skip to main |
skip to sidebar
Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
“Antara Demontrasi Jalanan dengan Himpunan Maksiat?” itulah topik perbincangan saya pada malam ini. Persoalan ini ingin saya kongsikan bagi mencari kebenaran dan jawapan supaya kita tidak terus lena dibuai mimpi tatkala usia menjangkau ke alam dewasa ini.DEMONTRASI JALANANIstilah ‘Demontrasi’ dapat dimaksudkan sebagai gerakan / desakan protes yang dilakukan oleh sekumpulan manusia di khalayak ramai untuk menyatakan pendapat mereka setelah berlaku kezaliman atau penindasan semasa perbincangan dilakukan. Demontrasi ini diwujudkan setelah tidak mendapat pembelaan di peringkat atas.
Ada baik dan buruknya terhadap demontrasi jalanan ini. Tetapi setiap individu itu sendiri perlulah mengkaji adakah patut beliau untuk turut serta dalam demontrasi tersebut. Banyak isu yang dapat dikaitkan dengan demontrasi jalanan ini. Di Malaysia, demontrasi jalanan ini masih berwajah bersih kerana keamanan dititikberatkan tetapi disebabkan putarbelit oleh pihak ketiga menyebabkan orang ramai beranggapan bahawa demontrasi jalanan ini hanya sekadar untuk kejar populariti dan meraih perhatian ramai. Tetapi sedarkah kita apa sebenarnya yang mereka lakukan?Di sudut positifnya, setiap demontrasi jalanan yang diadakan mempunyai matlamat yang tinggi melibatkan masyarakat sekitar yang kian diperbodohkan dengan hanya bertopengkan wang ringgit. Pernahkah kita melihat di dada akhbar, orang-orang yang berdemontrasi ini diberi ruang untuk memperjelaskan isu yang sedang dibangkitkan?Keduanya, rata-rata orang yang berdemontrasi ini adalah di kalangan cerdik pandai dan mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di persekitaran kita. Mereka menjadi demontrasi ini sebagai medan supaya suara mereka didengari setelah penindasan telah dilakukan terhadap mereka ini.Dari persepktif negatifnya pula, demontrasi jalanan ini boleh diibaratkan sebagai suatu tindakan agresif yang dapat digambarkan oleh pihak luar sebagai suatu tindakan yang kurang matang. Ini menampakkan sebagai perlakuan yang kebudak-budakkan dan akan disalahertikan oleh pemerhati-pemerhati yang berada di tempat kejadian.HIMPUNAN MAKSIAT‘Sambutan Malam Ambang Merdeka’, ‘Konsert Rock’, ‘Konsert Goyang Gerudi’, ‘Konsert Adam Lambert’ dan sebagainya lagi merupakan contoh-contoh yang boleh dikaitkan dengan istilah himpunan maksiat.
Istilah himpunan maksiat ini diberikan oleh saya sebagai menggambarkan di situlah perkara-perkara maksiat tumbuh bak mekar selepas hujan. Inilah barah yang kian meruncing terhadap para Belia Remaja Islam Malaysia. Ada buruk baiknya tetapi yang buruk itu ibarat membukit menggunung dan yang baiknya hanya timbunan gula di piring tea sahaja.Gejala maksiat seperti minum arak, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, tarian yang melalaikan, muzik yang menggila dan sebagainya lagi dilakukan secara terbuka dalam keadaan gelap yang bersesak-sesakan antara satu sama lain. Program seperti ini disokong penuh sehingga keluarnya lesen untuk dijalankan program maksiat yang sedemikian.Impak negatif terhadap himpunan maksiat / program maksiat ini diibaratkan dihalalkan oleh mereka yang berkobar-kobar memperjuangkan hak kesucian Islam dan bangsa Melayu. Adakah ini yang ingin kita belakan untuk diangkat sebagai pejuang-pejuang bagi generasi muda / belia yang akan datang?Himpunan maksiat ini sering kali diberi peluang untuk mempromosikan program tersebut di dada akhbar dan dipenuhi iklan di televisyen dan