Monday, April 9, 2012

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

TAHNIAH saya ucapkan kepada Aktor Popular, Aaron Aziz yang baru dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2011 bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang berlangsung pada malam tadi bertempat di Arena Of Star, Genting Highland. 

Anugerah Berprestij yang diacarakan oleh 4 orang gandingan personaliti mantap tanah air iaitu Raja Azura, Sharifah Shahira, Didie Alias dan Zizan Razak telah mempertandingkan sebanyak 18 Anugerah mengikut kategori masing-masing termasuk Anugerah Bintang Paling Popular 2011

Antara personaliti / artis yang Berjaya memenanginya adalah : 

1. Bintang Paling Popular 2011 – Aaron Aziz 
2. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Sheila Majid 
3. Anugerah Seri Perak – Datuk Siti Nurhaliza 
4. Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz 
5. Penyanyi Wanita Popular – Yuna 
6. Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz 
7. Pelakon Filem Wanita Popular – Maya Karin 
8. Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz 
9. Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha 
10. Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak 
11. Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias 
12. Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan Razak 
13. Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana 
14. Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail 
15. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana 
16. Artis Baru Lelaki Popular – Johan Ariff As’ari
17. Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla 
18. Artis Duo/Berkumpulan Popular – Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah 

Melihat kepada penerima-penerima anugerah di atas, ada juga beberapa kejutan yang berlaku terutamanya bagi Kategori Pelakon TV Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Wanita Popular. Yang lainnya adalah mengikut ramalan awal saya sendiri. TAHNIAH kepada semua pemenang. 

Persembahan yang dipersembahkan pada malam tersebut juga agak menarik walaupun ada juga beberapa persembahan yang kelihatan hambar dan kurang menarik. Persembahan yang paling menarik adalah sketsa ringkas ‘Ombak Rindu’ yang dijayakan oleh Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani cukup menarik dan mantap. 

Seperti sudah dijangka Anugerah Seri Perak yang diperkenalkan sempena sambutan 25 Tahun Anugerah tersebut, Datuk Siti Nurhaliza sememangnya layak untuk memenangi Anugerah tersebut berdasarkan kecemerlangan beliau dalam Industri Muzik Tanah Air ini.



Tapi apa yang menarik perhatian saya adalah mengenai Fesyen Beberapa Artis Wanita Tanah Air yang memperagakan beberapa fesyen yang dianggap ‘Tidak Mengikut Adat & Budaya Timur’ dan tampil dengan fesyen yang agak ‘Seksi’. 

Mungkin untuk tahun yang akan datang, saya mencadangkan agar Temanya lebih ke arah Adat & Budaya Timur yang diamalkan di Malaysia. Dan diperkenalkan satu lagi Kategori Anugerah Bintang Sukan Popular. Hehehe... =)

Apa-apa pun, saya ucapkan TAHNIAH kepada semua pemenang. 

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: