Pages

Friday, February 26, 2016

Munafik (2016) - Penuh Pengajaran dan Iktibar...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Kita bertemu kembali setelah hampir sebulan tidak bersua dan entry terakhir aku di blog ini adalah mengenai filem iaitu ‘Ola Bola’ yang telah mencatat kutipan melebihi RM14.5juta. Tahniah sekali lagi aku ucapkan kepada pengarahnya, Saudara Chiu dan barisan pelakon-pelakonnya.

Entry kali ini juga berkisar mengenai filem tempatan juga yang baru sahaja aku tonton semalam bersama-sama dengan Pengarah dan Para Pelakonnya iaitu filemMUNAFIK. Sekali-sekala berpeluang untuk menonton filem bersama para pelakonnya...hehehe. Filem ini diarahkan oleh pengarah muda berbakat di Malaysia iaitu Saudara Syamsul Yusof dan dibintangi oleh beliau sendiri, Nabila Huda, Pekin Ibrahim, Sabrina Ali dan lain-lain lagi.

Sekali lalu, aku kongsikan sinopsis mengenai filem ini ;

“ mengisahkan tentang seorang pengamal perubatan Islam bernama Adam lakonan Syamsul tidak dapat menerima takdir apabila isterinya meninggal dunia.

Adam melalui pelbagai pengalaman pelik apabila dipujuk untuk mengubati seorang wanita bernama Maria lakonan Nabila Huda yang diganggu syaitan.”

Dalam banyak filem-filem seram di Malaysia ini, MUNAFIKantara filem seram yang cukup kuat dengan elemen keagamaan yang secara kasarnya menampakkan kekuatan dan pengajaran dari setiap dialog dan situasi yang dipertontonkan itu.

Penceritaannya dari awal sehingga pengakhiran mempunyai elemen suspens dan kejutan yang diluar jangka. Babak ketikamana Maria lakonan Nabila Huda yang sedang dirasuk juga cukup menjadi dan boleh dianggap antara yang terbaik dari segi pembawaan watak berbanding watak lain.

Babak ketikamana seorang budak lelaki yang berada di jalanraya sedang melantunkan bola keranjang jugak cukup seram dan membuatkan aku berdebar-debar dan babak tersebut juga boleh aku anggap sebagai babak yang paling seram dalam filem ini.

Aku bersama Pengarah dan Pelakon Utama Filem MUNAFIK, Bro Syamsul Yusof & Isteri...

Aku bersama Nabila Huda...

Aku bersama Sabrina Ali & Pekin Ibrahim...

Apa-apa pun, secara keseluruhan aku anggap filem ini sesuai ditonton oleh anda semua dan mesti tonton kerana filem ini anda takkan rugi dan anda pun sedikit sebanyak dapat belajar dan mengetahui serba sedikit mengenai apa itu golongan munafik ini.

Aku bagi 9.9/10 bintang untuk filem ini. TAHNIAH sekali lagi kepada Saudara Syamsul Yusof kerana kembali ke arena filem tempatan dengan karya yang terbaru ini. Semoga terus memberikan yang terbaek untuk industri perfileman Malaysia ini.

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,

WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

No comments:

Post a Comment