sebagainya. Adakah ini keadilan yang diterapkan oleh pihak kepimpinan atasan?Dari sudut positifnya pula, program-program ini dianggap sebagai peningkatan dana pendapat negara dan kepentingan pihak-pihak penganjur. KESIMPULANAda banyak yang boleh disimpulkan terhadap perbincangan kali ini. Ada baik dan ada buruknya yang dapat dijadikan sebagai teladan kepada kita sebagai generasi muda yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara akan datang. Cuma saya ingin persoalkan sebagai pengakhiran bagi penulisan kali ini. “Apa yang anda faham berkenaan dengan Demontrasi Jalanan dengan Himpunan Maksiat?”Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com
Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
“Job Hunting Strategies” anjuran Pusat Kaunseling dan Kerjaya UTM IC merupakan satu program yang cukup bermanfaat dan bermakna bagi saya sebagai seorang mahasiswa yang bakal keluar ke kelompok awam. Ilmu-ilmu yang dicurahkan dan dikongsikan oleh Encik Zulfikar Ahmad, Pegawai Psikologi UTM IC sedikit sebanyak dapat saya kongsikan di blog saya pada hari ini.Bertempat di Dewan Jumaah bersama-sama dengan beberapa seperjuangan saya iaitu, Muhammad Salman, Darren Lai, Mohd Irfan dan sebagainya, kami mendengar sebaik mungkin perkongsian mengenai beberapa bahagian yang dipecahkan dan menjadi cukup “Exclusive” bagi saya dan rakan-rakan yang lain tanpa sebarang bayaran yang dikenakan.PENULISAN RESUMEPenulisan resume cukup penting sekiranya kita cuba untuk memohon sebarang bentuk pekerjaan yang diinginkan. Banyak bentuk yang boleh kita lakukan untuk membuat penulisan resume ini tetapi adakah kita memahami, apa yang sedang/telah tuliskan dalam resume tersebut?Resume boleh dianggap sebagai satu bentuk bagaimana kita ingin “Iklankan”, “Tonjolkan”, “Pamerkan” diri kita kepada mereka (penerima) resume tersebut. Banyak perkara yang sebelum ini dianggap remeh-temeh telah saya abaikan dalam penulisan resume ini tetapi Alhamdulillah, sedikit sebanyak kesilapan saya ini telah diperbetulkan oleh mereka yang pakar dalam bidang ini.Resume ini juga cukup penting kerana setiap resume yang ingin kita hantarkan perlulah selari dengan maklumat “iklan pekerjaan” yang telah kita baca atau kita inginkan. Aspek maklumat peribadi, pendidikan, pencapaian dan sebagainya perlulah menunjukkan bahawa selari dengan permohonan kita ini sebagai keistimewaan diri kita berbanding yang lain.PERSEDIAAN SEBELUM/SEMASA/SELEPAS TEMUDUGA
Persediaan sebelum temuduga adalah amat penting. Kita perlu mempunyai persediaan yang rapi dan bersedia dengan apa saja kemungkinan yang akan berlaku. Persediaan ini perlulah diiringi dengan doa kita pada Allah Taala dan tawakkal kepada-Nya.Kita juga perlulah mengambil tahu berkenaan dengan jawatan yang ingin dipohonkan dan mengenai serba sedikit berkenaan dengan bidang yang ditawarkan oleh syarikat tersebut. Kerana menjadi ‘malu-bodoh’ sekiranya jawatan yang dipohon itu, kita tidak mengetahui apa sebenarnya kerja tersebut.Persediaan semasa pula adalah cara kita masuk ke tempat temuduga (berjalan), cara kita duduk, cara kita komunikasi, dan sebagainya lagi merupakan antara aspek penting yang perlu kita perhatikan dan praktikkan selalu sebagai menampakkan keyakinan yang tinggi dalam diri kita semasa menghadiri sesi temuduga.Persediaan selepas pula adalah langkah kita untuk membuat persediaan akhir sekiranya kita diterima bekerja atau tidak diterima bekerja. Pemikiran positif sedikit sebanyak memberi kita kekuatan untuk kita menghadapi sebarang