Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam Malaysia Madani...
BERTEMU KEMBALI DI TAHUN 2025...
Bertemu lagi kita semua di blog aku yang tak seberapa. Rasanya dah lama aku tak singgah untuk update beberapa perkara yang berlaku dalam kehidupan aku sejak akhir-akhir ini. Termasuklah aktiviti backpackers aku ke beberapa tempat dan negara baru seperti Almaty (Kazakhstan), Bishkek (Kyrgystan), Vientiane (Laos), Pekan Baru (Indonesia) dan lain-lain lagi.
Banyak perubahan berlaku dalam sekelip mata bilamana aku diberi tanggungjawab baru atau diberi 'post' baru dalam mengembangkan karier aku yang baru sebagai Pegawai Tadbir Negeri dan ditempatkan di Negeri Melaka. Yes, Melaka! Negeri ketiga tempat aku mencari rezeki selepas 4 bulan di Negeri Kedah dan 8 tahun di Kuala Lumpur.
Sebelum ini, karier aku lebih kepada bidang penilaian dan hartanah serta terlibat dalam insurans harta dan sebagainya lagi. Tempoh masa 8 tahun bagi aku sangat-sangat membuatkan aku selesa dalam bidang berkenaan sehinggalah pada 21 Mei 2024 aku ditawarkan dengan position yang baru, dimana aku lulus interview bagi perjawatan baharu iaitu Pegawai Tadbir. Skim perkhidmatan aku berubah 360° dari seorang penilai / teknikal kepada bidang pengurusan. Sekarang ini, aku mengetuai Unit Pentadbiran, Integriti, Kewangan dan Kejuruteraan di sebuah agensi Kerajaan Persekutuan dan ditempatkan di Negeri Melaka. Alhamdulillah, semuanya rezeki dari Yang Maha Esa.
Sekarang sudah hampir 11 bulan aku mencari rezeki di Negeri Melaka dan banyak benda baru yang aku pelajari di sini terutamanya dalam bidang sumber manusia, pengurusan kakitangan, pengurusan integriti dan macam-macam lagi. Berat hatiku pada awalnya untuk berhijrah ke Melaka disebabkan banyak perkara antaranya aku sudah selesa di Kuala Lumpur dan telah mempunyai rumah sendiri di sana, namun disebabkan peluang yang ditawarkan oleh Pengurusan Tertinggi sangat-sangat menarik dan menjadi platform untuk aku terus kembangkan karier aku. Apa-apa pun, aku percaya dengan rezeki Yang Maha Esa.
HARAPAN 2025...
Bercakap soal harapan bagi Tahun 2025 ini, banyak impian yang aku pasang sepanjang tempoh 12 bulan di Tahun 2025 ini. Antaranya, aku nak terus memperkukuhkan semangat integriti di kalangan staff aku, aku nak tawan Negara yang ke-23 iaitu Nepal untuk eksplorasi aku yang seterusnya secara Solo Backpackers dan bermacam-macam impian lain.
Tapi semuanya aku perlu susun dan bersabar dengan rentak semasa sekeliling. Aku juga mengharapkan semua pembaca blog aku terus mendoakan yang baik-baik untuk diri aku dan sentiasa menyokong setiap apa yang aku lakukan.
Sekian, Wallahua'lam...
Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Bukit Baru, Melaka
0 comments:
Post a Comment