Pages

Wednesday, October 26, 2016

Doctor Strange : Pasti Memukau...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Ikutkan hati memang aku mencari masa dan peluang untuk bercuti bagi merehatkan minda dari kesibukan kerja di pejabat. Lari dari untuk berfikir buat seketika tapi kekuatan diri dan melangkah ke hadapan adalah pasti. So, apa-apa pun, kita jangan lari dan teruskan sahaja kehidupan yang mendatang kerana kita kena percaya bahawa kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan di akan datang.

Aku bukannya nak bercerita mengenai itu tapi sekadar pembuka bicara untuk entry kali ini. Insyaallah, aku akan berikan sedikit review mengenai satu movie yang aku baru sahaja berpeluang menyaksikannya di tayangan premiere iaitu movie 'Doctor Strange'. Korang tahu tak pasal filem terbaru keluaran Marvel ini?

Doctor Strange : Khayalan Yang Pasti Memukau...

2016 adalah tahun yang menampilkan pelbagai movie berbentuk superhero dan adiwira seperti 'Batman VS Superman', 'Captain America : Civil War', 'Suicide Squad', 'Max Steel', 'Ninja Turtle' dan bermacam-macam lagi pilihan yang sememangnya memberikan persembahan yang menarik dan memberikan kepuasan kepada para penonton dan pengikut movie superhero ini.


Doctor Strange adalah satu lagi movie superhero keluaran Marvel yang cukup memberikan kelainan dan dimensi lain dari segi kekuatan kelebihan atau 'kuasa' yang lebih kepada ilmu sihir. Perjalanan ceritanya jugak tak terlalu berat dan tak terlalu 'slow' berbanding movie-movie superhero yang lain. 

Permulaan cerita, penonton dipersembahkan dengan kelebihan kuasa magic dari Pendeta Purba menggunakan kuasa 'dimensi masa' dan 'cermin dimensi' yang rata-ratanya membuatkan penonton tak berkelip mata. Bagaimana sebuah bandar boleh bertukar menjadi seperti sebuah mesin yang aku sendiri pun tak terkata dengan keunikan CGI yang dipersembahkan. Cukup-cukup memberikan kelainan.

Doctor Strange merupakan seorang doktor pakar yang mempunyai ego yang tinggi dengan kelebihan dan kepakaran beliau menyelamatkan pesakit-pesakit sehinggalah ada satu kejadian dimana berlakunya kemalangan yang menyebabkan kedua-dua tangan beliau lumpuh dan ada kaitan dengan masalah saraf. 

Beliau mendapat info yang ada seorang lelaki berjaya memulihkan lumpuhnya dan menyebabkan Doctor Strange mengembara sehingga ke Kathamandu, Nepal untuk mencari sebuah tempat bernama Kamar-Taj dan di situlah beliau bertemu dengan Pendeta Purba yang pada mulanya mempertunjukkan kelebihannya bagi membuang sifat ego Stephen Strange ini. 

Stephen Strange diberi peluang untuk dilatih dengan seni mempertahankan diri dan belajar ilmu-ilmu sihir dan kepercayaan untuk memberikan satu kelebihan buatnya. Sehinggalah ada satu kejadian, Stephen Strange ditinggalkan di Everest dan dibiarkannya sehinggalah dia kembali ke tempat asal menggunakan kelebihan kuasanya yang ada. Di situlah Strange mendapat kembali keyakinan dan terus belajar sehinggalah beliau belajar sendiri ilmu 'Cermin Dimensi' dan 'Dimensi Masa'.

Malapetaka berlaku apabila watak jahat iaitu Kaecilius yang berjaya mencuri mukasurat yang menunjukkan pembelajaran ilmu 'Cermin Dimensi' dan beliau bersama dengan geng-geng dia cuba untuk menakluki 3 pintu utama laluan bagi kuasa jahat menakluki bumi iaitu di Hong Kong, New York dan London. 

Nak tahu lebih lanjut? Korang kena tengok sendiri filem Doctor Strange ini mulai esok di pawagam seluruh Malaysia. Percayalah bahawa movie ini pasti memberikan kepuasan dengan kelainan dan keunikan yang dipersembahkan oleh Marvel. Aku bagi 10/10 bintang untuk movie ini secara keseluruhannya. Memang terbaek dan boleh layan...hahaha ;)

Sekian, wallahua'lam... 

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com

No comments:

Post a Comment