kemungkinan dalam diri kita. PERSONAL GROOMING“Personal Grooming” ini saya lebih tekankan kepada diri saya iaitu seorang lelaki. Antara maklumat yang saya perolehi semasa program ini, adalah mengenai personal grooming ini. Jika dilihat kepada bidang saya yang akan sentiasa berhadapan dengan klien. Aspek penampilan diri merupakan satu perkara yang cukup penting bagi menggambarkan personaliti kita sebagai seorang yang professional.Kasual merupakan tema pakaian yang paling sesuai untuk lelaki sekiranya menghadiri sesi temuduga. Berikut merupakan keutamaan yang perlu kita terapkan dalam diri tetapi kita tidak perlulah hipokrit terhadap diri kita. Antaranya ialah tali leher perlulah sesuai dengan kemeja yang dikenakan, kasut kulit yang mempunyai tumit dan berwarna hitam, stokin gelap, potongan rambut yang sesuai, berkemeja lengan tangan dan sebagainya.KESIMPULANKesemua di atas dapat saya terjemahkan ke dalam bentuk penulisan setelah mendengar ‘talk’ daripada pakar bidang ini. Dan saya anggap peserta yang mengikuti program ini sebagai mahasiswa yang ‘alert’ dengan peredaran semasa terhadap masa depan karier masing-masing. Kerana ilmu sedemikian jarang untuk kita perolehi melainkan kita sendiri yang mempunyai inisiatif untuk mengenalpasti apa yang sepatutnya ditonjolkan diri kita sebelum melangkah masuk ke alam pekerjaan.Setelah masuk bulan ketiga (Mac) saya bekerja (Latihan Industri) di Firdaus & Associates, semua perkara yang disebutkan di atas merupakan perkara yang amat penting setelah melihat situasi yang berlaku di depan mata dan ketika berhadapan dengan klien. Keyakinan yang tinggi oleh klien adalah berdasarkan persepsi yang dilemparkan oleh beliau terhadap diri kita.Sebagai mahasiswa bidang pengurusan / perkhidmatan, ketiga-tiga aspek di atas iaitu, penulisan Resume, temuduga dan Personal Grooming merupakan kewajipan bagi diri kita dalam bersaing secara sihat dalam pasaran bidang kita tersebut. Insyaallah, setiap ilmu yang diperolehi ini adalah sebagai perkongsian kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang sentiasa mengikuti perkembangan blog saya yang hanya di “Liku-Liku Kehidupan”.Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com
Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Mahasiswa merupakan generasi pelapis bagi hampir setiap bidang atau perkara yang telah mereka mahirkan ketika mana masih menuntut di universiti mahupun tempat menuntut ilmu. Sedarkah kita, masih banyak perkara yang perlu kita mahirkan lagi sama ada berkaitan dengan kepimpinan, keyakinan diri dan sebagainya.Faktor utama yang menyebabkan mahasiswa sekarang kelihatan agak mundur dari aspek selain dari bidang keilmuan adalah faktor psikologi dan faktor sosiologi. Psikologi bermaksud kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia. Manakala sosiologi pula membawa maksud ilmu yang membicarakan apa yang sedang terjadi saat ini, khususnya pola-pola hubungan dalam masyarakat serta berusaha mencari pengertian-pengertian umum, rasional, empiris serta bersifat umum.Walaupun kedua-duanya mempunyai perbezaan yang nyata namun kedua-dua perkara ini mempunyai hubungkait yang amat rapat dan saling bergantungan. Dalam proses seseorang kanak-kanak meningkat ke alam remaja dan dewasa, kedua-dua faktor ini perlu dikukuhkan dalam diri setiap individu sebagai kekuatan untuk mereka melangkah ke hadapan.Jika ditanya pada saya, adakah mahasiswa sekarang boleh dikatakan “LESU”. Jawab saya adalah “YA”. Perkara ini pernah dibangkitkan oleh kumpulan saya semasa di Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar IPTA 2010 yang diketuai oleh YDP MPMUM untuk diketengahkan ke peringkat Nasional. Saya yakin sekiranya mahasiswa s
