan datang. Pelbagai langkah lain dan usaha lain yang dapat meningkatkan sektor ekonomi negara tetapi kenapa perlu jadikan Hab Hiburan Malam sebagai langkah untuk ke arah itu?

Saya sendiri sebagai Pemimpin Mahasiswa di UTM IC tidak menyokong untuk membuat atau mewujudkan aktiviti/program yang dapat melekakan mahasiswa UTM IC dan menggalakkan lagi perkara Hedonisme ini yang begitu berleluasa di Malaysia tetapi saya tidak terapkannya di UTM IC. Kerana sebagai sebuah negara Islam, sepatutnya menjadikan ciri-ciri keIslaman di sini sebagai penarik golongan pelancong dan pelabur untuk meningkatkan ekonomi di sini.

Keindahan flora dan fauna serta banyak lagi perkara lain boleh dijadikan sebagai kekuatan dan menambahbaikkan sektor pelancongan tersebut sebagai daya tarikan kepada para pelancong asing dan pelabur asing. Selain itu, peruntukkan yang disediakan untuk Hab Hiburan Malam ini sebaiknya diberikan untuk menambahbaikkan sektor pendidikan di setiap Institusi Pengajian Tinggi yang berkemungkinan besar dapat melahirkan golongan Intelektual dan berkemahiran tinggi iaitu penyumbang besar untuk mentransformasikan sektor ekonomi dan melahirkan golongan kelas Pertama dan berpendapatan tinggi selarasa dengan wawasan 2020.

Seterusnya, sebagai seorang Muslim dan perwakilan Mahasiswa, saya merasakan sepatutnya kerajaan dan pihak yang mentadbir mana-mana Negeri lebih memandang ke arah pembangunan sahsiah sebagai landasan utama untuk membantu rakyat kerana perkara ini lebih penting dan menjadi kewajipan kepada setiap pemimpin di mana-mana organisasi tak kiralah sama ada di kalangan Mahasiswa mahupun Kerajaan.

Kita sepatutnya MEMBENDUNG dan bukannya MENYOKONG ke arah yang menggalakkan gejala HEDONISME diterapkan sebagai agenda membantu Rakyat dalam sektor Ekonomi. Saya bersama-sama Majlis Perwakilan Mahasiswa dari pelbagai Universiti di Malaysia pernah mengenengahkan Isu Hedonisme di kalangan Mahasiswa dan Rakyat Malaysia dengan peningkatan Program Realiti TV yang sekarangnya tidak mengenal usia untuk menyertainya sehinggalah kanak-kanak kecil yang sepatutnya diasuh dengan BACAAN AL-QURAN dan PEMBANGUNAN SAHSIAH & AKHLAK MULIA dijadikan pula sebagai sasaran untuk menarik golongan ini sebagai peserta.

Baru-baru ini juga digemparkan dengan kedatangan Ikon Gay Dunia, Adam Lambert yang akan mengadakan Konsert di Malaysia yang Mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak TETAPI masih dapat diteruskan dengan jayanya sehinggalah konsert tersebut dapat menutup tirainya dengan penuh kejayaan dapat menggerakkan ramai belia Remaja Islam terutamanya Wanita untuk menghadirinya. Dan kita juga pernah dikejutkan dengan kenyataan dari artis Malaysia sendiri, Wardina Safiyyah yang menyatakan bahawa golongan Artis tidak sepatutnya dijadikan IKON dan IDOLA kepada para belia Remaja ISLAM tetapi mendapat tentangan dari pelbagai pihak yang rata-ratanya adalah di kalangan artis Malaysia sendiri.

Hal ini, jelas menunjukkan bahawa sektor Hab Hiburan ini tidak membantu sebenarnya dari segi pembangunan sahsiah tetapi ianya akan menjerat semula kepada golongan BELIA REMAJA ISLAM untuk terus bergelumang dengan perkara-perkara yang melekakan dan melalaikan ini. Di mana sebenarnya perjuangan untuk menjadikan ISLAM sebagai paksinya?

