Pages

Tuesday, August 6, 2013

Program Motivasi Pihak Pengurusan Atasan MBAS Bersama Pelajar-Pelajar IPTA/IPTS (Pelajar Praktikal)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Waahhh…berjumpa kita kembali di blog saya ini setelah lama menghilangkan diri dari sebarang perkongsian atau artikel dari saya. Tapi Insyaallah, hari ini saya akan cuba kongsikan satu program yang saya sertai kelmarin di tempat Latihan Industri saya iaitu di Majlis Bandaraya Alor Star. 

PROGRAM MOTIVASI PIHAK PENGURUSAN ATASAN MBAS BERSAMA PELAJAR-PELAJAR IPTA/IPTS (PELAJAR PRAKTIKAL) 

 Program ini merupakan salah satu projek yang diberikan oleh Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti dan Khidmat Masyarakat kepada sekumpulan pelajar praktikal di bahagian tersebut dengan berobjektifkan mendedahkan pelajar Praktikum kepada dunia pekerjaan untuk kegunaan pada masa hadapan dan seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak Pengurusan Atasan MBAS dengan pelajar Praktikum yang menjalani Latihan Industri di MBAS. 

Program yang diketuai oleh Saudari Nurulhuda, Pelajar Universiti Malaya ini merupakan program yang julung kalinya diadakan yang melibatkan pihak Pengurusan Atasan MBAS dengan pelajar-pelajar yang menjalani Latihan Industri di MBAS. Program ini adalah selaras dengan kriteria 4 – Pernyataan Komuniti dan Pandangan Penduduk, Sub-Kriteria 4.1 Penyertaan Komuniti Inisiatif PBT untuk meningkatkan kualiti hidup golongan belia/pelajar. 

UCAPAN RINGKAS WAKIL PELAJAR PRAKTIKAL 

Alhamdulillah, saya turut diberi peluang untuk mewakili kesemua pelajar praktikal yang hampir 40 orang di MBAS dari pelbagai latar belakang pendidikan dan Institusi seperti UM, UKM, PTSS, INSANIAH, UiTM dan sebagainya lagi. Kesempatan yang diberikan itu, sedikit sebanyak memberi satu peluang dan ruang untuk saya berkongsi pandangan dan pendapat mengenai Latihan Industri ini. 

CERAMAH OLEH SETIAUSAHA MBAS 

Kemuncaknya adalah ceramah motivasi yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Asri Redha bin Abdul Rahman, Setiausaha MBAS. Antara perkara yang dikongsikan oleh beliau adalah mengenai situasi dan persediaan temuduga. Beliau selalu mengingatkan agar persediaan dalam menghadapi temuduga perlu dibuat rapi dan lain dari yang lain termasuk penyediaan resume. 

Beliau turut mengingatkan agar setiap graduan mempunyai kemahiran-kemahiran tambahan seperti kemahiran komunikasi, kemahiran persembahan dan sebagainya lagi bagi meyakinkan semua pihak agar memilih kita berbanding orang lain. Ketrampilan diri juga menjadi elemen yang sangat penting dalam sesuatu temuduga itu. 

Selain itu, beliau juga turut mengulas mengenai Bahagian-Bahagian yang ada di MBAS terutamanya ketikamana sesi Ice-Breaking oleh semua Pelajar Praktikal. Beliau turut memberitahu agar kita semua jangan terlalu memilih kerja iaitu kebanyakkannya belajar dari bidang lain tetapi bekerja bidang lain. Itulah ilmu yang perlu dicari agar diri kita ini penuh dengan pelbagai ilmu. 


Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

No comments:

Post a Comment