Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
Alhamdulillah, pertama-tama kalinya aku nak ucapkan berbanyak ucapan 'Terima Kasih' buat ibu ayah aku, adik-beradik aku, sahabat-sahabat aku, kawan-kawan aku, rakan-rakan sekerja aku, dan semuanya yang telah mendoakan kebaikan kepada aku bersempena Hari Lahir aku yang ke-26 semalam. Aku cukup terharu apabila salah seorang peserta Gegar Vaganza 3 iaitu Azharina Azhar a.k.a Kak Nina turut menghantar voice mesej ke whatsapp aku menyanyikan lagu 'Happy Birthday to you' untuk aku...hehe ;)
Malam Gala Tayangan Filem Rock Bro Arahan Mamat Khalid
Sebelum tue aku nak ucapkan berbanyak terima kasih buat team M.A di atas ruang yang diberikan untuk hadiri ke Malam Gala Tayangan Filem Rock Bro ini dan aku menjadi salah seorang penonton terawal yang menonton filem Rock Bro ini dan filem ini akan ditayangan di pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober 2016.
Aku juga berkesempatan untuk berinteraksi dengan pengarah filem Rock Bro iaitu Saudara Mamat Khalid dan barisan pelakonnya seperti Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan dan sebagainya lagi. Boleh kata ramai juga yang hadir menyaksikan filem ini dan diawal majlis ianya diserikan dengan persembahan daripada beberapa artis rock tanah air.
Rock Bro - Kembali Ke Pangkal Jalan...
Filem ini adalah sebuah filem kesinambungan dari siri Rock, Rock Oo dan terbaru Rock Bro ! Keserasian dan kesinambungan antara ketiga-tiga filem ini amatlah berkaitrapat dan dipersembahkan dengan satu konsep kelainan menerusi Rock Bro.
Watak Jijo yang dilakonkan oleh Khir Rahman sebenarnya menjadi kekuatan utama bagi filem Rock Bro ini dan ianya cukup 'hidup' menerusi karakter dan gayanya yang tersendiri. Kekuatan ini menjadi lebih hebat pabila digabungkan dengan lakonan santai dari Soffi Jikan turut memberikan kekuatan untuk filem ini untuk aku hayati satu persatu penceritaan jatuh bangun kumpulan Rimba Bara ini. Watak Ella juga menjadi salah satu watak sampingan yang memberikan kekuatan 'cinta' dalam filem ini walaupun tema Rock yang sebenarnya diangkat di dalam filem ini.
Berlatarbelakangkan era 90-an berselang seli dengan zaman sekarang, filem ini digarapa dengan cukup bijak dipersembahkan dengan penuh gaya oleh Saudara Mamat Khalid. Menerusi filem Rock Bro ini, aku seperti menyaksikan sesuatu yang baru dipersembahkan hasil karya saudara Mamat Khalid. Betul atau tidak, korang kena tengok sendiri filem ini...hahah
Apabila kita dijanjikan untuk kembali ke zaman kegemilangan rock, seperti wajib untuk produksi filem ini menyediakan beberapa lagu rock untuk dipersembahkan secara santai dan mengikut rentak perjalanan cerita bagi memastikan penonton menjadi 'feel' dan kepuasan ketika menonton filem ini. Itu aku setuju ! Aku dapat rasainya apabila filem ini diserikan dengan pelbagai jenis lagu Rock yang cukup ber'hantu' buat pengikut lagu-lagu Rock.
Secara keseluruhannya, filem ini boleh dikatakan tidak terlalu berat untuk dihadam oleh penggemar filem dan jenakanya juga cukup bersahaja. Aku anggap filem Rock Bro ini memang sesuai untuk ditonton dan memang layan walaupun anda bukan peminat Rock. Tapi aku merasakan filem sekuel Rock Bro ini ada sedikit kekurangannya berbanding filem Rock dan Rock Oo terutamanya aku kurang suka ending filem ini ketikamana filem ini tengah klimaks, tup-tup ada scene yang potong 'stim'.. Aduhhhh....
Apa-apa pun, aku puji Saudara Mamat Khalid sebab filem ini dipersembahkan dengan cukup teliti dan cukup berpengetahuan ketikamana muzik rock sedang rancak di zaman era-90an, diselitkan juga dengan aktiviti ajaran sesat dan dikembalikan juga aura Anugerah Juara Lagu dalam filem ini. Dan yang paling penting, ada pengajarannya yang tersendiri.
Perghhh... Secara keseluruhannya, aku bagi 7/10 bintang untuk filem Rock Bro ini. Dan kepada pembaca blog aku, aku cadangkan untuk korang turun ke pawagam mulai 27 Oktober 2016 ini untuk menyaksikan sendiri filem Rock Bro dan hayatilah jatuh bangun kumpulan Rimba Bara yang pastikan membuatkan ada berkhayal buat seketika ke dunia rock era-90an.
Sekian, wallahua'lam...
Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
No comments:
Post a Comment