Pages

Tuesday, July 26, 2022

Abah Masuk Hospital...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Keluarga Malaysia...

Alhamdulillah, bertemu kita kembali ke blog aku yang tak seberapa ini. Kali nie aku nak ceritakan serba sedikit benda yang aku paling 'takut' untuk berhadapan iaitu insan yang aku paling sayang , Abah aku dimasukkan ke hospital.

Beberapa hari sebelum berlaku, aku kerap kali videocall abah dan mama aku di Alor Setar sebab aku satu-satunya anak yang bekerja di Kuala Lumpur. Boleh kata, hampir setiap hari aku akan videocall abah dan mama aku terutamanya apabila beberapa minggu sebelum tue, mama aku terseliuh ketika ke luar rumah. Berita tue aku dapat tahu dari abah aku ketika aku sedang berada di Axiata Arena sempena PERODUA Malaysia Masters 2022.

Selang seminggu, aku diberitahu oleh abah dan mama aku bahawa rumah di Alor Setar telah dimasuki air banjir dan menyebabkan abah, mama, adik perempuan dan anak buah aku, Chenta semuanya tidur di tingkat 1. Masa tue aku dah tak sedap hati dah, dan aku tak boleh nak fokus kerja di pejabat.

Selang sehari, aku dimaklumkan oleh adik perempuan aku bahawa abah aku dah start demam panas dan asma. Keadaan agak cuak sebenarnya di Kuala Lumpur semasa tue selepas aku dimaklumkan mengenai perkara tue.

Tak silap aku masa tue, dalam sehari, 3-4 kali aku videocall abah dan mama aku untuk tengok keadaan mereka dan sentiasa tanya khabar mereka. Aku dimaklumkan juga pada hari Jumaat (22.07.2022), kakak aku dari Ipoh pulang ke Alor Setar.

Pagi Sabtu (23.07.2022), aku dimaklumkan yang kakak dan abang ipar aku bawa abah aku ke Hospital Sultanah Bahiyyah untuk check kesihatan abah aku selepas keadaan bertambah teruk masa tue. Hampir 4 kali abah aku guna pam asma di HSB sehinggalah sekitar jam 3lebih doktor maklum akan tahan abah aku di hospital untuk pemantauan.

Petang tue sekitar jam 3.40pm pada hari sabtu (23.07.2022), mama aku call bagitau abah aku kena tahan di HSB di Wad Pemantauan sebab kemungkinan besar ada jangkitan kuman di paru-paru. Aku terus berbelah bahagi dan tak sedap hati dan terus buat keputusan untuk balik ke Alor Setar serta-merta.

Aku whatsapp pada Ketua Jabatan aku dan Ketua Unit aku untuk mohon cuti rehat selama seminggu disebabkan keadaan abah aku yang semakin teruk di hospital. Aku mohon sokongan Ketua Unit dan kelulusan dari Ketua Jabatan aku dan Alhamdulillah aku dapat respon yang positif.

Masa tue aku berdepan seminggu yang mendatang dalam keadaan terpaksa tinggal kerja-kerja aku di pejabat seperti :-
1. 26.07.2022 sepatutnya tarikh untuk aku submit dokumen tender disebabkan aku person incharge bagi tender di pejabat aku.
2. 27.07.2022 tarikh sepatutnya aku pergi ke Mesyuarat Hal Ehwal Hartanah di Melaka termasuk lawatperiksa beberapa tanah yang menjadi 'isu' di peringkat pengurusan.
3. Minggu tue juga aku dilantik jadi penceramah bagi Perlindungan Insurans Kenderaan untuk kakitangan di zon utara.
4. 01.08.2022 tarikh aku dipanggil untuk temuduga bagi perjawatan baru yang membolehkan aku untuk bertukar angin ke bidang lain dari bidang Hartanah yang menjadi 'kelebihan' aku sekarang.

Setelah berfikir panjang, aku pilih 'abah' aku sebagai keutamaan dan aku yakin untuk urusan kerja pasti dapat dilapangkan dan dipermudahkan dengan kerjasama semua pihak / staff yang lain. Dan aku yakin, rezeki Allah ada dimana-mana.

Petang tue juga aku terus beli tiket bas 'Sani Express' bagi slot jam 10.00pm (asalnya aku nak beli tiket flight, tapi apps Air Asia aku tak dapat masuk atau tiket ETS tapi masa yang hampir sama jam 10.00pm tetapi harga yang sekali ganda dgn tiket bas). Selepas beli tiket, aku terus ke dobi utk cuci pakaian-pakaian aku dan terus mintak tolong sahabat aku, Adam untuk hantarkan aku ke Terminal Selatan Bersepadu (TBS).

