Pages

Thursday, December 27, 2018

TAIWAN : Taipei, Aku Datang !

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...

Ikutkan hati aku nak bercerita mengenai Nha Trang (Vietnam) dan Bali (Indonesia) tetapi disebabkan 2 bulan lepas aku berpeluang untuk ke negara ke-13 yang sempat aku jejaki iaitu Taiwan, aku 'terlebih' excited nak bercerita mengenai pengembaraan aku ke Taiwan untuk entry kali ini.

Sebenarnya bulan lepas aku berkesempatan jugak ke negara ke-14 iaitu China dan Palembang (Indonesia) tapi Insyaallah, akan aku kongsikannya untuk entry yang akan datang. Banyak aku nak bercerita tetapi disebabkan sedikit sibuk dengan pelbagai kerja dan aktiviti menyebabkan aku sedikit terbatas untuk meluangkan masa di blog aku ini yang makin berhabuk...huhu 

Taiwan : The Heart Of Asia

Kenapa aku pilih Taiwan bagi pengembaraan kali ini? Taiwan merupakan sebuah negara yang agak unik dan menarik untuk trip aku kali ini kerana tak banyak blog yang melibatkan pelancong / pengembara Melayu yang menjadikan Taiwan sebagai destinasi pilihan dan ianya menyebabkan sedikit sukar untuk aku buat rujukan.

Aku di depan Taipei 101...
Dan ini adalah pertama kali aku menggunakan Eva Airlines sebagai flight pilihan aku untuk ke Taiwan dan cukup-cukup memuaskan dan ia merupakan airlines ke-7 yang pernah aku naiki sebelum ini. Eva Airlines turut menyediakan set makanan halal untuk muslim tetapi perlu request awal. Entertainment semasa dalam flight juga banyak dan cukup meriah. Eva Airlines adalah antara Airlines yang tersenarai sebagai yang terbaek di dunia.

Makanan halal dalam flight Eva Airlines... 
Sebelum tue, aku nak ucapkan berbanyak ucapkan terima masih kepada Eva Airlines untuk trip aku ke Taiwan kali ini. Sangat2 best dan menarik... Dan aku akan ke Taiwan sekali lagi tapi menerusi Air Asia X pada April 2019 bagi explorasi aku seterusnya di bumi Taiwan nanti.

Awalnya aku merancang trip ini bersama adik kesayangan aku tetapi dia terpaksa cancel dan aku terus mencari pengganti dan Izwan Kaus, rakan semajikan aku menjadi partner aku untuk trip ke Taiwan kali ini.

TAIWAN, Aku Datang!

Yeahhh akhirnya aku berjaya jugak menjejakkan kaki aku ke bumi Taiwan ini pada tarikh keramat aku iaitu pada tarikh hari lahir aku. Tahun lepas aku menyambutnya di Surabaya dan kali ini adalah Taiwan. Yeahhhh.... :)

Secara asasnya, untuk trip kali ini aku lebih memfokuskan Bandar Taipei untuk aku mengeksplorasi sebaik mungkin dan beberapa tempat lain seperti Yangmingshan National Park, Keelung City, Jiufen dan Shifen antara beberapa tempat lain yang sempat aku jejaki juga.

Kesempatan yang ada juga aku gunakan untuk melakukan beberapa aktiviti menarik yang sememangnya memberikan kelainan bagi trip aku kali ini iaitu mendaki Elephant Mountain semata-mata untuk mendapatkan spot gambar yang cantik di atas sebuah bukit yang berlatarbelakangkan Menara Taipei 101 dan Bandar Taipei.

Dari puncak Elephant Mountain... 
Keduanya aku berpeluang untuk mengeksplorasikan sebuah Taman negara yang agak terkenal di sana iaitu Yangmingshan National Park. Pada awalnya aku lebih tertarik untuk ke Taroko National Park tetapi disebabkan beberapa masalah yang berlaku terutamanya dari segi masa dan kenderaan, aku memilih Yangmingshan National Park kerana laluannya itu termasuk dalam salah satu pass card yang aku beli.

Laluan utama ketika di Yangmingshan National Park...
Selain itu, aku juga berpeluang untuk memasuki Taman Tema terbaek di Taiwan iaitu Leofoo Village Theme Park. Apa yang menariknya di sini adalah ride nya yang agak ekstrem iaitu Screaming Condor yang sememangnya memberikan sedikit kelainan berbanding ride-ride yang ada di beberapa theme Park yang pernah aku pergi. Theme Park ini adalah salah satu tempat wajib yang korang mesti pergi dan rasainya sendiri.

Salah satu permainan di Leofoo Village Theme Park... 
Insyaallah, nanti aku akan postkan satu lagi entry berkaitan tempat-tempat menarik di Taipei yang sempat aku pergi dan lawati. Dan mungkin boleh jadi rujukan untuk pembaca-pembaca blog saya yang akan pergi ke Taiwan di masa akan datang.

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
My IG : @CatatanAjim

No comments:

Post a Comment