Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Sebelum terlambat, saya nak ucapkan ‘Selamat Menyambut Perayaan
Deepavali’ buat rakan2 saya dan pembaca blog saya yang beragama Hindu. Semoga
terus harmoni dalam Negara yang berbilang kaum… J
Hari ni, aku hanya nak kongsikan mengenai satu aktiviti yang aku sertai
bersama sahabat baik aku, Adnan Abu Bakar & Ahmad Hasif iaitu ‘Malaysians
United Run 2015’ yang diadakan pada 1 November 2015 yang lepas bertempat di
Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Aku boleh dianggap bertuah apabila berpeluang menyertai salah satu
aktiviti larian yang terbesar di Malaysia yang melibatkan hampir 19,000
peserta. Program anjuran Institut Onn Jaafar ini turut tercatat di dalam ‘The
Malaysia Book Of Records’. Program ini dirasmikan oleh YB Dato Seri Hishamuddin
Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia.
Larian kali ini hampir 4.7km antara jarak yang jauh yang pernah aku
sertai. Apa yang best kali ini adalah larian kali ini agak santai. Penyertaan
kali ini adalah sebagai salah satu sokongan aku terhadap aktiviti riadah yang
santai dalam membawa masyarakat hari ini ke arah ‘Fit Malaysia’.
Di situ aku juga berpeluang berjumpa dengan sahabat2 lain dan sempat
bertegur sapa dengan kenalan-kenalan yang ada. Apa yang aku nampak, aktiviti
seperti ini seharusnya diberi perhatian dan sokongan untuk kita mengeratkan
ukhuwah antara satu sama lain.
Serba sedikit yang aku tahu mengenai Institut Onn Jaafar adalah sebuah
pertubuhan yang memfokuskan terhadap golongan miskin dan yang kurang
berkemampuan dalam memberi bantuan menerusi aktiviti kesukarelawan dan khidmat
komuniti.
Insyaallah, ada rezeki kita jumpa di lain waktu dan tempat. Apa yang
penting, aktiviti yang baik dan bermanfaat seharusnya diberikan sokongan yang
berterusan. Cuma saya agak kurang bersetuju dengan mentaliti segelintir rakyat
Malaysia yang…. Hahaha… takpa lain kali saja aku cerita…hahaha
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
wan_hazem19@yahoo.com
No comments:
Post a Comment