Salam Perpaduan...
Salam Demi Pertiwi...
Kebosanan hari nie di rumah sempena Cuti Umum yang diberikan oleh YAB DS Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia sempena kemenangan beliau mendapat majoriti dalam membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan dalam memimpin Malaysia selepas Pilihanraya Umum Ke-15.
KARNIVAL #SPEEDPHORIA - PETRONAS GRAND PRIX OF MALAYSIA 2022
Pada 14 hingga 23 Oktober 2022 yang lalu, PETRONAS telah mengadakan satu Karnival yang dikenali sebagai Karnival #Speedphoria sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2022 (Motor GP) bertempat di Esplanade KLCC.
Seperti biasa, aku berkesempatan untuk ke karnival tersebut sebanyak 2 kali iaitu pada 15 dan 19 Oktober 2022 sebab aku tertarik dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan di sana.
Pada 15 Oktober 2022, aku berkesempatan untuk join beberapa aktiviti seperti Fountain Light Show, GP Simulator, Games dan semestinya Konsert! Paling best adalah Konsert Bunkface yang diadakan secara live di situ.
Aku juga berkesempatan untuk menjawab soalan kuiz yang dibuat oleh penyampai Hot FM iaitu AG dan Ayu, dan masa tue aku memenangi tiket Main Grandstand - PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2022.
Konsert Bunkface... |
Sedap lagu-lagu yang Bunkface bawak malam tue... |
Aku bersama dengan Sam Bunkface... 😀😀😀 |
Pada 19 Oktober 2022 yang jatuh tarikh yang sama dengan Birthday aku, aku lebuh teruja ketikamana berpeluang untuk bertemu dengan beberapa pelumba termasuk Wildcard Rider dari Malaysia.
Jom aku kongsikan beberapa gambar kenang-kenangan bersama mereka.
Aku dah teruja dah masa nie... |
Waktu sesi bergambar... |
Event petang tue dihoskan oleh Daphne Iking... :) |
Aku bersama dengan Ayumu Sasaki (Japan)... |
Aku bersama dengan Luca Marini (Italy)... |
Aku bersama dengan Sean Dylan Kelly (USA)... |
Aku bersama dengan Syarifuddin Azman a.k.a Damok (Malaysia)... |
Aku bersama dengan Ayumu Sasaki (Japan) dan Riccardo Rossi (Italy)... |
Aku bersama dengan Khairul Idham Pawi dan Azroy Hakeem Anuar... |
Sepatutnya aku pergi ke PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2022 di Sepang Circuit pada 22-23 Oktober tue, tapi aku terpaksa batal hajat tue sebab aku pulang ke Alor Setar setelah hampir 3 bulan tak balik kampung.
Apa-apa pun, Insyaallah kalau ada rezeki, kita akan pergi lagi pada Tahun 2023. Doa-doakan agar PETRONAS terus mengadakan event nie di tahun-tahun yang mendatang.
Sekian, Wallahua'lam...
WMHMY
Setapak, Kuala Lumpur
28 November 2022
No comments:
Post a Comment