Masa berada di dalam bas, mama aku call dua kali sebab tak dapat lelap disebabkan teringat abah aku. Masa tu, waris tak dapat melawat abah aku yang keseorangan di Wad Pemantauan Unit Kecemasan. Waris hanya dapat hantar makanan/pakaian setakat di meja pengawal saja tanpa diberi kebenaran untuk masuk ke dalam.

Aku sampai di Terminal Bas Shahab Perdana Alor Setar sekitar jam 3.40 pagi dan Abang & Mama aku datang pickup aku. Dalam perjalanan pulang ke rumah, suasana dalam kereta sayu saja sebab masing-masing senyap saja.

Sekitar jam 7.30pagi, aku, adik perempuan, mama dan kakak aku bersiap untuk pergi ke HSB untuk 'mencuba nasib' melawat abah aku, selepas beberapa kali, pihak doktor hanya benarkan aku sahaja untuk masuk berjumpa dengan abah aku. Waktu kt dalam Wad Pemantauan Unit Kecemasan tue, aku dapat lihat keadaan abah aku lemah sangat, dengan kurus, mesin oksigen masih dipakai abah aku. Aku tahan saja air mata aku dan cuba bersembang dengan abah aku untuk tahu keadaan abah aku.

Kesempatan tue juga aku tanya kat doktor yang bertugas untuk tahu keadaan sebenar abah aku semasa tu. Doktor maklum, abah aku :-
1. Masih perlukan alat bantuan penafasan oksigen. Disebabkan kalau tak pakai alat tue, oksigen abah aku drop sampai ke paras 93. 
2. Ada jangkitan paru-paru dan perlukan pemantauan Doktor Pakar.
3. Penat lelah / asma abah masih ada dan perlukan pemantauan doktor.
4. Abah masih batuk-batuk, ada sedikit selsema tapi masa tue keputusan CPR abah masih belum keluar.
5. Darah putih abah tinggi. Masa nie aku tak berapa clear ketika dengar penjelasan dari doktor.
6. Doktor maklum mungkin ditempatkan di wad ni selama beberapa hari sebelum dipindahkan ke wad Hemodialysis di Hospital Alor Setar (mengikut kekosongan katil di sana).

Masa tue aku, abang dan adik perempuan aku ada berbincang untuk buat semakan ke hospital untuk tukarkan abah ke Wad Kelas Pertama disebabkan aku dan abang aku adalah penjawat awam dan abang aku sekarang nie dah Gred DG44. Tapi pihak hospital maklum utk wad yang rawat abah takdak kelas pertama or kelas kedua, just ada satu sahaja iaitu di Hospital Alor Setar.

Selepas berjumpa abah, aku dan yg lain balik ke rumah disebabkan tengahari tue, kakak dan abang ipar aku akan balik ke Ipoh semula. Petang tue, aku dan adik perempuan aku pergi ke hospital sekali lagi untuk lawat abah aku tapi sekali lagi hanya aku sorang sahaja dibenarkan masuk atas kebenaran doktor yang bertugas merawat abah aku. Masa tue aku hantar mee goreng mamak kegemaran abah aku. Aku ada bagitau kat abah untuk makan biar cepat sihat sikit. Insyaallah...

Malam tue sekitar jam 2.10 pagi 25.07.2022, aku dapat panggilan dari hospital yang mengatakan abah aku akan dipindahkan ke Hospital Alor Setar menaiki ambulans dan aku bagitau kat pihak hospital yang aku ambik maklum. Selepas tue terus aku bagitau kat mama dan adik perempuan aku.

Pagi tadi sekitar jam 8lebih aku dan adik perempuan aku bersama anak buah aku sorang, Firash ke Hospital Alor Setar untuk melawat abah aku dan Alhamdulillah, kami berpeluang untuk berjumpa dengan abah dan dapat berjumpa dengan doktor yang merawat abah. Doktor maklum yang dorang dah ambik sample darah abah, dah buat xray dan beberapa lagi dan semuanya stabil cuma doktor perlukan beberapa hari lagi untuk melihat dan memantau abah aku.

Selepas berbincang dengan adik perempuan aku, kitorang decide utk adik aku stay dengan abah di wad sebagai penjaga dan aku pulang ke rumah untuk bawak mama aku ke hospital semasa 'time' yang dibenarkan pelawat masuk.

