Salam Perpaduan...
Salam Keluarga Malaysia...
Sebelum terlambat, saya nak ucapkan sekali lagi ucapan 'Selamat Hari Raya Aidiladha' buat semua Umat Islam dan para pembaca blog saya. Mendoakan semoga kita semua mendapat keberkatan dalam meraikan ibadah korban untuk tahun ini... Insyaallah... Amin...
PERODUA MALAYSIA MASTERS 2022
PERODUA Malaysia Masters 2022 baru sahaja melabuhkan tirainya sebentar tadi, dimana kita sendiri dapat saksikan kehebatan finalis dalam mempersembahkan persembahan yang sangat menarik di Court 1, Axiata Arena Bukit Jalil.
Tahniah buat para pemenang untuk kali ini iaitu :-
i. Men's Single : Chico Aura Dwi Wardoyo 🇮🇩
ii. Women's Single : An Se Young 🇰🇷
iii. Men's Double : Fajar Alfian & Rian Ardianto 🇮🇩
iv. Women's Double : Chen Qing Chen & Jia Yi Fan 🇨🇳
v. Mixed Double : Zheng Si Wei & Huang Ya Qiong 🇨🇳
Sejujurnya, 2 kali aku hadiri ke Axiata Arena Bukit Jalil untuk memberi sokongan penuh kepada Team Malaysia dan beberapa pemain dunia ternama pada 6 & 7 Julai untuk seat Premium 307 dengan harga tiket RM60 + RM80.
Apa yang mengejutkan aku adalah Viktor Axelsen 🇩🇰 & Lee Zii Jia 🇲🇾 tarik diri untuk PERODUA Malaysia Masters 2022, dimana aku sekali lagi teruja sebenarnya nak lihat persembahan dorang di Axiata Arena selepas PETRONAS Malaysia Open 2022 minggu lepas.
Lebih menyedihkan, beberapa pemain dunia tewas di peringkat awal (Round 1) seperti Jonathan Christie 🇮🇩 , Goh Sze Fei & Nur Izzuddin 🇲🇾 dan Kunlavut Vitidsarn 🇹🇠yang menarik diri 'katanya' disebabkan positif Covid-19.
Lebih menyedihkan lagi, beberapa pemain yang aku sokong tewas diperingkat seterusnya seperti Ng Tze Yong 🇲🇾 (tewas di Round 2), Kento Momota 🇯🇵 (Round 2), Dechapol Puavaranukroh & Popor Sapsiree Taerattanachai 🇹🇠(Round 2), Anthony Sinisuka Ginting 🇮🇩 (Quaters Finals), Akane Yamaguchi 🇯🇵 (Quaters Finals), Ratchanok Intanon 🇹🇠(Quaters Finals), Takuro Hoki & Yugo Kobayashi 🇯🇵 (Quarters Finals).
Apa-apa pun, aku tetap meneruskan untuk terus menonton persembahan di peringkat Semi-final dan Finals. Dan tadi terlerai sudah dengan keputusan yang agak mengejutkan untuk beberapa kategori terutamanya Men's Single & Men's Double.
Untuk events kali nie, aku sangat berpuas hati apabila turut berkesempatan untuk mencuba pelbagai aktiviti di sekitar Axiata Arena termasuklah sesi Meet & Greet bersama Ratchanok Intanon 🇹🇠di HSBC Booth.
Dan lebih menarik, replika Kereta Myvi (toys) juga diberikan kepada aku dan yang paling best, aku dapat 5 jenis warna iaitu Putih, Hitam, Kelabu, Merah dan Purple. Terima kasih buat Perodua.
Insyaallah, jika ada peluang lagi di masa akan datang, aku tetap menyokong penuh aktiviti seperti ini diadakan di Malaysia untuk orang awam seperti aku dapat menyaksikan perlawanan bertaraf dunia di bumi Malaysia.
Jom aku kongsikan beberapa keping gambar sepanjang perlawanan berlangsung.
Sekian, wallahua'lam...
Ikhlas dari saya,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Kuala Lumpur
10 Julai 2022
No comments:
Post a Comment