Pages

Monday, October 26, 2015

Rasai Kegayatan Menerusi 'The Walk'...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Waahhh hampir setahun tak bertemu dengan para pembaca blog saya ini dengan sebarang entry terutamanya melibatkan banyak benda yang begitu menarik dan indah untuk saya kongsikan bersama. Tapi apakan daya, kesibukan bekerja mengatasi untuk saya kembali aktif dalam penulisan di blog ini. Berkenaan dengan cabaran menghadapi temuduga, pengalaman buat ‘Summer Program’ di Pulau Jeju, travel di beberapa negara, pengalaman bekerja dan sebagainya lagi. 

Hari ini saya nak berkongsi sedikit tentang sebuah filem yang baru sahaja saya tonton yang cukup memberi inspirasi kepada saya untuk terus mengejar impian dan cita-cita iaitu movie ‘The Walk’ arahan Robert Zemeckis. 

Impian Seorang Pemuda 

Itulah yang boleh saya simpulkan bahawa setiap orang yang hidup di dunia ini pasti ada impian dan cita-cita. Ada yang mahu ke bulan, ada yang mahu menjadi jutawan, ada yang mahu mengejar bintang, dan sebagainya lagi. Impian, angan-angan dan cita-cita ini menjadi perkara wajib untuk kita meneruskan hala tuju kita. 

Watak ‘Philippe Petit’ lakonan Joseph Gordon-Levitt sememangnya mengujakan saya terutamanya pembawaan wataknya yang begitu ‘menjadi’ untuk membawa diri saya menyelami kehendak hatinya untuk menyeberangi antara dua Menara Pusat Dagangan Dunia (WTC) menggunakan wayar besi. 

Beliau berjaya memberi membawa para penonton menyelami dunia seroang artis wayar tinggi (A high-wire artist), walaupun ada mendapat tentangan dari keluarga tetapi beliau masih mampu membuktikan yang beliau adalah seorang artis yang cukup dikagumi.






Selain itu, penceritaan menerusi kisah benar ini yang bersahaja mampu membuatkan para penonton merasai kegayatan berada di tempat yang tinggi. Saya salah seorang yang cukup merasai kegayatan berada di tengah-tengah menara tersebut.

Apa yang paling penting, setiap apa yang dibuat itu mesti kita hargai orang sekeliling kita. Kerana kita tidak mampu untuk berdiri seorang tetapi kita perlukan orang sekeliling untuk terus memberikan sokongan kepada kita. 

Secara kesimpulannya, saya bagi 4 dari 5 bintang. Dan saya cadangkan untuk anda semua menonton movie ini... :) Selamat menonton... 


Ikhlas dari,

WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

No comments:

Post a Comment