ekarang cakna dengan perkembangan di sekeliling kita, Insyaallah, mahasiswa kita selayaknya untuk digelar ‘IKON’ sekiranya 4 perkara ini dapat diseimbangkan iaitu Keilmuan/Pengetahuan, Kerohanian/Keperibadian, Psikologi/Pemikiran dan Sosiologi. Mahasiswa kita perlulah seimbang antara satu sama lain agar emosi tidak kuasai diri.Sebagainya contoh, program University Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia di Bukit Katil, Melaka 2010 (USR-UTM@Melaka’10) yang diketuai oleh saya sendiri selaku Pengarah Program menerapkan keempat-empat aspek ini sebagai asas pembangunan modal insan yang diketengahkan sebagai agenda merealisasikan matlamat program yang bertemakan “Mahasiswa Agen Transformasi Masyarakat”.Keilmuan/Pengetahuan iaitu melibatkan kemahiran, ilmu kepakaran dan pengetahuan oleh mahasiswa bagi Pembinaan Tugu 1 Malaysia dan Wakaf. Kerohanian/Keperibadian iaitu majlis tahlil/yasiin dan program anak angkat yang dapat menunjukkan keperibadian generasi hari ini masih dapat mendepani masyarakat sekitar.Psikologi/Pemikiran iaitu kita merealisasikan kajian selidik kawasan setempat berkenaan dengan aspek-aspek yang perlu diketengahkan di Parlimen Bukit Katil berdasarkan respon atau maklum balas yang diperolehi. Dan sosiologi pula iaitu kenduri sekampung, sukan-sukan perdana, kembara desa dan sebagainya lagi.Program ini dapat dijadikan contoh sebagai langkah mahasiswa sekarang mampu untuk mentransformasikan landskap pemikiran generasi muda yang sering dikaitkan dengan Mahasiswa sebagai ‘Lesu’. Tiada bicara dapat dibuktikan sekiranya hanya tin kosong sahaja yang berdentum-dentum, tetapi inilah bukti yang mampu ditunjukkan oleh Mahasiswa UTM IC dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka. Setiap peringkat dan lapisan, masing-masing mempunyai kelebihan dan kemahiran yang perlu dikutip oleh setiap mahasiswa semasa di universiti. Bidang Keilmuan menjadi keutamaan dan seterusnya kepimpinan, rantaian, kemahiran, dan sebagainya lagi merupakan bidang-bidang yang perlu bergerak seiring sebagai persediaan awal kita dalam menempuh hari kemudian.Lambakan buku-buku motivasi, strategi organisasi dan sebagainya yang menyentuh segala aspek untuk dikuasai dan dihayati oleh mahasiswa. Lambakan ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu-ilmu sedemikian. Dato’ Saifuddin Abdullah, Dr Mujahid Yusof Rawa dan beberapa lagi pemimpin muda politik yang dilihat dari latar belakangnya merupakan mahasiswa yang dianggap dapat menguasai segala aspek yang diperbincangkan di atas.Belajarlah dari kesilapan supaya kesilapan itu dapat diperbaiki dan menjadi lebih baik dari semasa ke semasa supaya istilah/isu “Mahasiswa Lesu” itu benar-benar dikuburkan pada generasi akan datang. Mahasiswa yang berkualiti adalah mahasiswa yang dapat menyeimbangkan antara duniawi dan ukhrawi. Mahasiswa yang berpotensi adalah mahasiswa yang dapat kuasai 4 perkara iaitu ilmu pengetahuan, rohani/keperibadian, psikologi/pemikiran dan sosiologi.Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Mantan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com
Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Petang ini saya ingin berkongsi sedikit fakta berkenaan dengan 5 Air Terjun Paling Tinggi Di Dunia. Jom kita tengok Air Terjun-Air Terjun tersebut :-5. Gocta Cataracts, Peru :
