Monday, November 22, 2010

5 Jambatan Yang Paling Menakutkan Di Dunia...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pagi ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat atau pengetahuan am berhubung dengan jambatan-jambatan yang paling menakutkan di dunia. Ini hanya sekadar perkongsian sahaja. Oleh itu, marilah kita tengok jambatan mana yang paling menakutkan? He4…


5 JAMBATAN YANG PALING MENAKUTKAN DI DUNIA

1. Crazy Curves: Langkawi Sky Bridge, Kedah, Malaysia





2. Forest Gulp: Capilano Suspension Bridge, North Vancouver, British Columbia





3. Cope-on-a-Rope: Carrick-a-Rede Rope Bridge, Antrim, North Ireland





4. Terrifying Trift: Trift Bridge, Gadmen, Switzerland





5. Royal Flushed: Royal Gorge Bridge, Canon City, Colorado



Sunday, November 21, 2010

Pengalaman Mengajar Kita Lebih Dewasa...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pengalaman mengajar kita supaya menjadi lebih dewasa. Dengan pengalaman juga akan membawa kita supaya lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan. Seterusnya membentuk kita menjadi seorang yang lebih kuat dan berani. Di sini saya ada mengilhamkan sebuah puisi yang ditujukan khas buat para pembaca blog saya dan seluruh Belia Remaja Islam di Malaysia. Terimalah dari saya,

PENGALAMAN MENGAJAR KITA LEBIH DEWASA

Ku terbayang wajah ini
Di permukaan tasik yang permai nan indah

Terpancar kerdipan sang bintang
Yang tersenyum lalu bersinar-sinar
Tatkala kerdipan hitam silih berganti
Symbol kehidupan aku ini…

Pengalaman pahit dan manis
Sering mengajarku erti kehidupan
Erti hidup dan dewasa

Pengalaman indah memberiku
Pengertian kebahagiaan yang ku cari
Pengalaman pahit memberiku
Pedoman untuk terus menjadi terbaik

Apa makna semuanya…?
Apa itu ‘Pengalaman’…?
Mengapa terjadi di usia semuda begini…?
Bagaimana pengalaman itu…?

Pelbagai pengalaman itu…benar…

Pengalaman bercinta
Pengalaman berbahagia
Pengalaman berjaya
Pengalaman berjuang

Pengalaman dikecewakan
Pengalaman dihina
Pengalaman dilukai
Pengalaman menempuh gagal

Itulah dinamakan pengalaman
Yang sentiasa menjadi kenangan abadi
Dalam kehidupan sekali aku ini…

P/S : Jadikanlah pengalaman kegagalan itu sebagai pembakar semangat untuk terus melangkah ke hadapan dalam mengejar cita-cita yang diimpikan.

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Perubahan Belia Remaja...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Perubahan dalam diri seseorang sudah menjadi fitrah terhadap manusia. Ianya berlaku sepanjang masa dari dahulu sehinggalah di zaman sekarang. Perubahan dari segi akhlak, percakapan, fizikal, pemikiran dan sebagainya antara yang dapat saya katakan di sini sebagai bukti terhadap pernyataan di atas.

Begitu juga dengan remaja di Malaysia, dapat banyak yang boleh diperhatikan mengalami sedikit demi sedikit perubahan dan seterusnya menjadi barah terhadap masyarakat Islam di Malaysia pada hari ini. Memuja idola (golongan artis terutamanya), berfoya-foya, bergaulan bebas, rempit, seks bebas, homoseksual, hedonisme dan sebagainya lagi antara dakyah dan cara barat yang sudah merebak dan meliar meluas di hampir setiap pelusuk di negara kita.

Banyak langkah usaha yang telah dilakukan oleh setiap yang berperanan memimpin masyarakat sama ada di kalangan Pemimpin Mahasiswa mahupun setiap insan yang bergelar Muslim dan Muslimat.

Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.”

Berbalik kepada perubahan ini, ada juga beberapa kes yang berlaku di negara kita yang mengembalikan semangat dan kekuatan kepada para remaja untuk kembali taat kepada perintah Allah Taala setelah bergelumang dengan maksiat dan perkara yang sia-sia.

Lambakan drama dan filem yang tersusun rapi di slot-slot di kaca tv juga kebanyakkannya banyak memaparkan budaya-budaya yang bertentangan dengan adat budaya dan Islam sendiri. Contohnya, elemen seks, pergaulan bebas, dadah, mabuk dan sebagainya lagi menjadi pra syarat untuk memastikan sesebuah drama dan filem itu mendapat sambutan.

Selain itu, kebanyakkan pelakon-pelakon hanya sekadar bertudung dalam sesebuah drama mahupun filem tetapi apabila berhadapan dengan umum (masyarakat awam) kelihatan begitu seksi dan mengghairahkan. Adakah ianya sekadar memperalatkan lakonan semata-mata? Adakah itu yang perlu dipuja oleh remaja Islam? Seterusnya mengangkat menjadi Ikon kepada Remaja Islam di Malaysia? Hanya sekadar membuat persoalan untuk pembaca semua.

Penghijrahan remaja dalam memartabatkan semula ilmu agama dan martabat Islam adalah amat perlu agar generasi pada masa hadapan tidak terus terleka dan terlena dengan cengkaman serta pelbagai propaganda Barat yang terus menghanyutkan para Remaja Islam di Malaysia.

Saya juga pernah berhadapan dengan mahasiswa yang begitu mengagungkan muzik sehingga tidak menghormati azan yang sedang berkumandang. Sehinggalah saya memberanikan diri berdepan dengan beliau supaya menghormati azan. Alhamdulillah, setelah beberapa kali menegurnya, akhirnya ada sedikit perubahan yang dilakukan oleh remaja tadi.

Perubahan mahupun penghijrahan sememangnya tidak boleh dilakukan secara drastik tetapi ianya dapat dilaksanakan sedikit demi sedikit sekiranya jiwa dan hatinya itu sudah kembali bertaut dengan cahaya keimanan. Insyaallah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Setiap perubahan yang dilakukan ke arah kebaikan, Insyaallah, akan dib alas dengan kebaikan.

Akhir kata, bersamalah membuat perubahan dalam diri kita supaya Cahaya Keimanan itu terus bercahaya di jiwa kita dan bersamalah memikirkan dan membuat perubahan agar memelihara masa depan Belia Remaja Islam di Malaysia ini. Insyaallah…

Sekian, Wassalam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

10 Sungai Terpanjang Di Dunia...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...


Hari ini, saya ingin berkongsi sedikit maklumat berkenaan dengan sungai-sungai yang terpanjang di dunia. Perkongsian sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran betapa hebatnya kuasanya Allah Taala yang Maha Pencipta.

Ianya juga sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit pengetahuan am kepada seluruh pembaca blog ini. Insyaallah...


10 SUNGAI TERPANJANG DI DUNIA


1. SUNGAI NIL, MESIR : 6690 KM




2. SUNGAI AMAZON, AMERIKA SELATAN : 6400 KM



3. SUNGAI YANGTZE, CHINA : 6300 KM



4. SUNGAI MISSISSIPPI, MISOURI AMERIKA UTARA : 6275 KM



5. SUNGAI YENISEI-ANGARA-SELENGA (ANTARA RUSIA DAN MONGOLIA) : 5539 KM



6. SUNGAI KUNING HUANG HO, CHINA : 5464 KM



7. SUNGAI OB-IRTYSH (ANTARA EROPAH DAN ASIA) : 5410 KM



8. SUNGAI CONGO, AFRIKA : 4700 KM



9. SUNGAI AMUR (ANTARA EROPAH DAN ASIA) : 4444 KM



10. SUNGAI LENA, RUSIA : 4400 KM





Wednesday, November 10, 2010

Penggerak Mahasiswa (2)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Usaha-usaha kolektif untuk mewujudkan satu corak kehidupan yang baru (…collective enterprises to establish a new order of life…)” itulah yang didefinisikan oleh Herbert Blumer bagi maksud “Gerakan Sosial”. Gerakan sosial juga sering dikaitkan sebagai proses perubahan dalam masyarakat yang lebih ke arah Pertubuhan Belia.

Apabila diamati sejarah lampau, dapat kita saksikan ketika Hitler dapat memerintah Jerman pada tahun 1993, beliau mendapat sokongan penuh daripada tenaga belia atau orang muda sehinggakan beliau dapat mengukuhkan kuasanya pada ketika itu. Belia-belia ini dilatih dan diajarkan dengan segala aspek ideology Nazisme, latihan ketenteraan dan teknik peperangan dengan menjadi anggota “Hitler Youth Movement”.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), dan sebagainya lagi merupakan beberapa buah organisasi belia yang aktif dalam melibatkan perjuangan belia di Malaysia.

Di Universiti sendiri dapat kita saksikan bagaimana beberapa kumpulan mahasiswa yang begitu gigih, kuat dan komited dalam meraih sokongan para mahasiswa, dalam meraih sokongan dengan bermacam-macam ideologi yang disebarkan untuk memartabatkan sesebuah kumpulan mahasiswa tersebut terutamanya apabila semakin hampir dalam Pilihanraya Kampus Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM).

Sepertimana di UTM IC sendiri, dapat kita saksikan pertembungan ideologi perjuangan antara Revolusi Mahasiswa (Revo-M) dan Pro-Mahasiswa (Pro-M). Masing-masing dengan manifesto perjuangan kebajikan Mahasiswa bagi memperolehi sokongan majoriti bagi memenangi kerusi-kerusi Umum bagi Pemilihan MPM UTM IC.

Tetapi apa yang ingin disampaikan di sini adalah mengenai perjuangan mahasiswa itu sendiri. Jika dulu, kita dapat saksikan bagaimana sebenarnya pengaruh mahasiswa dalam membuat perubahan untuk kepentingan masyarakat negara di Baling tetapi kenapa sekarang kita seperti tiada kuasa dalam membuat perubahan tersebut? Mungkin dengan adanya minda bebas dari cengkaman parti politik, maka mahasiswa akan secara automatik merasa terpanggil untuk membela nasib rakyat, tak kira menguntungkan mereka atau tidak.

Saya sendiri juga agak pelik melihat perjuangan mahasiswa sekarang yang rata-ratanya hanya berani di belakang tetapi bila di hadapan hanya terdiam ketakutan. Saya belajar dan memerhatikan gerak-geri setiap individu yang terlibat dalam politik kampus ini di UTM IC, hampir setiap tindakan yang ingin dilakukan perlu dilaporkan kepada pihak atasan, adakah ini perjuangan mahasiswa? Atau perjuangan yang mempergunakan mahasiswa?

Saya juga agak terkilan apabila rakan-rakan seperjuangan saya yang begitu komited dalam memperjuangkan dan memperbahaskan mengenai kebajikan mahasiswa dan kebajikan ahli persatuan, dan apabila diminta untuk bersama-sama saya berhadapan dengan pihak atasan, hampir kesemuanya meninggalkan saya keseorangan untuk memperbahaskan dan memperjuangkan mengenai kebajikan tersebut. Di mana sebenarnya perjuangan yang dimaksudkan?

Saya berkongsi perkara ini sebagai tauladan kepada Mahasiswa akan datang supaya bijak memilih pemimpin dalam memperjuangkan kebajikan dan hak anda. Perjuangan mahasiswa bukan hanya tertumpu di dalam kampus sahaja tetapi perlulah seiring dengan kepincangan yang melanda di dalam negara kita terutamanya yang melibatkan belia remaja Islam yakni bakal-bakal pewaris kepimpinan negara.

Mahasiswa juga sepatutnya “turun padang” untuk bersama-sama dengan masyarakat luar dalam berkongsi kemahiran dan ilmu yang ada terutamanya pada adik-adik yang masih belajar di sekolah. Sebagai contoh, beberapa program khidmat masyarakat yang menggunakan title, “University Social Responsibility (USR)” telah diadakan, antaranya, USR@Melaka yang diketuai oleh saya sendiri, USR@Sarawak (Saudara Hariz Zakwan), USR@Dungun (JKM-KSS) & USR@Pangkor (Saudara Aiman) sebagai perkongsian ilmu antara mahasiswa dan masyarakat.

Mahasiswa sekarang perlu sedar akan peranannya dalam mencorakkan perubahan seiring dengan permintaan dan peredaran semasa kerana pada usia sebeginilah kita semuanya dapat menyaksikan dan memperoleh kepercayaan dari masyarakat luar. Percaya atau tidak, perhatikanlah sendiri dan fikirkanlah secara mendalam, kenapa mahasiswa tidak dibenarkan berpolitik? Kerana jika dibenarkan, pengaruh mahasiswa akan menjadi lebih besar berbanding pengaruh kerajaan sendiri.

Akhir kata, bersamalah kita menggerakkan mahasiswa kembali bagi memperolehi kecemerlangan dalam bidang akademik dan kepimpinan seterusnya dapat mencorakkan kembali perubahan terutamanya melibatkan persekitaran dan peredaran semasa seiring dengan title, “MAHASISWA” itu sendiri. Insyaallah…


Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Monday, November 8, 2010

Takziah Untuk Semua Mangsa Banjir Besar...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Banjir besar yang melanda di Negeri Kedah Darul Aman dan Negeri Perlis Darul Sunnah merupakan banjir terburuk yang pernah dilalui oleh kedua-dua negeri tersebut. Banjir yang melibatkan 5 daerah di Negeri Kedah itu juga telah menyebabkan hampir 50,000 mangsa dipindahkan ke tempat permindahan mangsa banjir.

Banjir tersebut jugak telah mengakibatkan hampir 80% Bandaraya Alor Star ditenggelami air. Tetapi saya berasakan mungkin ada hikmah di sebalik semua kejadian tersebut. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)

Saya amatlah bersyukur kerana keluarga saya semuanya selamat walaupun air tersebut naik hampir paras pinggang. Di sini, saya ingin mewakili mahasiswa UTM IC untuk mengucapkan ucapan “TAKZIAH” kepada semua mangsa dan rakyat kedua-dua negeri tersebut. Semoga kejadian tersebut, membuatkan kita semua lebih mendekati Allah Taala.

Saya juga di sini ingin berkongsi beberapa keping gambar yang diambil oleh penduduk Hutan Kampung, Alor Star berkaitan dengan banjir tersebut. Oleh itu, marilah bersama kita memuhasabahkan diri. Insyaallah…









Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Saturday, November 6, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hanya tinggal sehari lagi untuk kita semua melangkah ke Dewan Peperiksaan Akhir untuk Peperiksaan Akhir bagi sesi 1, 2010/2011 ini. Oleh itu, perbanyakkanlah bekalan ilmu untuk anda semua menghadapi pelbagai kemungkinan sempena musim peperiksaan ini terutamanya mahasiswa Tahun 1 yang belum pernah menghadapi peperiksaan akhir bagi UTM IC ini.

Sebelum itu, saya ingin memohon maaf kepada seluruh mahasiswa UTM IC sekiranya sepanjang saya berkhidmat sebagai Exco MPM UTM IC ini ada beberapa perkara yang tidak memuaskan hati anda, sekiranya saya terkasar bahasa, saya berlaku biadap dan sebagainya lagi. Saya memohon maaf sekali lagi.


Saya di sini juga ingin berkongsi sedikit doa iaitu Doa Memohon Kejayaan Cemerlang



(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

Akhir kata, saya di sini juga ingin mengucapkan, “SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR & SELAMAT BERJAYAkepada seluruh MAHASISWA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA INTERNATIONAL CAMPUS KUALA LUMPUR. Buatlah yang terbaik untuk kejayaan diri anda dan hadiah kepada ibu bapa anda. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com