Pages

Sunday, May 8, 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Sebelum tue, saya nak ambik kesempatan merakamkan 'Salam Takziah' saya buat keluarga-keluarga mangsa nahas helikopter di Batang Lupar, Sarawak terutamanya buat keluarga Allahyarhamah YB Datuk Noriah Kasnon (Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan & Komoditi) dan keluarga Allahyarham YB Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar (Ahli Parlimen Kuala Kangsar). Masih teringat pesanan Arwah YB Datuk Nor yang pernah memberi semangat kepada saya untuk terus menuntut ilmu walaupun dalam masa yang sama bergiat aktif dalam kepimpinan di peringkat universiti.

Di kesempatan ini juga, saya nak ucapkan TAHNIAH buat YAB Tan Sri Datuk Patinggi Adenan Satem di atas kemenangan besar dan bergaya beliau dalam mengetuai kepimpinan Kerajaan Negeri Sarawak sekaligus membentuk kerajaan bagi meneruskan agenda kebajikan rakyat Sarawak menerusi mandat yang diberikan. Semoga YAB TS Adenan Satem terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaiknya.

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2016


Menjulang ilmu ke mercu gemilang di MAEPS, Serdang bagi melihat kepelbagaian buku dari pelbagai jenis penerbit buku yang memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016. Salah satu aktiviti yang perlu diisi bagi kekosongan waktu yang ada di hujung minggu ini sedikit sebanyak memanfaatkannya dengan meneruskan minat dengan membaca.

Ada beberapa buku yang memang termasuk di dalam list aku tetapi aku tak jumpa. Dan apa yang bestnya, aku berpeluang melihat banyak buku-buku baru terutamanya berkaitan dengan biografi, kembara, politik dan sebagainya lagi tetapi disebabkan bajet yang terhad aku beli yang lebih kepada minat untuk hilangkan stress ja dan tak terlalu berat untuk dihadam.

Banyak penerbit-penerbit yang ada di sana, ditambah pula dengan pelbagai diskaun yang ditawarkan membuatkan aku pusing hampir 3 kali untuk pilih buku yang benar-benar aku nak dan bajet aku hanya RM100 tetapi aku terbeli pulak buku melebihi bajet yang ada. Sekali lagi bajet aku lari disebabkan keborosan aku. Tetapi tak apalah, sekali sekala ja pesta buku ini diadakan.

Kebetulan, aku sempat singgah ke booth salah seorang kenalan aku iaitu Saudara Hafiz Latiff (Pemilik LegasiOakheart) dan sempat aku membelanjakan sikit untuk mencari buku-buku di situ dan Alhamdulillah, ada jumpa buku yang aku cari iaitu Travelog ET : Namastee India, Merentas Amerika dan Kompilasi Travelog : 7 Benua. Aku juga sempat berborak dengan beberapa orang penulis yang ada di situ dan sempat bergambar dengan dorang.

Aku bersama Bro Hafiz Latiff, Saudara Badrul Hisham dan Saudara Faiz Najmi...

Aku bersama Saudara Nazri Arshad & Bro Hafiz Latiff.

Apa yang best, di sini aku dapat lihat ribuan pengunjung yang berlumba-lumba mencari, membelek dan meneliti pelbagai buku yang ada dan masing-masing memilih dengan penuh khusyuk dan begitu fokus. Ada juga yang sekadar mencuci mata dan melihat kepelbagaian buku yang ditawarkan. Aku hanya beli 6 buah buku sahaja iaitu Merentas Amerika, Travelog ET : Namastee India, Kompilasi Travelog : 7 Benua, Travelog Mr.Traveller Untold Stories, Musafir Duniawi dan Rosyam Nor - Impian Jutawan Budak Setinggan.


Kekurangan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016?

Aku nampak sedikit kekurangan sebenarnya bagi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 iaitu dari segi tempatnya yang dibuat di MAEPS, Serdang dan jika pesta buku tersebut dibuat di PWTC seperti tahun-tahun sebelum ni, aku rasa akan lebih meriah dan lebih muda terutamanya dengan kemudahan ATM yang ada, kemudahan kenderaan awam dan sebagainya lagi. 

Apa-apa pun, aku tetap enjoy dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 ini. Insyaallah, kalau ada kesempatan, aku akan hadir lagi untuk siri yang akan datang, Insyaallah. 






Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

No comments:

Post a Comment