Pages

Friday, January 1, 2016

Selamat Datang 2016 ! Selamat Tinggal 2015 !

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

2015 : PENUH BERLIKU

Bina Kerjaya

Setahun satu jangka masa yang aku perlukan untuk bertapak dalam membina kerjaya aku yang berlatarkan bidang Hartanah. Mulanya aku ditawarkan bekerja dalam bidang politik, tapi aku masih menagih dan mengharapkan diberikan peluang untuk aku masuk dalam bidang yang aku belajar dan habiskan masa selama 6 tahun di Universiti Teknologi Malaysia.

Dari Kuala Lumpur, aku kembali ke Alor Setar mencuba nasib untuk mencari kerja di sini, tempat aku membesar dan dekat dengan ibu ayah aku. Ditakdirkan aku terbaca mengenai kekosongan jawatan di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) untuk jawatan Penolong Pegawai Penilaian (W27) dan Penolong Pegawai Tadbir (N27). Aku mencuba tetapi menghampakan apabila aku dimaklumkan bahawa kekosongan tersebut telah tersedia untuk orang-orang tertentu. Aku frust ! Aku kecewa ! Mana adil untuk aku sebagai orang biasa yang tiada ‘kabel’ untuk mencuba nasib rebut jawatan tue.

Ditakdirkan sekali lagi, aku diberi peluang untuk menghadiri sesi temuduga ke sebuah Syarikat Swasta Penilaian & Hartanah di Bandaraya Alor Setar. Alhamdulillah ! Itulah ungkapan aku pada mulanya ketikamana aku menerima panggilan untuk menghadiri sesi temuduga tue. Aku akan cuba ! Dan akan cuba yang terbaek !

Alhamdulillah ! Sesi temuduga pertama aku berjaya, aku diterima TETAPI aku ditempatkan di Bayan Baru, Pulau Pinang. Perghhhh...beratus kali aku berfikir samada nak terima atau tak tapi aku percaya pada takdir aku dan ikut pada gerak hati aku, aku tolak tawaran tersebut dan aku bersedia berkhidmat sekiranya diberi peluang untuk bertugas di Alor Setar. Dan Alhamdulillah, aku diterima untuk bertugas di Alor Setar sebagai Eksekutif Penilaian Harta.

Bulan pertama aku bertugas di situ, aku menerima panggilan untuk hadiri sesi temuduga sebagai Penolong Jurutera (JA29) di Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan Penguasa Bomba (KB41) di Suruhanjaya Perkhidmata Awam Malaysia. Mindset aku lebih ke arah Penolong Jurutera dan aku betul-betul fokus dan membuat persediaan yang cukup rapi untuk menghadiri sesi temuduga tersebut dan aku mengabaikan panggilan temuduga bagi Penguasa Bomba.

Dari Alor Setar aku kembara bersama sahabat aku, Mat Hanif Hafiz Ching ke Pulau Pinang semata-mata menghadiri sesi temuduga tersebut. Nak dijadikan cerita, aku dimalukan oleh panel tersebut disebabkan aku tiada kelayakan untuk jawatan tersebut. WTH ! Aku tak mau cerita panjang mengenai kes ni. Aku kecewa ! Aku terasa gila ! Aku terkilan gila ! Aku pulang dalam keadaan yang cukup memalukan dan menghampakan. Di situ sekali lagi aku dipertontonkan dengan gelagat para kroni bertemu dengan calon-calon tertentu ! Sekali lagi, tiada keadilan untuk aku sebagai orang biasa yang tiada ‘kabel’ untuk mencuba nasih rebut jawatan tue.

Bulan Ogos, aku menerima mesej tentang panggilan sesi temuduga untuk bidang aku dalam sektor awam under Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah. Berat hati mulanya untuk aku terima dan menghadirinya di Kuala Lumpur disebabkan aku takut sejarah berulang semula. Aku menghabiskan duit semata-mata untuk hadiri temuduga tetapi kekosongan tue telah tersedia untuk orang-orang tertentu.

Mak ayah aku, nasihatkan aku untuk aku mencuba sesi temuduga tersebut. Aku ikut saja apa yang mak ayah aku katakan itu. Dari Alor Setar, aku kembara seorangan ke Kuala Lumpur untuk hadiri sesi temuduga tersebut. Ketika di luar bilik temuduga tue, aku sempat bersembang dengan calon-calon yang masing2 mempunyai pengalaman 2-3 tahun dalam bidang hartanah ini. Aku berdebar ! Aku tergugat ! Sebab pengalaman aku hanya 5 bulan saja dalam bidang ni.

Berkat kesabaran dan doa ibu ayah aku, Alhamdulillah, aku menerima mesej dan surat tawaran untuk perlantikan aku berkhidmat di sini untuk jawatan tetap. Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! Penat usaha aku mencuba tanpa menggunakan ‘tangan-tangan ghaib’ ni berhasil dan dibuktikan dengan kepercayaan aku memohon pada Yang Maha Esa. Syukur pada-Mu Ya Allah ! Kau memakbulkan doaku, doa ibu ayah aku ! 21 September 2015, tarikh keramat aku lapor diri untuk berkhidmat di sektor awam ini ! Aku selesa bekerja di sini sehingga ke hari ini. Harini, aku mampu senyum sebab hampir setahun aku mencuba nasib untuk berkhidmat dalam sektor awam untuk jawatan tetap. Alhamdulillah sekali lagi.

Cinta, Bina Masjid Keluarga

Hahaha...aku belum bersedia lagi la nak bercerita mengenai Cinta Cintun ni secara terbuka kat blog aku ni ! Hahaha... ~

2016 : AKU BERSEDIA

Insyaallah, tahun 2016 ini aku dah bersedia mengharungi kehidupan di Kota Metropolitan ini. Ada beberapa perkara yang aku impikan untuk dicapai pada tahun 2016 ni. Ianya melibatkan banyak benda yang aku fikirkannya pada tahun lepas. Aku masih mencari masa yang sesuai untuk aku mencuba nasib dalam beberapa benda baru yang akan aku cuba ceburi untuk mengisi kekosongan masa.

Tahun 2016 juga aku mengharapkan agar aku terus diberi kepercayaan dalam melaksanakan amanah & tanggungjawab dan aku bersedia untuk memastikan agar aku dapat SAHKAN JAWATAN aku disini. Insyaallah. Yang paling penting, sokongan dari semua pihak terhadap aku untuk aku terus mengorak langkah mencapai impian aku. Insyaallah... J

Jodoh ? Insyaallah... ~

Selamat Datang 2016 ! Selamat Tinggal 2015 !

Apa-apa pun, aku mendoakan agar Tahun 2016 ni, kita semua perolehi keberkatan dalam mencari rezeki yang halal dan diredhai-Nya. Mendoakan juga akan kita semua dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik. Tahun 2016 ni juga, aku mengharapkan agar Malaysia kita terus aman dan makmur. Tutup buku lama, kita bukak buku baru !

Untuk semua pembaca blog, aku mengharapkan semua dapat menyokong penuh dengan produk pelancongan yang terdapat di Negeri Kedah Darul Aman sempena #DiscoveryKedah2016. Mai cek mai ke Negeri Kedah ! Kita ada Langkawi, Masjid Zahir, Gunung Jerai, Pantai Merdeka, dan macam-macam lagi la... ;)

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH


No comments:

Post a Comment