Pages

Sunday, October 22, 2023

Tayangan Perdana Filem 'Air Mata Di Ujung Sajadah'...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Malaysia Madani...

Baru-baru ini aku diberi peluang untuk menghadiri ke Tayangan Perdana filem 'Air Mata Di Ujung Sajadah' yang bertempat di TGV Pavilion Bukit Jalil pada 10 Oktober 2023 yang lalu.

Filem yang diarahkan oleh Saudara Key Mangunsong telah mengangkat beberapa pelakon ternama dalam menerajui filem ini seperti Titi Kamal, Fedi Nuril, Citra Kirana dan lain-lain lagi.

Sejujurnya sebelum hadir ke tayangan perdana ini, aku belum menonton sebarang trailer berkaitan filem ini dan tak tahu pasal sinopsis filem ini tetapi timeline fb aku dipenuhi dengan post-post daripada beberapa cinema yang mempromosikan bahawa filem ini adalah sebuah filem yang sangat-sangat menyedihkan dan mampu membuatkan penonton menangis.

Sebenarnya agak teruja bilamana berpeluang untuk bertemu mata dengan para pelakon filem ini seperti Fedi Nuril, Titi Kamal, Citra Kirana, Krisjiana Baharudin, Faqih Alaydrus dan Jenny Rachman. Aku turut sempat bergambar kenang-kenangan bersama mereka. 

Aku sempat juga bergambar bersama dengan beberapa selebriti Malaysia yang turut hadir ke tayangan perdana tersebut seperti Nur Fazura, Fattah Amin dan Azri Iskandar. 

ULASAN / REVIEW FILEM

Permulaan filem ini kita dipertunjukkan satu pertengkaran hangat antara Aqila (lakonan Titi Kamal) dengan ibunya yang berpunca bilamana Aqila minta restu untuk terus berhubungan dengan lelaki pilihannya iaitu Arfan (lakonan Krisjiana Baharudin).

Konflik bertambah bilamana Aqila berkahwin dengan Arfan tanpa restu ibunya sehinggalah Aqila melahirkan seorang bayi lelaki dimana beberapa sebelum itu Arfan telah meninggal dunia akibat kemalangan. Lebih malang, bayi yang dilahirkan itu telah diserahkan kepada Arif (lakonan Fedi Nuril) & Yumna (lakonan Citra Kirana) oleh ibu Aqila tanpa pengetahuan Aqila.

Aqila diberitahu oleh ibunya bahawa anaknya telah meninggal dunia sehinggalah Aqila berkelana ke Eropah untuk menghabiskan pembelajarannya di sana. Tanpa disangka, ketika ibunya sakit, ibunya telah memberitahu perkara sebenar dan membuatkan Aqila mula mencari anak kandungnya itu.

Nak tahu lanjut? korang kena menonton sendiri filem ini di pawagam... 😅😅

Sejujurnya, filem ini sangat kuat mesej nya dan sesekali membuatkan aku terfikir sejenak kebaikan yang wujud dalam filem ini walaupun 'instinct' kita ke arah lain tetapi pengarahnya membawa filem ini ke arah yang sepatutnya. Terbaik!

Aku puji jalan ceritanya dan memang benar, filem ini mampu untuk membuatkan kita mengalirkan air mata disebabkan perjalanan cerita ini yang sangat-sangat dekat dengan kehidupan kita yang bermain di kalangan ahli keluarga. Syabas!

Apa-apa pun, aku bagi, 7/10 bintang untuk filem ini! Jom aku kongsikan beberapa keping gambar semasa Premiere Screening filem ini.

Ikhlas dari,
WMHMY
Bangi, Selangor
21 Oktober 2023
wan_hazem19@yahoo.com


No comments:

Post a Comment