Akhir kata, sebelum saya mengakhiri penulisan pada kali ini, saya ingin menegaskan sekali lagi sekiranya pembangunan ekonomi yang pesat dan tidak melekakan dan memberi impak negatif kepada golongan BELIA REMAJA ISLAM di Malaysia, saya akan menyokong sepenuhnya perkara tersebut, TETAPI sekiranya ia boleh menggadaikan aspek pembangunan sahsiah dan akhlak golongan ini, saya akan menentang sekeras-kerasnya kerana saya sayang AGAMA, BANGSA, & NEGARA saya.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
Wan_hazem90@yahoo.com

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH” itulah tajuk penulisan saya pada kali ini. Saya begitu tertarik dengan ungkapan ini dan bersedia berhadapan dengan apa jua tentangan mahupun bantahan sekiranya saya berlandaskan dengan kebenaran dan keadilan. Apa sebenarnya yang anda faham dengan konsep di atas?

Jika anda merasakan bahawa anda di pihak yang benar, kenapa perlu untuk kita takut dan gentar berhadapan dengan hakikat itu sedangkan anda begitu kuat untuk buktikan kebenaran tersebut. Walaupun menjawat jawatan tertinggi di mana-mana organisasi konsep “KEADILAN” perlu diterapkan dalam setiap organisasi tersebut sebagai acuan untuk terus maju ke hadapan.

Hamka pernah berkata, “Tidak semua orang yang menolak kebenaran itu tidak tahu bahawa yang ditolakkanya itu benar.” Rasulullah juga pernah bersabda, “Katakan yang benar,sungguhpun ia pahit dan tidak digemari orang.” Ini memberi sedikit gambaran bahawa kita sebagai mahasiswa dan Rakyat Malaysia menuntut dan memperjuangkan “KEADILAN” sebagai dasar utama yang perlu diserapkan dalam pemikiran dan perilaku setiap mereka yang memimpin dan penggerak kepada mana-mana organisasi.

Saya sendiri setelah hampir 1 tahun memimpin mahasiswa di UTM IC sebagai Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC masih bergerak ke hadapan melalui konsep “KEADILAN UNTUK MAHASISWA” dan “BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH”. Saya juga bersedia dalam apa saja kemungkinan sama ada untuk MEMBAHASKAN SECARA TERBUKA mahupun BERHUJAH SECARA TERTUTUP dengan syarat setiap maklumat tersebut perlu dikongsikan secara bersama kepada seluruh masyarakat kampus.

Pemerhatian yang dibuat juga menunjukkan konsep ini kurang digunakan pakai oleh segelintir organisasi kepimpinan mahasiswa mungkin disebabkan TAKUT berhadapan dengan ahlinya mahupun apa jua alasan yang bakal dilemparkan. Kita selaku mahasiswa perlu sedar, sekiranya konsep ini tidak diterapkan dalam mana-mana organisasi kepimpinan mahasiswa ia dianggap satu tamparan hebat kepada mereka yang disingkirkan mahupun tersingkir.

Di penghujung semester ini dan awal semester hadapan, satu persatu kepimpinan persatuan mahasiswa akan beralih tampuk kepimpinan sehinggalah peralihan kuasa bagi Kabinet Mahasiswa iaitu Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC, dan saya amatlah berharap agar bakal-bakal Pemimpin ini akan menjadikan konsep “KEADILAN” sebagai landasan utama untuk terus berkebajikan kepada mahasiswa dan ahlinya.

Saya sendiri mungkin pernah melakukan kesalahan atau sebagainya dalam memimpin Mahasiswa di UTM IC tetapi secara jujurnya saya sendiri menuntut keadilan kepada seluruh Mahasiswa UTM IC seperti pelbagai isu yang saya ketengahkan walaupun ia dianggap perkara remeh-temeh oleh segelintir mahasiswa seperti Isu Seluar Jeans, Isu Saman Parking Motor, Isu Saman di KSJ, Isu Wireless, Isu Kafe, Isu Bilik GYM dan sebagainya lagi TETAPI itulah hakikatnya sebagai tanggungjawab saya untuk terus menuntut hak-hak dan keadilan kepada Mahasiswa.