Sekitar jam 1lebih, keadaan aku dan mama aku ada sedikit demam dan aku terus ke farmasi utk buat RTK dan Alhamdulillah, aku dan mama aku negatif. Cuma masih terasa demam, sakit kepala dan lenguh2 badan. Masa tue adik lelaki aku datang hantar makanan ke rumah untuk mama dan terus ke hospital utk hantar makanan ke abah dan adik perempuan aku di hospital. Abang aku pulak ke Klinik Kesihatan Langgar untuk temujanji dengan doktor di sana 

Petang tue aku bawak mama aku ke hospital dan masa tue la aku baru tahu yang aku sorang saja yang dapat berjumpa dengan abah aku sepanjang abah berada di HSB sebelum nie yang aku ingatkan aku orang terakhir yang dapat jumpa abah. Then masa tue jugak la aku faham kenapa mama menangis sebab hampir 2 hari tak berjumpa dan tak dapat nak lihat keadaan abah secara dekat.

Petang tue juga abah aku bagitau untuk aku balik ke Kuala Lumpur untuk hadir ke sesi interview. Mama aku pun bagitau benda yang sama masa tue, dan aku start jadi serba salah sebab aku berat hati nak tinggalkan abah dan mama. Waktu mama dan abah kat wad, aku tengok keadaan abah semakin ceria dan nampak sedikit sihat dan mama pun yang masa tu kt wheelchair pun masih mampu senyum dan suapkan makanan untuk abah. 

Sekarang nie sekitar jam 2.15pagi 26.07.2022 aku masih mengarang entry ini sebagai perkongsian betapa aku sangat sayang pada abah dan mama aku. Abah dan mama menjadi keutamaan aku buat masa sekarang. Aku ingat lagi, sehingga ke hari ini, aku tak pernah melawan cakap dan ikut sahaja kehendak abah dan mama aku tanpa sebarang bantahan. Kalau abah dan mama bagitau nk makan KFC, aku terus transfer duit suruh adik aku belikan KFC untuk abah dan mama aku dan semuanya lah. Alhamdulillah sebab aku percaya dengan keberkatan dan doa abah mama yang tiada hijab kepada Sang Pencipta dan paling aku yakin adalah rezeki Allah Taala.

Sekarang abah masih di hospital dan aku amat-amat mengharapkan Allah beri kesembuhan pada abah aku. Sebagai aku sekarang jadi sedikit fobia kalau dapat tahu ahli keluarga terdekat masuk ke hospital disebabkan sebelum nie, arwah Mak Su (Allahyarhamah Wan Rosni Wan Ali) meninggal selepas beberapa berada di wad dan arwah Pok Yar (Allahyarham Sariah Mat Ali) pun meninggal selepas sehari berada di hospital.

Aku masih perlukan abah sebagai kekuatan untuk kehidupan aku yang mendatang, aku masih perlukan kasih sayang abah, aku masih nak tengok senyuman abah ketika videocall, aku rindu keadaan abah akan kejukan aku waktu bulan puasa untuk bersahur, aku rindu abah sebab abah satu-satunya insan yang akan hantar aku ke station bas/airport/station KTM semasa aku nak pulang ke Kuala Lumpur. Paling aku sedih, sewaktu aku sampai ke Alor Setar pada pagi 24.07.2022, yang datang ambik aku bukannya abah seperti kebiasaan sebelum nie. Aku sedih sangat tapi aku tak tunjuk kesedihana aku depan abah dan mama. Padahal dalam hati, aku sedih dan menangis sentiasa bila teringat abah dan mama.

Nie aku kongsikan sekeping gambar keadaan abah aku petang tadi di Hospital Alor Setar.

Aku mengharapkan semua kenalan dan pembaca blog aku untuk sentiasa doakan kesembuhan buat abah aku. Doakanlah dengan doa yang baik-baik. Aku juga sentias mendoakan kesihatan yang baik untuk abah aku.

Aku nak ucapkan berbanyak terima kasih pada saudara mara, sahabat2, kawan2, rakan sekerja, dan semuanya yang whatsapp, call dan tanyakan khabar / perkembangan abah aku dan yang mendoakan untuk abah aku. Hanya Allah sahaja yang mampu untuk membalasnya. Insyaallah... Amin...

Sampai sini saja perkongsian aku. 

Wallahua'lam...

WMHMY
Alor Setar, Kedah
26.07.2022
02:27 pagi

No comments:

Post a Comment