Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
Wahhhh...bertemu kembali kita ya setelah berminggu tak bersua kat blog
ni. Al-maklumlah, kerja di ofis makin bertambah dari hari ke hari, komitmen itu
komitmen ini tapi apa-apa pun sedikit pun tidak mematah semangat aku untuk
terus menulis dan terus berkongsi cerita.
Sebelum tue, aku nak ucapkan sekalung ‘TAHNIAH’ buat sahabat2 aku yang
bakal dan telah mengakhiri zaman bujang mereka, Saudara Izzul Iz’an Ismail
& pasangannya, Saudara Chef Fikree & Syarifah Zuriehan, Saudara Yasier
Sufie Sabri & pasangannya, Puan Neyda & pasangannya, Puan Farahana
Malek & pasanannya, Saudara Sobi & pasangannya, dan semuanya la yang
tak sempat aku nak senaraikan semuanya kat sini. Apa-apa pun, aku doakan agar
korang semua diberikan kebahagiaan, dimurahkan rezeki dan terus mendapat rahmat
dari-Nya. Insyaallah, Amin...
SUKARELAWAN ZOO
Hari ini, aku nak bercakap tentang ‘Sukarelawan Zoo’ iaitu salah satu
program / aktiviti yang aku sertai pada hujung minggu baru-baru ini (17 April
2016 – Hari Ahad) bertempat di Zoo Negara Malaysia. Ini merupakan khidmat
sukarelawan kali kedua aku terhadap Zoo Negara Malaysia. Sebelum ni, aku
bersama-sama dengan ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM Sesi 2012/2013 tapi
kali ini aku bersama-sama dengan rakan-rakan yang baru aku kenali menerusi
group whatsapp.
Aku di Zoo Negara Malaysia... |
Aktiviti sukarelawan di zoo ini merupakan salah satu aktiviti yang
cukup menarik dan memberikan pengalaman baru kepada sesiapa sahaja untuk
merasainya. Untuk aktiviti kali ini melibatkan hampir 40 orang melibatkan
kakitangan awam, swasta dan mahasiswa yang masing-masing tidak mengenali antara
satu sama lain. Tapi yang bestnya, walaupun tak kenal antara satu, tapi
semuanya spoting dan ada matlamat iaitu menjadi sukarelawan zoo atau
#ValunteerZoo .
Nie la team aku : Edris, Nizam, Afiq, Syahmi, Aku dan Bro Man... |
4 Anak Muda dari Savannah Team... |
Waktu sesi taklimat awal... |
Bergambar kenangan... |
Sesi bagi makan pada Zirafah... |
Sesi bagi makan pada Zirafah... |
Waktu habis sesi minum pagi... |
Aku beranggapan bahawa tak salah untuk aku sebagai anak muda Malaysia
melakukan aktiviti kesukarelawan ini bagi mengisi masa lapang aku kerana ramai
juga anak muda yang tidak menggemari aktiviti-aktiviti kesukarelawanan seperti
ini. Tapi aku masih berbangga kerana masih ada anak muda yang turut serta
menjadi aktiviti ini sebagai salah satu aktiviti mengisi lapang mereka.
PUSAT PEMULIHARAAN PANDA GERGASI / GIANT PANDA CONSERVATION CENTRE
Alang-alang dah ada di Zoo Negara, aku turut berkesempatan untuk
melawat ke Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi ini dan turut dapat melihat secara
dekat 2 ekor panda gergasi yang begitu masyhur di Malaysia iaitu Xing Xing dan
Liang-Liang serta anak mereka yang cukup comey. Ini adalah kali kedua aku
melihat panda secara dekat. Sebelum ni aku lihat di Hong Kong semasa pergi ke
Ocean Park.
Anak panda... |
Aku bersama Xing Xing... |
Sesi petang adalah ‘Free & Easy’. Dan aku mengambil kesempatan yang
ada untuk pusing-pusing ke semua seksyen di dalam Zoo Negara dan apa yang
menariknya aku dan group aku pusing hampir berkali-kali terutamanya ke Pusat
Pemuliharaan Panda Gergasi. Bak kata orang, alang-alang dah sampai kat Zoo
Negara tue, kita pusing la sepuas-puasnya sebab lepas ni tak tau lagi bila la
pulak dapat ke sana lagi ya? Hahaha...
Sekadar maklumat tambahan, di Zoo Negara ini dipecahkan kepada beberapa
seksyen iaitu Children World, Aquarium, Hornbill Centre, Butterfly Garden, Bird
Aviary, Amphibia World, Reptiles House, Lions & Tigers, Savannah Walks, Mammals
Kingdom, Bee Museum, Bear Complex, Ape Centre dan Giant Panda Conservation
Centre. Boleh lihat macam-macam haiwan kat sini. Contohnya, dapat lihat spesies
tikus terbesar di dunia dan lain-lain lagi.
Di Bird Aviary... |
Harimau Belang... |
Badak Air... |
Tapir... |
Nie la tikus terbesar di dunia... |
Sekian, wallahua’lam...
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
Nasib baik gambo aku ada. Hehe. Tapi lagi best buat coretan sikit pasal volunteer dan zoo negara. #teamsavannah
ReplyDeleteNasib baik gambo aku ada. Hehe. Tapi lagi best buat coretan sikit pasal volunteer dan zoo negara. #teamsavannah
ReplyDelete