Akhir kata, saya sekali lagi memberi harapan tinggi untuk anda semua berfikir dan bersama memuhasabahkan diri bagi kembali menggerakkan mahasiswa yang lain untuk terus bersama-sama dengan saya dalam memperjuangkan hak-hak dan menuntut keadilan Mahasiswa di UTM IC ini sekiranya ada perkara-perkara lain yang masih terlepas pandang oleh pihak saya sebagai Exco Kebajikan, MPM UTM IC di sini.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari saya,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej & Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC
wan_hazem90@yahoo.com

Monday, November 1, 2010

Tautan Hati & Career Talk PEHARTA 2010...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pada 29 & 30 Oktober 2010 (Jumaat & Sabtu) baru-baru ini, telah diadakan satu Program Tautan Hati dan Career Talk PEHARTA 2010 yang dianjurkan oleh Persatuan Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA) Kolej ShahPutra Kuantan yang bertempat di Kolej ShahPutra Kuantan.

Program yang bertemakan, “Prospect, Challenge and Prosperity In Property Industry” ini, telah berjaya melibatkan Mahasiswa-mahasiswi UTM IC yang mengambil jurusan yang sama iaitu Pengurusan Harta Tanah termasuk saya sendiri. Dengan matlamat, memberi pendedahan tentang persekitaran pekerjaan dalam industri harta tanah iaitu memfokuskan kepada bidang penilaian dan pengurusan harta tanah.

Saya selaku perserta dari UTM IC berasa begitu puas hati dengan program seperti ini dan sepatutnya diteruskan dari semasa ke semasa sebagai pendedahan kepada mereka yang mengambil jurusan ini. Program seperti ini merupakan program kedua yang melibatkan antara dua institut ini selepas kejayaan V-Camp Of 3 Institutes yang diketuai oleh Saudari Azzatie Intan Suraiya, mantan Setiausaha PEHARTA UTM IC.

Ia dimulakan dengan sesi Ice Breaking yang diadakan di sekitar Kolej ShahPutra turut memberi peluang kepada para peserta untuk mempamerkan bakat-bakat terpendam masing-masing. Saya yang diserapkan ke Kumpulan Ungu telah menunjukkan satu persembahan yang begitu menghiburkan dengan Lakonan yang bertemakan “Kawan & Hantu”. He3…walaupun pada mulanya hampir-hampir mempersembahkan Dikir Barat.

Keesokan harinya, diadakan dua ceramah yang begitu segar dan mempunyai input-input yang berguna iaitu Ceramah 1 “Cabaran Profesyen Penilai Harta Pada Masa Hadapan Di Malaysia” yang disampaikan oleh Puan Sawiyah@Sawiah Binti Abdullah (Penilai Daerah) dan Ceramah 2 “Karier Sebagai Konsultan Harta Tanah (Pengurus Harta)” oleh SR. Hj. Ishak Bin Ismail (CEO IM Global Property Consultants).

Selain itu, saya juga berkesempatan berkenalan dengan beberapa pelajar Kolej ShahPutra Kuantan dan berkongsi sedikit sebanyak berkaitan ilmu yang dipelajari berhubung dengan jurusan ini. Ini menunjukkan PEHARTA KSP dan PEHARTA UTM IC masing-masing mempunyai matlamat yang sama iaitu menampilkan kelebihan terhadap jurusan ini dan seterusnya memberi kekuatan kepada para pelajar untuk terus maju dalam jurusan ini.

Sebelah petangnya pula, kami semua berkesempatan untuk bersiar-siar di Teluk Cempedak yang begitu indah dan cantik sekali dengan pemandangan yang sememangnya memberi ketenangan kepada setiap individu yang singgah di kawasan tersebut. Anda boleh tengok beberapa keping gambar yang diambil ketika program. Hehe…






Akhir kata, program sebegini wajar diadakan lagi sebagai pengerat antara beberapa institusi yang mempunyai jurusan ini untuk terus bersama-sama membangunkan industri ini. Saya juga ingin mewakili UTM IC dengan mengucapkan berbanyak TERIMA KASIH dan TAHNIAH kepada organisasi yang menjayakan program ini. Insyaallah…Kalau ada umur yang panjang, dapat lagi kita semua bertemu kembali. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari saya,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC
Merangkap Mantan Persatuan Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA)
wan_hazem90@yahoo.com

Erti Hidup...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Permulaan bagi November 2010 ini, saya ingin membawa pembaca-pembaca blog saya, sahabat-sahabat saya dan seluruh kenalan saya menghayati bait-bait lirik yang saya rasakan mempunyai 1001 hikmah di sebaliknya iaiti Erti Hidup.

Lirik ini sebenarnya mempunyai maksud dan mesej yang begitu kuat untuk membawa para pendengarnya memuhasabahkan diri iaitu mengenali diri sendiri untuk terus berjuang di muka bumi ini. Saya berharap agar anda semua bersyukur dengan kehidupan anda dan seterusnya membawa diri anda ke arah kebaikan. Insyaallah… Terimalah dari saya,


ERTI HIDUP

Angin kau membawa bahteraku kemana mahumu…

Dikamar daku sering bertanya
Mana tempatku di dunia
Tepuk dada tanyalah selera

Jika daku ingin berjasa
Memberikan hidupku makna
Tepuk dada tanyalah selera

Inginku mengenali
Erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi
Liku-likukan ku harungi oh…

Tidak lagi kan aku disitu
Menyaksikan kehidupan berlalu
Kan ku kerah darah keringatku

Tiba waktu aku tiada
Tidak akan daku sesali
Daku hidup caraku sendiri

Angin kan ku bawa bahteraku
Kemana mahuku
Kini ku berani mengemudi
Kemana ku pergi

Kiniku mengenali
Erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi
Liku-likukan ku harungi oh…

Tidak lagi kan aku di situ
Menyaksikan kehidupan berlalu
Kan ku kerah darah keringatku

Tiba waktu aku tiada
Tidak akan daku sesali
Daku hidup caraku sendiri

Bagai guruh bergegar bumi
Aku tetap teguh berdiri
Penuh pengorbanan yang sejati





P/s : Semoga mesej ini memberi 1001 pengertian terhadap kehidupan anda sebagai seorang Muslim yang sejati. Rebutlah peluang kejayaan selagi anda mampu mengubah hidup anda untuk menjadi lebih baik dari semalam. Insyaallah…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Thursday, October 28, 2010

Duhai Adikku...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Puisi ini ditujukan khas buat semua Juniorku dari SMTL hinggalah UTM IC...Fahamilah bait-bait nasihat dan pesanan dari diriku ini...Insyaallah... Terimalah dariku,

DUHAI ADIKKU...

Duhai Adikku…
Lihatlah di sekelilingmu…
Kiri kananmu…
Pandanglah masa depanmu…

Bangkitlah wahai adikku…
Dari lena, nyenyak tidurmu…
Sedarlah sebelum terlambat…

Ingatlah wahai Adikku sayang…
Mahukah kamu, penjajah kembali?
Kembali menindas
Kembali menghina
Kembali mengherdik
Kembali menyeksa
Dirimu…Keluargamu…Bangsamu…Agamamu…

Ingatlah Adikku sayang…
Harapan menggunung ayah bonda
Mengemudi bahtera anakanda
Berpaksi Islam dan ilmu yang berguna
Menyinari jiwamu dengan nur kasih
Tetapi…
Kamu alpa, leka dengan dunia…
Bersosial tanpa batasan…
Seakan berfikir tanpa akal fikiran
Meninggalkan fardu sewenang-wenang
Mengagungkan maksiat dan hiburan….

Di mana jati dirimu itu?
Di mana asas agamamu itu?
Di mana pemikiranmu itu?

Kembalilah mencari nur…
Wahai Adikku…
Sebelum malam berterusan…
Tanpa siang yang silih berganti…

Sebelum air matamu mengalir terus
Bergelinangan membasahi pipimu…
Esakan tangisan yang menyelubung
Dirimu…Wahai Adikku…

Sedarlah…Adikku…
Kembalilah…Adikku…
Percayalah…nur itu masih ada untukmu…



Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com