tag:blogger.com,1999:blog-8593460992373589387.post6028900005374577882..comments2023-08-04T18:13:51.314+08:00Comments on Dari Duniaku, WMHMY: Isu Lif di KSJ...WMHMYhttp://www.blogger.com/profile/11750725476179368868noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-8593460992373589387.post-89000791877594092532010-04-18T15:00:30.368+08:002010-04-18T15:00:30.368+08:00Mengenai isu CCTV dan kerosakan lif, saya telah me...Mengenai isu CCTV dan kerosakan lif, saya telah menyentuhnya dalam isu yang ditimbulkan saudara Hazim pada bulan April yang lepas. Saya tetarik dengan isu siapakah yang harus dipersalahkan untuk isu lif ini. Jawapan saya cukup mudah, orang yang harus dipersalahkan adalah orang yang menggunakan lif tersebut. Ya, sebab peribahasa melayu ada menyebut, pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin. Situasi yang cukup mudah untuk difikirkan dengan logik akal. Saya berpendapat begini, seandainya pengguna lif itu berfikir untuk orang lain, tidak pentingkan diri sendiri dan juga bertimbang rasa, sudah semestinya dia tidak akan merosakkan lif dan akan meninggalkan lif itu dengan baik seperti mana dia masuk lif itu tadi.

Adalah tidak adil dan juga bersifat angkuh sekiranya kita terus menyalahkan pihak pengurusan 100% dalam isu lif ini. Kita patut melihat daripada segenap aspek apa yang berlaku, bukan hanya tuduh menuduh dan juga banyak buat aduan sehingga menimbulkan rasa kurang enak bagi pihak tertentu. Kita kena sedar, perjalanan kita masih jauh, dan sekiranya hubungan kita dengan pihak yang kita selalu berurusan tidak baik, alangkah malangnya nasib kita untuk masa yang akan datang kerana kita akan berjumpa dengan mereka sehinggalah kita tamat pengajian di sini.

Dalam hal ini, saya tidak meletakkan 100% kesalahan berkenaan lif ini pada bahu kita, tetapi saya mahu mengajak pihak saudara, kepimpinan pelajar berfikir sejenak mengenai rasionalnya menyalahkan pihak lain dalam perkara yang menjadi sebahagian dalam kehidupan kampus kita. Untuk makluman, Y Bhg Prof. Dato NC ada menyeru kita untuk berfikir secara matang dalam kehidupan seharian seperti mana yang disarankan dalam Pelan Transformasi Mahasiswa UTM (PTMU).

Mengenai isu mesin angkat, saya rasa adalah lebih jika kita menyerahkan sahaja kepada pihak berwajib untuk menguruskannya. Untuk makluman saudara Hazim, adalah tidak menjadi tanggungjawab untuk pihak pengurusan blok untuk menampal sijil itu pada lif. Dan saya rasa tidak menjadi kewajiban untuk pihak Pejabat Harta Bina UTM untuk menampal sijil itu pada lif itu. Hal ini adalah kerana, hal-hal pengurusan lif adalah dibawah penyelenggaraan penyedia perkhidmatan lif. Di kawasan rumah saya pun tida ditampal surat perakuan lif kerana memang lif itu diselenggara oleh pihak penyedia lif. Jada, pada hemat saya, biarkan pihak berwajib yang jalankan tugas itu.

Akhir kalam, saya ingin mungucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak MPP dan kami daripada pelajar KSJ mengharapkan terbaik dari pihak kepimpanan MPP dan JKM KSJ serta KSS. Bertindaklah secara matang dan wajar supaya apa yang diperjuangkan dapat diterima dengan baik oleh semua orang.

Wslm wrbhAnonymoushttps://www.blogger.com/profile/13874536498557423681noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8593460992373589387.post-57775877682743870262010-04-18T15:00:12.320+08:002010-04-18T15:00:12.320+08:00Assalamualaikum wrbh dan salam 1 Malaysia,
Bismil...Assalamualaikum wrbh dan salam 1 Malaysia,

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Alahamdulillah, sy sekali lagi telah diberikan peluang oleh Allah SWT untuk sama-sama mengikuti perkembangan blok B. Saya rasa sangat bersyukur walaupun terdapat bebarapa cacat cela di KSJ, tetapi masih lagi kita sebagai warga UTM-KSJ dapat hidup rukun damai dalam kolej kediaman ini.

Pertama sekali, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak MPP atas keprihatinan kalian dalam menjuarai isu kebajikan pelajar. Saya pasti dan yakin bahawa sudah semestinya penghuni KSJ sangat gembira dengan apa yang dilakukan oleh pihak MPP. Tahniah.

Pada komen kali ini, saya tertarik untuk menyentuh beberapa isu yang dikemukakan oleh saudara Hazim dalam post kali ini.

Pertama, mengenai isu cleaner menggunakan lif. Pada hemat saya, apa salahnya cleaner itu menggunakan lif. Bagi saya, mereka menggunakan lif itu atas urusan tanggungjawab. Tanggungjawab berkenaan isu kebersihan dan juga keceriaan blok di dalam KSJ. Saya pasti, sekiranya blok kotor dan tidak terurus, ia pasti akan jadi satu isu berbangkit dalam KSJ. Saya lihat cleaner dalam KSJ ini komited dengan tugas mereka. Malah, mereka sudah banyak kali bersabar dengan sikap segelintir pelajar KSJ yang pengotor dan juga tidak tahu jaga kebersihan. Jadi saya rasa, kita patut menghormati mereka dalam mereka melaksanakan tugas mereka sebagai cleaner. Mengenai lif berbau, untuk makluman saudara, bukan cleaner sahaja yang menyumbangkan bau-bau dalam lif itu, tetapi juga kecuaian pelajar KSJ sendiri. Saya beri cointoh amat mudah, kebanyakan pelajar kita suka membungkus makanan untuk makan di dalam bilik. Mereka bawa makanan itu dengan cuai, lalu tertumpah di tempat-tempat awam misalnya lif. Kemudian, dengan tanpa rasa tanggungjawabnya, pelajar itu pergi meninggalkan sisa makanan begitu sahaja tanpa ada usaha untuk mengutip sisa itu. Siapa lagi yang boleh kita harapkan untuk membersihkan sisa makanan itu jika tidak pada cleaner?? Saya pasti sekiranya kita yang disuruh kutip sisa itu, kita juga tidak mahu. Jika saudara juga ingin menyentuh mengenai tanggungjawab cleaner, ya, itu memang tepat, tetapi persoalannya sekarang, di mana nilai moral dan mentaliti pelajar yang melakukan perkara itu, tiada rasa tanggungjawab dan bersikap angkuh dengan kecuaian yang dilakukan. Jadi, pendapat saya adalah adalah tidak wajar untuk menghalang mana-mana cleaner untuk menggunakan lif.

Saya beri satu lagi situasi mudah. Setiap pagi, selepas subuh, sudah ada beberapa orang cleaner untuk pergi ke setiap aras untuk mengutip sampah. Cleaner itu membawa tong besar untuk mengutip sampah sarap yang dibuang oleh kita sendiri. Jika kita tidak membenarkan cleaner untuk mengggunakan lif, jadi bagaimana mereka hendak angkut sampah sarap kita itu?? Takkan nak minta pelajar KSJ tolong? Saya rasa, tiada siapa yang rajin untuk tolong cleaner itu.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/13874536498557423681noreply@blogger.com