Terletak di provinsi di wilayah Chachapoyas Amazona, Peru dengan tinggi 771 meter (2,532 kaki)
4. Mongefossen, Norwegia :
Dengan total tinggi 773 meter (2,535 kaki) terletak di utara rauma railway
3. Ramnefjellsfossen, Norwegia :
Dengan total 818 meter (2,685 kaki), air terjun ini mengisi danau Lovatnet yang indah
2. Tugela Falls, Africa Selatan :
Air terjun tertinggi kedua di dunia dengan total 948 meter (3,110 kaki), menurun dari tebing curam di Drakensberg (Dragon's Mountains) di dalam Royal Natal National Park
1. Angel Falls, Venezuela :
Air terjun tertinggi di dunia dengan total 979 meter (3.212 kaki), terletak di Canaima National Park
Selamat Berkongsi… =)
Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Setiap orang memerlukan teman untuk berkongsi masalah, teman untuk bermain, teman untuk belajar, teman untuk bergurau-senda dan sebagainya lagi. Setiap teman itu ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Ada teman yang membawa kepada kebahagian dan ada juga teman yang mampu membawa kita ke lembah kehinaan.“Teman Terulung” adalah ungkapan yang sesuai untuk saya katakan kepada teman-teman yang banyak membantu, mendengar, melayan dan mengiyakan saja setiap ragam dan perangaiku. Teman ini merupakan penawar dan penyeri kehidupan kita terutamanya ketika kita masih belajar.Teman dalam kepelbagaian peringkat umur mempunyai 1001 hikmahnya kerana banyak positifnya dan merupakan satu ikatan persahabatan yang membawa kita untuk berfikir secara lebih matang. Teman sekuliah, teman sekerja, teman di laman maya, teman sepermainan, teman seperjuangan, dan banyak lagi istilah boleh kita kaitkan dengan “Teman” ini. Saya amatlah bersyukur kerana teman-teman sekeliling saya memahami diri saya dan banyak membantu member sokongan moral dan sokongan padu pada setiap apa yang saya cuba lakukan.Saya amatlah beruntung kerana setiap teman saya itu ‘alert’ dengan apa saja yang saya lakukan dan mereka ini banyak mengkritik, menegur dan memperbetulkan diri saya sekiranya saya tersasar dengan matlamat yang diimpikan. Seseorang teman yang mampu memperbetulkan diri kita itu merupakan mereka yang sentiasa ingin melihat kejayaan kita. Insyaallah…Oleh itu, terimalah dari saya, “TEMAN TERULUNG”.
Bila bertaut senyuman, Mata berlirikan, Memancarkan keluhuran, Cerah kesederhanaan mu, Seindah kejujuran mu. Detik seia sejiwa, Terungkap setia, Tiada upaya sepi, Mata kudup penantianku, Hadirnya teman sejati. Melangkah kita menjejak mimpi, Bahgia berdiri dengan mu di sisi, Harapan kita meniti hari, Sentiasa seiring. Paling agung teman terulung, Tenunan emas sayap hidup ku Tak ingin ku undur bertamu, Bertakhta teguh, Ke akhir waktup/s : Kepada teman-teman saya di SRIAS, MMAS, SMTL, PLKN Beringin, PTSB, UTM IC, Facebook dan seluruhnya, saya amatlah bersyukur kerana dikurniakan teman seperti kalian, tanpa kalian, saya mungkin tidak mampu berdiri untuk terus mencapai kejayaan yang diimpikan. Semoga Allah terus memelihara ikatan persahabatan antara kita dan berpanjangan hingga ke akhirnya. Insyaallah…Sekian, Wallahua’lam…Ikhlas dari sahabatmu,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem90@yahoo.com
Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
“Kehangatan Materialistik” merupakan satu sifat yang kian meresap dalam diri kita di era millennium ini. Ianya kian bergelora ketika diri meningkat dewasa. Materialistik dari sudut bahasa membawa maksud sifat yang mementingkan kebendaan. Ada yang sanggup berbuat apa saja bagi memuaskan nafsu dan keinginan kebendaan ini.
