Salam Perpaduan...
Salam Keluarga Malaysia...
Alhamdulillah... Aku baru sahaja selesai menonton filem 'Anak Rimau The Movie' buat kali yang kedua tadi di TGV Central i-City dan aku masih teruja menonton filem berkenaan. Kali pertama aku tonton semasa hari tayangan pertamanya pada 01 September 2022 yang lalu di TGV Wangsa Walk.
ANAK RIMAU THE MOVIE
Sejujurnya aku tak pernah tahu pasal movie ini selepas aku terbaca sinopsis filem ini di facebook sehari sebelum tayangan rasmi movie ini di pawagam di seluruh Malaysia pada 01 September 2022. Selepas baca berkenaan sinopsis dan trailer movie nie, aku begitu teruja untuk menonton filem ni di pawagam pada hari pertama tayangannya.
Setelah dua kali menonton, apa yang boleh aku katakan adalah filem ini sangat-sangat menarik untuk ditonton kerana jalan penceritaannya yang sangat hidup menerusi watak-wataknya yang wujud dan tidak mendatar (boleh kata hampir kebanyakkan filem Melayu selalunya akan mendatar dan membosankan), tiada babak sembang kosong dan yang paling penting, ianya sebuah karya yang lengkap dengan elemen semangatnya, kegembiraannya, kesedihannya, sakit hati, komedi dan sebagainya lagi.
Pengarah Filem ini sangat bijak dalam membawa emosi penonton dalam setiap babak yang wujud dalam movie ini. Dua kali aku tonton filem nie, dua kali juga aku akan bertepuk tangan dalam memberi tindak balas terhadap babak yang memberi semangat dan menempa kemenangan. Bukan aku sorang tapi boleh kata ramai juga yang berkelakuan seperti itu. Ini hebat!
Filem ini juga sebenarnya mampu memberikan satu emosi yang aku sendiri mengalir air mata walaupun sudah 2 kali menonton filen ini iaitu melibatkan babak :-
i. Semasa Ariff merayu kepada couch Zainal untuk ambil dia bermain sehingga terduduklah si Ariff. Respon Ariff semasa cakap 'saya hanya tahu main bola saja' tue pun mampu mengundang air mata.
ii. Semasa Ariff tanyakan kembali kepada Couch Zainal semasa otw nak pulang ke rumah iaitu 'couch tahu ke apa masalah saya di rumah?' Ini pun satu babak yang cukup beremosi sekiranya kita memahami perkara tersirat yang ingin disampaikan oleh Ariff itu.
iii. Semasa Maro beremosi dan menangis ketika ayahnya mati. Dia menghalang orang sekeliling dari menyentuh mayat ayahnya. Ini pun satu babak yang menyentuh emosi sekiranya kita dekat dengan budak-budak.
Aku sebenarnya sangat-sangat tertarik dengan tiga (3) watak yang sangat berperanan menghidupkan jalan cerita movie ini, iaitu Couch Zainal, Ariff dan Maro. Couch Zainal menampilkan sisi watak yang tegas, penyayang dan garang. Ariff pula menghidupkan suasana dengan sikap kepimpinan dia dalam pasukan dan kontradiksi kehidupan yang berlaku di rumah ketika berhadapan dengan abangnya.
Manakala watak Maro pula yang paling menonjol dari segi lakonan yang semulajadi dan tidak kayu. Maro sangat menonjol walaupun fizikal dia kecil tetapi semangat dia yang paling kuat walaupun teruji dengan kematian ayahnya. Babak yang paling aku suka adalah ketika Maro membalas kata kepada Danish apabila dihina datang ke Akademi naik teksi. Memang terbaik Maro!
Watak Pak Arab, Ayah Danish, Abang Ariff dan CEO Akademi juga antara 'penghidup' dalam mencorakkan perjalanan movie ini. Kekuatan wujud dari dorang sebagai pelengkap supaya movie ini tidak mendatar. Itu aku puji walaupun berkali-kali aku maki kat Abang si Ariff dan CEO Akademi semasa babak-babak dorang yang menyakitkan hati 😅
Aku cuba membandingkan filem ini dengan beberapa filem yang mengangkat tema yang sama iaitu bola seperti filem Suatu Kita dan Ola Bola. Apa yang boleh aku katakan adalah 'Anak Rimau The Movie' ini mempunyai resepinya yang tersendiri dan apa yang aku perasan adalah filem ini yang paling kurang watak perempuan. Hanya watak mak Ariff dan budak perempuan yang si Haziq suka. Rasanya hanya dua watak tue saja yang menggunakan pelakon wanita.
Banyak sebenarnya pengajaran yang bole dapat menerusi filem ini, antaranya yang dapat aku highlightkan adalah :-
i. Seorang guru (menerusi watak Couch Zainal) dia telah menyalahkan orang semasa Pasukan Anak Rimau tewas pada perlawanan pertama tetapi dia bertindak menukar strategi untuk mengalahkan pihak lawan. Ini adalah satu sikap yang sangat penting supaya anak didikan dia tidak terasa 'down' atau kecewa.
ii. Setiap orang ada matlamat termasuklah ahli pasukan Anak Rimau sendiri. Masing-masing datang ke Akademi untuk bermain bola dan mencapai kemenangan. Tetapi diselitkan dengan peranan watak dalam menghidupkan penceritaan 'lain' dalam membawa naratif ini. Contohnya Arif bermain bola sebab yang tue saja yang dia reti dan dia tak dicop budak jahat akibat kegagalan dalam akademik. Watak Danish juga ditonjolkan untuk menjadi seorang bintang bola sepak menerusi ayahnya yang mengatur dan bertindak untuk menaikkan Danish melalui percaturan wang.
iii. Semangat berpasukan yang tue elemen yang paling penting dalam filem ini. Satu sisi berbeza ditonjolkan menerusi babak dimana team Danish tersesat di hutan apabila semangat 'berpasukan' itu tiada dalam diri Danish.
iv. Berkongsilah masalah dengan guru atau couch. Ini sangat penting untuk zaman sekarang kerana setengah isu melibatkan remaja adalah disebabkan dorang tidak mahu berkongsi masalah dan menyebabkan dorang akan terlibat dalam gejala yang tidak sihat dan perkara-perkara negatif.
Sejujurnya, aku layak memberikan 9/10 bintang untuk filem Anak Rimau The Movie ini! Syabas semua... Insyaallah, if takde aral melintang, mungkin aku akan tonton sekali lagi movie di pawagam pada hujung minggu ini. Jom aku sharekan beberapa keping gambar semasa sesi Meet & Greet bersama para pelakon movie ini.
Cuma aku ada beberapa soalan sebenarnya berkaitan dengan movie ini iaitu bila sebenarnya movie ini di shooting? 😅 Sebab dalam movie nie semuanya kecik-kecik dan budak-budak tetapi waktu jumpa dorang, semuanya lebih tinggi dari aku 😅😅
Anak Rimau... Aummm...
Anak Rimau... Aummm...
Anak Rimau... Aummm...
Sekian, wallahua'lam...
Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Setapak, Kuala Lumpur
07 September 2022
No comments:
Post a Comment