Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...
Sejak dua tiga hari, kesihatan aku agak terganggu ditambah dengan kesibukan kerja membuat diriku tidak mendapat rehat yang secukupnya. Tapi Alhamdulillah, semuanya beransur sihat. Terima kasih Ya Allah! Doakan untuk kesihatan aku ya... :)
Circus On Ice by Great British Circus Malaysia...
Korang pernah tengok 'circus' atau sarkas secara langsung? Pernah terfikir untuk menonton persembahan sarkas ini secara langsung? Kalau zaman budak-budak, sarkas nie, dikaitkan dengan magician, ferris-wheel dan macam-macam lagi.
Aku? Aku sendiri belum pernah menonton persembahan sarkas secara live. Cuma yang aku ingat, kali terakhir aku tengok persembahan ala sarkas yang terbang-terbang ini ketika di Shanghai Disneyland iaitu salah satu persembahan Tarzan muzikal yang dibuat ala sarkas dengan orang terbang-terbang.
Semalam aku berpeluang untuk menonton 'Circus On Ice by Great British Circus Malaysia' yang diadakan di Matic, Kuala Lumpur. Secara kebetulan, aku berpeluang membeli tiketnya dengan harga yang murah iaitu RM30 bagi Hot Seat (Hot Seat ini seat yang berada bertentangan dari pentas utama). Harga asalnya lebih kurang RM60.
Rasanya nie kali kedua yang aku perasan, Great British Circus Malaysia membuat promosi. Dulu pernah aku berkeinginan untuk menontonnya ketikamana persembahan mereka dibuat di Setapak, Kuala Lumpur tapi harganya ketika itu mencecah hampir Rm80.
Persembahan bagi 'Circus On Ice' ini dibuat hampir 2 jam lebih dengan 15 minit rehat di pertengahan persembahan. Aku lebih tertumpu kepada aksi ekstrim yang jarang aku lihat iaitu menaiki roda pusing-pusing dengan Jalan atas tali yang digantung tinggi. Kedua-dua persembahan ini, aku hanya tengok di YouTube sahaja sebelum ini tapi malam tadi, aku berpeluang melihat secara Live di depan mata aku. Perghhh seram sejuk!
Kehadiran Olaf (watak dari Filem Frozen) dan Pingu (watak Penguin) diselitkan sebagai selingan juga mampu membuatkan suasana menjadi sedikit terhibur dengan telatah dan aksi lucu yang di persembahkan. Kanak-Kanak antara mereka yang begitu teruja ketikamana kehadiran watak Olaf tue muncul di pentas.
Persembahan tarian juga beberapa aksi spontan dari beberapa Pemain watak Badut juga sedikit sebanyak menjadi penguat untuk suasana menjadi semakin terhibur tetapi bagi aku, persembahan seperti itu hanya lah biasa-biasa sahaja.
Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dan agak berbaloi menonton persembahan 'Circus On Ice' ini dan aku berani bagi 6/10 bintang untuk circus ini. Aku sebenarnya, mengharapkan 'lebih' apabila persembahan ini dilakukan oleh Great British Circus Malaysia tapi apakan daya, aku hanya mampu tersenyum terhibur sahaja. Apa-apa pun, aku berpuas hati!
Sekian, Wallahua'lam...
Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Kuala Lumpur
8 Disember 2019
No comments:
Post a Comment