Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sehati Sejiwa...
Wahhh...semakin mengakhiri bulan Januari 2017. Apakah agenda anda yang
telah terlaksana dibuat sepanjang bulan Januari 2017? Aku? Aku macam biasa ja
la, setakat ini tiada sangat perancangan untuk pergerakkan sepanjang tahun 2017
melainkan apa yang telah aku setkan pada akhir tahun 2016 yang lalu.
Insyaallah, aku akan melancong ke beberapa tempat, terlibat dalam sukarelawan
peringkat antarabangsa dan beberapa lagi aktiviti lain.
Bercakap mengenai kerjaya, Alhamdulillah aku semakin stabil dan selesa
bekerja di sini cuma aku masih mengimpikan untuk pulang dan bekerja di negeri
kelahiranku iaitu Negeri Kedah Darul Aman. Dan aku ada jugak terdetik di hati
untuk mencuba nasib atau beralih kepada kerjaya yang baru iaitu sebagai
wartawan disebabkan aku ini suka menulis mengenai isu-isu semasa. Tapi setakat
ini responnya agak mendukacita disebabkan aku tiada diploma atau degree untuk
bidang yang berkaitan. Huhuhu...
AKU HAUS DARAHMU (2017)
Baru-baru ini, aku berpeluang untuk menghadiri ke Malam Gala Tayangan
Perdana Filem Aku Haus Darahmu arahan Saudara Aidilfitri Mohd Yunus pada 17
Januari 2017 yang lalu bersama-sama dengan barisan pelakonnya iaitu Deanna
Yunus, Nad Zainal, Zoey Rahman dan lain-lain lagi.
Di sini aku kongsikan dahulu sinopsis filem Aku Haus Darahmu untuk
korang semua baca :-
“Aku Haus Darahmu mengisahkan Lia, seorang ahli antropologi dalam
bidang seni tarian bersama dua rakannya mengunjungi sebuah perkampungan di
pedalaman untuk membuat kajian mengenai sejenis tarian yang hampir pupus.
Dia dan rakannya sanggup melakukan apa sahaja untuk melengkapkan hasil
kajian mereka. Pelbagai peristiwa seram menyelubungi mereka sepanjang kajian
mengenai tarian itu dilakukan. Apakah yang sebenarnya berlaku? Adakah tarian
itu mempunyai kaitan dengan ilmu hitam?”
Amacam? Apa yang korang rasa apabila membaca sinopsis tersebut. Sejujurnya,
aku cukup tertarik dengan konsep dan jalan cerita yang ditampilkan apabila
mewujudkan suasana yang seram serta diselitkan dengan elemen suspens yang
sentiasa mengejutkan aku ketika menonton filem ini.
Konsep tarian yang dijadikan sebagai subjek utama iaitu tarian ‘Radja
Singasari’ merupakan tarian yang cukup ‘kena’ dengan jalan ceritanya. Perkaitan
yang cukup disampaikan itu memberikan satu kelainan berbanding filem-filem
sebelum ini seperti Pontianak Harum Sundal Malam dan lain-lain lagi. Tarian itu
akan memukau anda terutamanya apabila ianya ditarikan dengan penuh mistik dan
unik oleh Deanna Yusuf.
Dari segi lakonan pula ianya dipersembahkan dengan sangat baik oleh
para pelakon terutamanya watak ‘Cik Chempaka’ lakonan Deanna Yusuf manakala
watak lain boleh dianggap biasa saja. Watak ‘Cik Kenanga’ pula menguatkan juga
elemen suspens dalam filem ini. Dari segi sudut ‘shot’ yang diambil pulak boleh
dianggap baik walaupun masih terdapat beberapa babak yang kabur.
Sejujurnya, filem Aku Haus Darahmu ini cukup lain dari yang lain
walaupun para penonton pasti akan mengagak bahawa jalan cerita di pengakhirannya
yang mudah diteka terutamanya apabila filem seram ini dikategorikan sebagai
filem Melayu. Apa-apa pun, aku puji filem ini di atas kelainan yang ditonjolkan
berbanding filem-filem seram yang lain.
Sekian, wallahua’lam... ;)
Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
No comments:
Post a Comment