Monday, February 10, 2020

Parasite : Filem Asia Pertama Ungguli 92nd Academy Awards!

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...

Sebelum aku mula entry kali ini, seeloknya kita sama-sama sedekahkan 'Al-Fatihah' buat saudara kita, Allahyarham Syed Umar Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey yang telah pergi meninggalkan kita selamanya.

Sama-sama kita mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Arwah antara figura yang sentiasa menghiburkan dan menggembirakan Rakyat Malaysia dengan Lawak jenakanya yang bersahaja. Kehilangan arwah merupakan Kehilangan terbesar dalam industri hiburan tanah air.

PARASITE : Filem Asia Pertama Ungguli 92nd Academy Awards!

Berbalik kepada entry terbaru untuk blog aku kali ini iaitu mengenai filem dari South Korea iaitu PARASITE! Best ke tak filem nie? Korang dah pernah baca ulasan atau review ramai dari influencers Malaysia yang bercakap mengenai filem ini.

Pagi tadi telah berlangsung sebuah acara yang cukup berprestij dan acara yang sangat besar dalam Industri Perfileman Hollywood iatu 92nd Academy Awards atau OSCARS 2020 yang mengangkat dan mengiktiraf karya-karya terbaik ke suatu kelas yang tersendiri. Untuk pengetahuan semua, semua pencalonan diadili oleh lebih 100 juri bagi memilih pemenang terbaik bagi setiap kategori yang ada.




PARASITE telah mengungguli 4 kategori Utama bagi OSCARS 2020 kali ini iaitu Best Picture, Best Director, Best International Feature Film dan Best Original Screenplay. Keempat-empat kategori Utama ini sentiasa menjadi idaman bagi setiap pengkarya filem.






PARASITE merupakan Filem Asia Pertama yang memecahkan dominasi filem non-hollywood dalam menjuarai beberapa kategori Utama dalam OSCARS 2020. Dan PARASITE menjadi bualan Utama ketikamana diumumkan mendominasi beberapa kategori bagi OSCARS 2020 kali ini dan semestinya menepati ramalan ramai pihak termasuklah orang-orang dalam industri filem tanah air.

Korang pernah menonton PARASITE?

PARASITE arahan Bong Joon Ho ini menggariskan banyak perkara Utama yang disampaikan secara sinis dan jenaka spontan dalam pertembungan 2 kelompok manusia berbeza taraf hidup iaitu antara Sang Kaya dengan Sang Miskin.




Pelbagai ragam dan aksi spontan para pelakonnya dalam menghidupkan suasana menjadi sangat realistik yang dikaitkan secara tidak langsung sehinggalah kemuncaknya babak kematian / pembunuhan yang dipertontonkan bagaimana beberapa watak penting cuba untuk membunuh sesama sendiri bagi melindungi penipuan yang telah dilakukan.

Dari babak ke babak yang seterusnya, PARASITE ditonjolkan bagaimana kebijaksanaan sang miskin dalam mengambil dan menggunakan kesempatan yang ada dalam membawa masuk kesemua ahli keluarganya ke Banglo Mewah dengan 'motif' bekerja.

Kelicikan yang dilakukan oleh beberapa watak penting dari kalangan sang miskin ini, menggambarkan secara jelas dan terse diri bagaimana kelompok ini menggunakan ruang dan peluang yang ada disebabkan kebodohan sang kaya ini.

PARASITE juga sedikit sebanyak menggambarkan gambaran sebenar perbezaan ketara dalam taraf hidup sebenar yang berlaku di negara maju seperti South Korea. Peranan bagi setiap watak yang wujud dalam membawa peranan watak masing-masing cukup menguatkan lagi Jalan cerita filem ini dan mampu meninggalkan kesan kepada para penonton.

Pelbagai rasa timbul sepanjang aku menonton PARASITE ini. Ada rasa sakit hati, geram, sedih, ketawa dan macam-macam lagi. Kebijaksanaan Pengarah dalam mengolah Jalan cerita PARASITE ini menampakkan PARASITE sebagai sebuah filem yang simple tetapi penuh dengan kritikan sinis, pengajaran dan sebagainya lagi.

Kemenangan PARASITE dalam mengungguli 4 kategori Utama di OSCARS 2020 sememangnya tidak perlu disangkal atau dipersoal kerana PARASITE memang benar-benar layak untuk memenangi Keempat-empat anugerah di OSCARS 2020. Aku sendiri menyokong penuh keputusan juri dan TAHNIAH buat seluruh team produksi bagi filem PARASITE ini.

Bagi anda yang masih belum menonton filem ini, bolehlah menonton PARASITE di Pawagam terpilih sempena OSCARS 2020 dan anda juga boleh menonton di TVN Movies Channel 435 bagi Tayangan premiere filem ini pada 15 Februari 2020. Semestinya suatu kerugian kalau anda terlepas untuk menonton filem ini.

Sekian, Wallahua'lam...

Photos credit to TGV Cinemas FB. 

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Kuala Lumpur
10 Februari 2020

0 comments: