Wednesday, October 26, 2016

Doctor Strange : Pasti Memukau...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Ikutkan hati memang aku mencari masa dan peluang untuk bercuti bagi merehatkan minda dari kesibukan kerja di pejabat. Lari dari untuk berfikir buat seketika tapi kekuatan diri dan melangkah ke hadapan adalah pasti. So, apa-apa pun, kita jangan lari dan teruskan sahaja kehidupan yang mendatang kerana kita kena percaya bahawa kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan di akan datang.

Aku bukannya nak bercerita mengenai itu tapi sekadar pembuka bicara untuk entry kali ini. Insyaallah, aku akan berikan sedikit review mengenai satu movie yang aku baru sahaja berpeluang menyaksikannya di tayangan premiere iaitu movie 'Doctor Strange'. Korang tahu tak pasal filem terbaru keluaran Marvel ini?

Doctor Strange : Khayalan Yang Pasti Memukau...

2016 adalah tahun yang menampilkan pelbagai movie berbentuk superhero dan adiwira seperti 'Batman VS Superman', 'Captain America : Civil War', 'Suicide Squad', 'Max Steel', 'Ninja Turtle' dan bermacam-macam lagi pilihan yang sememangnya memberikan persembahan yang menarik dan memberikan kepuasan kepada para penonton dan pengikut movie superhero ini.


Doctor Strange adalah satu lagi movie superhero keluaran Marvel yang cukup memberikan kelainan dan dimensi lain dari segi kekuatan kelebihan atau 'kuasa' yang lebih kepada ilmu sihir. Perjalanan ceritanya jugak tak terlalu berat dan tak terlalu 'slow' berbanding movie-movie superhero yang lain. 

Permulaan cerita, penonton dipersembahkan dengan kelebihan kuasa magic dari Pendeta Purba menggunakan kuasa 'dimensi masa' dan 'cermin dimensi' yang rata-ratanya membuatkan penonton tak berkelip mata. Bagaimana sebuah bandar boleh bertukar menjadi seperti sebuah mesin yang aku sendiri pun tak terkata dengan keunikan CGI yang dipersembahkan. Cukup-cukup memberikan kelainan.

Doctor Strange merupakan seorang doktor pakar yang mempunyai ego yang tinggi dengan kelebihan dan kepakaran beliau menyelamatkan pesakit-pesakit sehinggalah ada satu kejadian dimana berlakunya kemalangan yang menyebabkan kedua-dua tangan beliau lumpuh dan ada kaitan dengan masalah saraf. 

Beliau mendapat info yang ada seorang lelaki berjaya memulihkan lumpuhnya dan menyebabkan Doctor Strange mengembara sehingga ke Kathamandu, Nepal untuk mencari sebuah tempat bernama Kamar-Taj dan di situlah beliau bertemu dengan Pendeta Purba yang pada mulanya mempertunjukkan kelebihannya bagi membuang sifat ego Stephen Strange ini. 

Stephen Strange diberi peluang untuk dilatih dengan seni mempertahankan diri dan belajar ilmu-ilmu sihir dan kepercayaan untuk memberikan satu kelebihan buatnya. Sehinggalah ada satu kejadian, Stephen Strange ditinggalkan di Everest dan dibiarkannya sehinggalah dia kembali ke tempat asal menggunakan kelebihan kuasanya yang ada. Di situlah Strange mendapat kembali keyakinan dan terus belajar sehinggalah beliau belajar sendiri ilmu 'Cermin Dimensi' dan 'Dimensi Masa'.

Malapetaka berlaku apabila watak jahat iaitu Kaecilius yang berjaya mencuri mukasurat yang menunjukkan pembelajaran ilmu 'Cermin Dimensi' dan beliau bersama dengan geng-geng dia cuba untuk menakluki 3 pintu utama laluan bagi kuasa jahat menakluki bumi iaitu di Hong Kong, New York dan London. 

Nak tahu lebih lanjut? Korang kena tengok sendiri filem Doctor Strange ini mulai esok di pawagam seluruh Malaysia. Percayalah bahawa movie ini pasti memberikan kepuasan dengan kelainan dan keunikan yang dipersembahkan oleh Marvel. Aku bagi 10/10 bintang untuk movie ini secara keseluruhannya. Memang terbaek dan boleh layan...hahaha ;)

Sekian, wallahua'lam... 

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com

Monday, October 24, 2016

Adibah Noor : Into The 3rd Decade, A Mini Concert...

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi untuk entry terbaru aku. Walaupun sedikit sibuk dengan pelbagai aktiviti dan tugasan termasuklah di dalam pejabat mahupun di luar pejabat. Dan terbaru aku dilantik menjadi Pengacara Majlis untuk satu Majlis Konvensyen Inovasi dan Kualiti peringkat kebangsaan. Satu amanah dan kepercayaan yang sangat besar diberikan kepada aku. Insyaallah, aku akan cuba yang terbaek.

Ini merupakan kali kedua aku diberikan kepercayaan dan ditugaskan untuk mengemudi majlis rasmi dan seingat aku, kali terakhir aku menjadi 'Master of Ceremonies a.k.a MC' ini adalah ketikamana diadakan majlis rasmi bagi meraikan bakal-bakal jemaah haji. Walaupun aku sebenarnya agak gemuruh untuk mengemudi majlis, tapi aku terima saja seadanya kepercayaan dan amanah yang diberikan ini. Ianya satu penghargaan buat diri aku.

Adibah Noor : Into The 3rd Decade, A Mini Concert...


Penghargaan yang dibuat untuk diri sendiri merupakan satu yang perlu bagi memberikan satu kepuasan sepertimana yang dibuat oleh Adibah Noor bagi meraikan penglibatan beliau di dalam dunia seni hiburan tanah air. Adibah Noor merupakan antara artis contoh yang boleh kita jadikan sebagai sumber rujukan terbaek kerana beliaulah antara artis tanah air yang mempunyai kelebihan tersendiri dari segi bakat dan jatuh bangun beliau di dalam industri tanah air ini.

Yeahhh...aku berkesempatan mengikuti persembahan Adibah Noor dalam 'Adibah Noor : Into The 3rd Decade, A Mini Concert' baru-baru ini yang dibuat dalam suasana yang cukup elegan dan santai di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) bersama dengan kawan aku, Zubir yang merupakan seorang perancang bandar yang cukup kreatif dalam bidang seni lukis.

Mini konsert ini boleh dikatakan antara konsert yang cukup santai, best, menghiburkan, boleh layan dan semestinya diserikan dengan celoteh jenaka spontan dari Adibah Noor. Beliau merupakan seorang entertainer / penghibur yang cukup bijak memberikan persembahan terbaek. Menerusi konsert ini, beliau turut berkongsi perjalanan hidup beliau dengan titik permulaan sebagai seorang guru bahasa Inggeris sehinggalah beliau sekarang bergelar sebagai seorang penghibur tanah air yang serba boleh.

Sepintas lalu mengenai Kak Adibah Noor yang pernah aku kenali ini ialah beliau seorang yang sangat happening, selalu balas tweet aku, pernah berkongsi kepada aku cara menguasai Bahasa Inggeris menerusi sms antara aku dengan kak Adibah Noor (sebelum beliau popular dengan lagu Terlalu Istimewa). Beliau juga seorang penghibur yang serba boleh samada pengacara, pelawak, penulis lirij, penyanyi, pelakon dan sebagainya lagi. Beliau juga pernah memenangi Anugerah Juara Lagu dan menjadi finalis Pelakon Pembantu Wanita Terbaek di Festival Filem Malaysia.

Berbalik kepada konsert beliau itu, persembahan pada malam itu menampilkan beberapa lagu yang beliau pernah nyanyikan semasa menyertai pertandingan nyanyian seperti 'Flashdance...What A Feeling' dan beberapa lagi lagu semasa menjuarai Suara 90-an Nescafe menerusi lagu Anggapanmu dan I Will Always Love You.

Antara lagu yang beliau bawakan adalah Love Never Felt So Good, Not The Only One, Ikan Di Laut, Siapa Dia, Bulan dan Mentariku serta Hujan. Beliau turut menyampaikan beberapa lagu dari album ketiga yang akan dilancarkan tahun ini iaitu menampilkan lagu-lagu duet beliau seperti Jiwa Sentuh Jiwa (ft. Misha Omar), Bahasa Rindu (ft. Nizam), Sebutlah Namaku (ft. Amir Jahari), Sandaranku (ft. Atilia), Ke Sana Denganmu (ft. Sam Innuendo), Malaysiaku Cinta (ft. Dina Nadzir) dan Andai Ada Ruang (ft. Anuar Zain).








Setiap persembahan yang dibawakan secara duet, aku amat-amatlah tertarik dengan gabungan suara antara Kak Adibah Noor dengan Misha Omar dan Amir Jahari kerana kedua-dua lagu tersebut mempunyai daya tarikan yang tersendiri terutamanya lagu nyanyian bersama Amir Jahari yang cukup best. Selain itu, lagu wajib yang turut dipersembahkan oleh Kak Adibah Noor adalah lagu Terlalu Istimewa dan mengakhiri konsertnya dengan lagu Joget Hati Senang.

Secara keseluruhan, aku amat berpuas hati dengan persembahan oleh Adibah Noor dari awal permulaan sehinggalah di pengakhirannya, penuh dengan maksud perjalanan kehidupan seorang insan bernama Adibah Noor dan yang paling penting adalah diselitkan dengan jenaka spontan Adibah Noor yang semestinya mengundang gelak tawa penonton. Apa-apa pun, terbaek Kak !




Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com

Thursday, October 20, 2016

Rock Bro - Kembali Ke Pangkal Jalan...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, pertama-tama kalinya aku nak ucapkan berbanyak ucapan 'Terima Kasih' buat ibu ayah aku, adik-beradik aku, sahabat-sahabat aku, kawan-kawan aku, rakan-rakan sekerja aku, dan semuanya yang telah mendoakan kebaikan kepada aku bersempena Hari Lahir aku yang ke-26 semalam. Aku cukup terharu apabila salah seorang peserta Gegar Vaganza 3 iaitu Azharina Azhar a.k.a Kak Nina turut menghantar voice mesej ke whatsapp aku menyanyikan lagu 'Happy Birthday to you' untuk aku...hehe ;)

Malam Gala Tayangan Filem Rock Bro Arahan Mamat Khalid


Sebelum tue aku nak ucapkan berbanyak terima kasih buat team M.A di atas ruang yang diberikan untuk hadiri ke Malam Gala Tayangan Filem Rock Bro ini dan aku menjadi salah seorang penonton terawal yang menonton filem Rock Bro ini dan filem ini akan ditayangan di pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober 2016.

Aku juga berkesempatan untuk berinteraksi dengan pengarah filem Rock Bro iaitu Saudara Mamat Khalid dan barisan pelakonnya seperti Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan dan sebagainya lagi. Boleh kata ramai juga yang hadir menyaksikan filem ini dan diawal majlis ianya diserikan dengan persembahan daripada beberapa artis rock tanah air.






Rock Bro - Kembali Ke Pangkal Jalan...

Filem ini adalah sebuah filem kesinambungan dari siri Rock, Rock Oo dan terbaru Rock Bro ! Keserasian dan kesinambungan antara ketiga-tiga filem ini amatlah berkaitrapat dan dipersembahkan dengan satu konsep kelainan menerusi Rock Bro. 

Watak Jijo yang dilakonkan oleh Khir Rahman sebenarnya menjadi kekuatan utama bagi filem Rock Bro ini dan ianya cukup 'hidup' menerusi karakter dan gayanya yang tersendiri. Kekuatan ini menjadi lebih hebat pabila digabungkan dengan lakonan santai dari Soffi Jikan turut memberikan kekuatan untuk filem ini untuk aku hayati satu persatu penceritaan jatuh bangun kumpulan Rimba Bara ini. Watak Ella juga menjadi salah satu watak sampingan yang memberikan kekuatan 'cinta' dalam filem ini walaupun tema Rock yang sebenarnya diangkat di dalam filem ini.

Berlatarbelakangkan era 90-an berselang seli dengan zaman sekarang, filem ini digarapa dengan cukup bijak dipersembahkan dengan penuh gaya oleh Saudara Mamat Khalid. Menerusi filem Rock Bro ini, aku seperti menyaksikan sesuatu yang baru dipersembahkan hasil karya saudara Mamat Khalid. Betul atau tidak, korang kena tengok sendiri filem ini...hahah

Apabila kita dijanjikan untuk kembali ke zaman kegemilangan rock, seperti wajib untuk produksi filem ini menyediakan beberapa lagu rock untuk dipersembahkan secara santai dan mengikut rentak perjalanan cerita bagi memastikan penonton menjadi 'feel' dan kepuasan ketika menonton filem ini. Itu aku setuju ! Aku dapat rasainya apabila filem ini diserikan dengan pelbagai jenis lagu Rock yang cukup ber'hantu' buat pengikut lagu-lagu Rock.

Secara keseluruhannya, filem ini boleh dikatakan tidak terlalu berat untuk dihadam oleh penggemar filem dan jenakanya juga cukup bersahaja. Aku anggap filem Rock Bro ini memang sesuai untuk ditonton dan memang layan walaupun anda bukan peminat Rock. Tapi aku merasakan filem sekuel Rock Bro ini ada sedikit kekurangannya berbanding filem Rock dan Rock Oo terutamanya aku kurang suka ending filem ini ketikamana filem ini tengah klimaks, tup-tup ada scene yang potong 'stim'.. Aduhhhh....

Apa-apa pun, aku puji Saudara Mamat Khalid sebab filem ini dipersembahkan dengan cukup teliti dan cukup berpengetahuan ketikamana muzik rock sedang rancak di zaman era-90an, diselitkan juga dengan aktiviti ajaran sesat dan dikembalikan juga aura Anugerah Juara Lagu dalam filem ini. Dan yang paling penting, ada pengajarannya yang tersendiri.

Perghhh... Secara keseluruhannya, aku bagi 7/10 bintang untuk filem Rock Bro ini. Dan kepada pembaca blog aku, aku cadangkan untuk korang turun ke pawagam mulai 27 Oktober 2016 ini untuk menyaksikan sendiri filem Rock Bro dan hayatilah jatuh bangun kumpulan Rimba Bara yang pastikan membuatkan ada berkhayal buat seketika ke dunia rock era-90an. 









Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com


Tuesday, October 18, 2016

Batik Fun Walk 2016

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Wahhh...esok hari lahir aku yang ke-2*? Hahaha...sekejap saja masa berlalu, dari hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun, sekarang nie aku dah berkhidmat bertugas di Kuala Lumpur. Walaupun impian aku masih tetap nak bekerja di Alor Setar, Insyaallah suatu hari nanti pasti akan tiba waktu itu. Aku tetap takkan mengalah untuk terus berusaha agar ditempatkan bekerja di Alor Setar supaya lebih dekat dengan mama abah aku. Hehe... ;)

Untuk pengetahuan, Insyaallah aku akan kembali ke dunia kepimpinan dan kesukarelawanan tapi aku masih mencuba untuk menyesuaikan kembali agar aku tak kekok. Tapi Insyaallah, aku percaya kepada platform terbaru ini tetapi aku masih tetap mencuba kerana niat aku hanya untuk mengutip kembali ilmu dan berkongsi kepada semua terutamanya anak muda Malaysia. Walaupun tak seberapa, tapi aku cuba memberikan komitmen yang terbaik. Dan alhamdulillah, aku diberikan sekali lagi untuk menjadi Pengacara Majlis bagi satu program di peringkat kebangsaan. Berdebor pulak jantungku...haha ~

Ditambah pula dalam masa yang sama aku memberikan sokongan sepenuhnya buat akak artis kesayangan aku, Sis Azharina Azhar yang menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza 3. Dan paling best, bila Kak Nina whatsapp kepada aku dengan lagu kegemaran aku yang dinyanyikan beliau sendiri iaitu Tika Bersamamu dan yang paling best, bila di Instagram Kak Nina ada sebut nama aku...cewahhh...hehehe ;) Insyaallah, aku akan turun ke Shah Alam setiap minggu untuk memberikan sokongan kepada beliau. Dan korang pun mesti support #AzharinaGV2016 , sentiasalah gunakan hashtag tue untuk support beliau yang dulu pernah menggegar Malaysia dengan lagu berhantunya, Elegi Sepi.

Batik Fun Walk 2016...

Ok, kita berbalik kepada tajuk entry aku yang terbaru iaitu penyertaan aku dalam memberikan sokongan secara langsung kepada aktiviti Batik Fun Walk 2016 anjuran Budi Penyayang Malaysia dan Malaysia Tourism Centre (MATiC) yang merupakan aktiviti tahunan mereka yang cukup memberikan inspirasi yang terbaek buat semua.


Keunikan aktiviti ini adalah semua peserta akan berjalan sepanjang 2.3km menerusi jalan Ampang, jalan Sultan Ismail dan jalan P.Ramlee dengan memakai batik dalam pelbagai keunikan perhiasan sampingan yang memberikan salah satu keseronok dan kepelbagaian kemeriahan yang sememangnya dirasai oleh setiap para peserta. Ada yang memakai batik dengan pelbagai gaya seperti tanjak pengantin, skirt, selendang, tudung, bunga manggar, dan macam-macam lagi.


Batik Fun Walk 2016 yang dirasmikan oleh YB Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah menarik begitu ramai peserta dari pelbagai peringkat umur dan pelbagai kaum termasuk pelancong asing dari pelbagai negara. Batik yang dijadikan tema untuk aktiviti ini sememangnya cukup unik kerana ini merupakan kali pertama yang aku sertai bertemakan batik. Aku pun redah ja pakai batik. Hahaha... Batik Fun Walk 2016 ini turut diserikan dengan beberapa persembahan artis seperti Kaka, Azhael dan Amira Othman. 

Bagi aku, aktiviti seperti ini cukup memberikan satu kepuasan dan aktiviti bermanfaat bagi memenuhi masa hujung minggu yang terluang. Insyaallah, aku akan sertainya lagi sekiranya aktiviti ini diadakan semula pada tahun hadapan. Korang yang membaca blog aku ini, jangan lupa sertainya juga pada tahun hadapan. Percayalah, aktiviti ini cukup best, santai dan enjoy! Jom aku kongsikan beberapa keping gambar yang sempat aku rakamkan... ;)












Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com


Friday, October 14, 2016

Teater Blues Hari Isnin by Asterik Anak Seni & Revolution Stage...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah bertemu sekali lagi para pembaca blog aku untuk entry terbaru dari aku sebelum kita semua bakal menyambut Hari Lahir Aku yang ke- 2* nnti pada 19 Oktober 2016. Pejam celik, pejam celik, sekejap saja berlalu zaman kanak-kanakku, zaman remajaku dan sekarang aku berdiri sebagai seorang penjawat awam yang akan terus menjalankan amanah dan tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik. Insyaallah... ;)

Sebelum tue, korang semua mesti tahukan pasal rancangan realiti TV - Gegar Vaganza 3 dan antara semua finalis seramai 12 orang artis yang bakal mencipta nama semula tue, siapakah yang korang akan sokong? Insyaallah, aku akan memberikan sepenuhnya sokongan aku kepada 'akak' ku, Azharina Azhar yang pernah menggegarkan dunia muzik tanah air dengan lagunya, Elegi Sepi. Terkejut juga bila kak nina hantar video dan voice mesej ke whatsapp personal aku dengan siap 'mentioned' nama aku lagi. Insyaallah, sama-samalah berikan sokongan terhadap Azharina Azhar untuk GV3 kali ini. Aku masih lagi simpan kenangan 13 tahun yang lalu bersama beliau. Cewahhh...

Blues Hari Isnin By Asterik Anak Seni & Revolution Stage...



Kenapa hari isnin? Kenapa tidak hari ahad ke, selasa ke atau hari-hari lain? Semuanya diolah satu persatu mengenai Rash & Qursyi lakonan Bro Afiq dan Sis Qiu yang menyukai antara satu sama lain tetapi tidak bersedia untuk mengakuinya ketikamana berhadapan sesama mereka.

Olahan jalan ceritanya yang tidak terlalu berat, santai dan penuh nostalgia bak zaman remaja dahulu, Bro Sein Fattah (selaku pengarah) bijak menggunakan pentas dengan lakonan yang cukup bersahaja oleh 2 orang saja pelakon yang bijak menjiwai watak masing-masing menerusi dialog-dialog yang digunakan tanpa membuatkan kita terlalu berfikir. Itu aku puji !

'Kau menafikan pada zahir,
Kau selindungkan yang batin'



Itulah tema atau slogan yang mengangkat pengkisahan dua insan yang berumur 20-an yang kedua-duanya mempunyai karakter yang berbeza dimana si Rash yang tegap, macho dan si Qursyi yang comel, ala-ala tomboi sikit, suka menyanyi dan lain-lain lagi cukup memberikan pelbagai rasa menerusi satu babak ke satu babak yang lain.



Diselitkan dengan nyanyian bersahaja dari kedua-dua pelakon itu juga harus dipuji ditambah dengan alunan gitarnya cukup menggambarkan sepertimana babak-babak tersebut yang aku anggap berada di tepi tasik ataupun di atas bumbung bangunan (rooftop). Aku cuba menjiwai setiap yang dipersembahkan itu, dan aku yakin yang aku dapat 'tangkap' apa yang mereka cuba sampaikan.



Cuma aku lebih suka sekiranya babak ketikaman Qursyi membawa Rash untuk berjumpa dengan seorang kenalan perempuan itu dipersembahkan dengan watak itu benar-benar wujud. Ianya akan menjadi lebih baik dan aku tidaklah terlalu berimaginasi sekiranya watak tersebut benar-benar diwujudkan.

Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dan aku bagi 3/5 bintang untuk teater ini. Dan aku yakin kedua-dua pelakon ini mampu pergi jauh lagi. Sekiranya dorang berlakon lagi untuk teater akan datang, Insyaallah, aku akan pergi sebab aku suka dengar dorang menyanyi. Hehehe... bonus 1 lagi bintang untuk nyanyian si Rash & Qursyi.


Ok, aku nak belah dulu sebab nak bersiap kejap untuk ke masjid untuk solat Jumaat. Insyaallah, malam nie kita layan teater terbaru lagi. Dan aku akan update nanti. Nantikannya ya... ;)

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Thursday, October 13, 2016

Ini Teater Serius : Barisan Hadapan Dunia by Aksara Seni...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah kita bertemu sekali lagi untuk entry terbaru. Sebenarnya aku nak ceritakan / kongsikan dulu beberapa aktiviti yang sempat aku join sebelum nie seperti Citrawarna Malaysia 2016, Hari Sukan Negara, Teater Blues Hari Isnin, Tayangan Premiere Movie Inferno dan macam-macam lagi tapi aku lebih tertarik untuk kongsikan pandangan/review aku terhadap teater yang aku tengok semalam iaitu Barisan Hadapan Dunia.

Ini Teater Serius : Barisan Hadapan Dunia by Aksara Seni...


