Pages

Saturday, December 21, 2019

Gundala : Superhero Ciptaan Indonesia...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...

Berjumpa lagi kita kali ini dan aku akan tetap berbicara mengenai filem kerana aku sentiasa mengikuti perkembangan filem-filem terbaru yang masuk di Pawagam Malaysia.

Dan terbaru, aku berkesempatan untuk hadiri ke Malam Gala Tayangan Perdana Filem Gundala yang diadakan di TGV KLCC malam tadi (20.12.2019) menerusi Pure Pixels a.k.a Zhafvlog (antara reviewer filem terbaek di Malaysia) dan My Bumi Langit! Thanks a lot for the tickets!

GUNDALA : NEGERI INI PERLU PATRIOT!


Ya benar! Negeri ini perlu patriot! Negeri yang digambarkan di dalam filem ini sedang berlaku pergolakan kuasa politik dengan Rakyat. Rakyat menjadi mangsa keadaan dan seharusnya mempunyai Patriot sebagai pembela kepada mereka.

Sancaka a.k.a Gundala ini dilakonkan oleh Bro Abimana Arya Satya (sewaktu dewasa) dan Muzakki Ramdhan (sewaktu kanak-kanak). Sancaka semasa kanak-kanak dipersembahkan dengan pergolakan yang berlaku antara kelompok ayahnya dan majikan ayahnya. Dan dia membawa diri setelah ayahnya mati dibunuh dan Ibunya yang tidak pulang ke rumah.

Kata-kata supaya "tidak mencampuri urusan orang lain yang menjadi penyebab masalah terus berlaku" nenjadi pegangan Sancaka sejak kanak-kanak disebabkan dengan pengalamannya sehinggalah dia bertemu Awang.

Panahan petir menjadi igauan dan Ketakutan kepada Sancaka sehinggalah dia cuba melawan Ketakutannya itu untuk menjadikannya kekuatan bagi melawan musuhnya.

Pergolakan politik dengan kehadiran Pengkor (lakonan Bront Palarae) juga menjadikan filem ini terus berjalan dengan lancar dan sesekali disiniskan secara bersahaja dalam memperlihatkan sisi-sisi gelap orang-orang politik.

Watak Pengkor menjadi salah satu watak pembantu yang terkuat dalam membawa haluan kepada Filem ini dan pelakon wanita yang terlalu minima atau sedikit tidak menjadi kekurangan ketara dalam perjalanan filem ini.

Filem ini menjadi sedikit tenggelam akibat persembahan yang terlalu berdrama tanpa memperlihatkan sisi gagah perkasa sang Gundala ini.

Aku sebenarnya mengharapkan sesuatu yang 'lebih' kerana Komik filem ini cukup hebat dipersembahkan dalam bentuk buku Komik tetapi penyampaiannya di Layar Perak tidaklah sehebat sepertimana yang diharapkan tetapi di selamatkan oleh pembawaan beberapa watak yang menyokong filem ini dengan pembawaan unsur komedi yang mengundang gelak tawa para penonton.

Apa-apa pun, secara keseluruhan aku bagi 8/10 bintang untuk filem ini dan apa yang paling best adalah aku berpeluang untuk bersama-sama dengan para pelakon filem ini beserta Pengarahnya. Yeahhh :)

Aku bersama Ario Bayu, Joko Anwar, Muzakki Ramdhan dan Abimana Arya Satya... :) 

Aku bersama Ario Bayu, Joko Anwar, Muzakki Ramdhan dan Abimana Arya Satya... :) 

Aku bersama Bront Palarae.... :) 

Inilah Gundala! Yeahhh :) 

Filem ini akan mula ditayangkan di Pawagam seluruh Malaysia bermula 26 Disember 2019 dan korang boleh lah menontonnya kerana Gundala lebih hebat berbanding Cicakman. Itu adalah benar!

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com 
Kuala Lumpur 
21.12.2019


No comments:

Post a Comment