Kita dapat lihat terutamanya ketika menuntut di mana-mana sahaja IPTA, IPTS dan sebagainya, mereka yang tergolong dalam kategori ini akan sentiasa dilihat mewah sedangkan pada hakikatnya tidak. Mereka ini juga sanggup lakukan apa sahaja untuk memenuhi keinginan mereka itu walaupun terpaksa menggadaikan maruah diri.Secara umumnya, semua manusia di muka bumi ini dipengaruhi dengan sifat “Materialistik” masing-masing. Ada yang Berjaya mengawal diri dan ada juga yang tewas dengan desakan nafsu. Tapi percayalah menjadi lumrah bagi setiap manusia ini terhadap sifat kematerialistikan itu. Cuma atas kebijaksanaan masing-masing mengawalnya.Petang ini saya ingin berkongsi satu lirik lagu yang bertajuk, “Materialistik” yang sebenarnya member gambaran dan maksud yang cukup tersirat dan akan membuatkan diri kita berfikir sejenak. Insyaallah… Bersamalah kita menghayati,
“Kehangatan Materialistik”Masa silih berganti dunia semakin lajuFikiran lebih terbuka mengikut peredaran masaAdakah kita perlu mengekorinyaApa yang berlaku di pelusuk duniaKeikhlasan diri yang harus waspadaDiserapi nilai jenamaSemakin hangat materialistik menggoda jiwaSemakin hari materialistik mengaburi jiwaSemakin gagah materialistik menggoda duniaLihat pada si dia apa yang dipakainyaDari rambut hingga ke kaki semuanya harga lumayanSi nafsu pun mula memaksa jiwaCepat cepat dapatkan ia segeraNanti apa pula dikata orangKita kan orang yang beradaTell me why you wanna aunt what ya wearing nowGot a reputation can't appear in aSimple and affordable gearing huhPlaying with my mind got me branded upSporting tommy hilfigersAnd baby on the really there be something wrong with usBe acting real silly wasting all them good dollarsOn apparels with the brand causeThat be the one and only reason why you wear themThinking about what other people thinkAnd without a doubtYou go materialistik run your money outSo don't become a slave to fashionThis here i be saying ums with a passion what !p/s : Semuanya kita sentiasa berfikiran waras dalam mengawal hawa nafsu kita terhadap kebendaan. Insyaallah…Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com
Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
“Perjalanan Hidup” merupakan satu proses yang pasti akan dilalui oleh setiap yang bernyawa di muka bumi Allah ini. Banyak pasang surutnya gelora hidup yang dihadapi oleh pelbagai jenis manusia yang bermacam-macam jenis nasibnya. Ada yang dapat berada teguh di kerusi empuk. Ada juga yang hanya dapat berlindung di sebalik pokok dan pelbagai lagi dapat kita perhatikan jika kita cakna dengan kehidupan sekeliling.
Saya amatlah bersyukur kepada Allah Taala kerana masih memberi penghidupan yang hampir 21 tahun untuk mengharungi liku-liku kehidupan sehinggalah saya seperti sekarang. Ada cacat celanya, ada juga anugerah dan kelebihannya. Tetapi kita sebagai hamba-Nya, hanya mampu berdoa dan terus berusaha untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak.Pelbagai anggapan telah dilemparkan kepada diri saya yang hina ini, tetapi saya masih mampu bertahan selagi kebenaran itu di pihak saya. Saya tidak akan sesekali goyah atau tunduk dengan desakan dan ancaman yang diberikan. Saya berjanji pada diri saya kali ini bahawa saya tidak akan sewenang-wenangnya diperguna atau di’boneka’kan oleh pihak yang cuba sentiasa mengambil kesempatan terhadap diri saya.Banyak peluang yang saya cuba berikan dan saya hanya mengambil langkah berdiam diri tanpa sebarang tindak balas tetapi keadaan sekarang menentukan untuk saya terus membela diri saya. Walaupun ianya dianggap remeh oleh segelintir manusia, tetapi jika ia melibatkan maruah, nama dan diri saya, saya tidak akan sesekali membiarkan ianya terjadi buat kali yang seterusnya. Saya percaya, Allah akan sentiasa bersama dengan hamba-Nya yang teraniaya. Saya akan tetap teruskan perjuangan hidup saya untuk menuntut keadilan dan kesaksamaan bersama-sama. Saya akan pastikan juga, anak bangsa akan terus ke hadapan dalam mengharungi persaingan hebat yang berkemungkinan besar mampu melenyapkan kita tanpa kita sedari. Insyaallah…Oleh itu, saya ingin berkongsi satu lirik lagu ciptakan Dr. Wan Zawawi, nyanyian Ramli Sarip yang bertajuk, “PERJALANAN HIDUP”.Aku yang masih di perjalanan hidup iniBegitu lama berlegar di persimpangan duniaMenempuh jarak dan titianRimba dan lautanMencari sesuatu yang abadi Aku yang masih di perhentian hidup iniBegitu jauh mengembara ke serata duniaMengejar siang dan malamSurut dan pasangMencari sesuatu kebebasanMencari sesuatu kedamaian Di mana berakhirnya perjalanan ku iniEsok dan lusa bukan milikkuOh TuhankuLindungilah hambamu yang hina iniAku setia hanya padamuOh Tuhankup/s : Hayatilah erti sebuah Perjalanan Hidup… hehehe =)Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com