Barisan Hadapan Dunia? Apa itu sebenarnya? Kalau kita berhatikan sekarang kita ada Perdana Menteri, Barisan Menteri, Barisan Wakil Rakyat, Ketua-Ketua Kampung, Ketua-Ketua Kelas dan sebagainya lagi, tapi apa akan berlaku sekiranya ketegangan berlaku antara mereka semua sepertimana yang berlaku antara puak Baju Merah dengan Baju Kuning sehingga menyebabkan keadaan menjadi kurang stabil. Siapa yang akan memimpin?

Barisan Hadapan Dunia inilah yang akan memimpin masyarakat sepertimana Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dijadikan tempat sekiranya berlakunya ketegangan antara mana-mana negara. Siapakah yang memilih mereka ini? Persoalan-persoalan ini agak serius sebenarnya tetapi apabila diterjemahkan menerusi teater #ProjekBilikSempit , ianya berubah 360 darjah menjadi suatu teater yang begitu menarik dan penuh gelak ketawa. Itu aku puji ! 




Teater yang ditulis dan diarahkan oleh Bro Danial (Dan) ini menjadi teater pertama yang aku tengok berkonsepkan komedi. Sumpah ! Dari awal hingga ke akhir teater ini aku gelak tak henti-henti kerana setiap babak yang dibawakan secara sinis begitu lucu dipersembahkan oleh barisan pelakonnya yang begitu spoting, terbaek dan tak malu. Hahaha... Aku rasa, sesuai dorang ini masuk ke rancangan spontan. Hahaha...

Mula-mula aku tertanya-tanya kenapa teater ini dipentaskan semula walaupun ianya telah dipentaskan sebanyak 4 kali sebelum ini di pelbagai tempat dan akhirnya dipentaskan semula buat kali kelima. Bila aku tonton barulah aku tahu yang teater ini memang puas ! Hilang semua stress aku ketikamana menonton teater lucu ini. Hahaha...

Watak dan perwatakannya dipersembahkan dengan pelbagai latar belakang iaitu ada yang kelihatan begitu alim dan berkeinginan untuk menjadi pemimpin tetapi akhirnya tertunduk 'hilang songkok' apabila berdepan dengan perempuan seksi dan cantik, ada juga yang begitu menyanjungi bangsanya, ada juga mamat indon tetapi telah lama menetap di Malaysia, pasangan kekasih 'bucuk-bucuk' dan lain-lain lagi.




Pelbagai isu semasa dikaitkan dan disiniskan menerusi dialog dan jalan ceritanya seperti percaturan antara penyokong Baju Kuning dan Baju Merah, logikkah rm berjuta-juta di simpan di dalam almari, semua harta kerajaan disewakan seperti dewan persidangan dan pelbagai lagi yang membuatkan kita berfikir serta-merta. Konsepnya yang dipersembahkan seperti suatu persidangan dunia juga harus dipuji.




Aku sebenarnya begitu tertarik dengan konsep, jalan cerita dan dialognya yang begitu menarik dan mudah untuk dihadamkan. Dan aku juga diberikan sedikit penjelasan mengenai beberapa babak yang dipersembahkan apabila berpeluang untuk berinteraksi dengan pengarahnya sendiri iaitu, Bro Dan. Secara keseluruhannya, aku bagi 4/5 bintang untuk Barisan Hadapan Dunia dan tak mustahil aku mungkin akan tengok sekali lagi sekiranya ada masa terluang. Insyaallah...kalau ikutkan aku book tiket untuk malam nie tetapi aku terpaksa pergi tengok awal sehari kerana komitmen aku yang agak padat buat masa sekarang. 



Aku cadangkan korang yang berada di sekitar Kuala Lumpur, jemputlah tengok, fahami dan hayati teater komedi yang pasti korang takkan rugi. Trust me ! Kita sama-sama support karya anak muda menerusi karya-karya yang berkualiti sepertimana teater Barisan Hadapan Dunia. Tahniah to kru produksi dan semuanya... ;)

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com