Monday, February 1, 2016

Korean Language & Culture Program di Jeju National University, Jeju Island, South Korea (Part 2)...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Setelah lama tak jumpa untuk entry dalam tahun 2016 ni, hari ni aku nak sambung perkongsian aku mengenai '2014 - Jeju National University Short-Term Korean Language And Culture Program' yang bertempat di Jeju National University, Jeju Island, South Korea.


Untuk entry sebelum ni, aku ada ceritakan mengenai sesi kelas pembelajaran bahasa Korea, jungle trekking, woman diving, horse riding, majlis perasmian dan majlis penutupan termasuk dengan sesi persembahan aku serta persembahan 'Nanta Cookin'' yang cukup menghiburkan. Hari ni aku nak kongsikan pula mengenai kelas masakan, sesi bersama rakan-rakan, kelas nyanyian lagu korea dan beberapa lagi aktiviti lain tapi malangnya tak semua aku sempat bergambar. Huhu... ;(

Aku diberi tugas untuk menyediakan makanan tradisional negara Malaysia bagi salah satu aktiviti pembelajaran kelas penyediaan makanan tradisional dari negara masing-masing. Kelas aku terdiri dari aku 'Malaysia', Indonesia, USA, Vietnam, Japan, China dan Taiwan. Aku berpasangan dengan Esther Lita dari Indonesia dengan penyediaan 'Mee Goreng' oleh Esther dan 'Kuih Keria' oleh aku. Aku agak terbatas sebenarnya untuk aktiviti masakan ni disebabkan dapurku tue turut disekalikan dengan para pelajar lain yang menggunakan daging khinzir sebagai menua utama mereka.



Aku terfikir untuk menyediakan 'kuih keria' ini walaupun tak pernah buat sebelum ni di Malaysia setelah mendapat cadangan dari ibuku menerusi line. Walaupun kuih ini agak mudah disediakan tetapi nak sediakan peralatan dan bahan2 yang berkaitan ni cukup mencabar sebenarnya kerana di sana tiada kedai Asia. Hahaha...

Opppsss... aku nak cerita sedikit pengalaman aku membeli bahan-bahan persiapan memasak tue best sebenarnya apabila mentor aku atau pelajar tempatan yang menjadi partner aku ini bawak pergi pasar basah dan pusing-pusing salah satu pasaraya terbesar di Jeju Island untuk cari bahan mentah bersama dengan rakan-rakan aku yang lain. Aku dapat lihat banyak ikan-ikan pelik dan daging-daging pelik di sini. Tak kurang jugak gelagat-gelagat ahjumma dan ahjusshi ni. Hahaha...


'Wan Ssi' itulah panggilan aku sepanjang di sana. Kalau di sini, panggilan depa ni menggunakan nama kita di awalan + ssi. So, macam aku ni, depa panggil 'Wan Ssi'. Best jugak sebenarnya belajar bahasa orang di negara orang ni kerana tak ramai pelajar diberi peluang dan kesempatan seperti ini dan aku salah seorang yang cukup bertuah !




Hampir setiap malam aku akan keluar bersama-sama dengan rakan-rakan aku dan ada jugak aku keluar sendirian apabila selesai sesi pembelajaran. Alhamdulillah, aku dikira cukup bertuah kerana rata-rata pelajar tempatan di Jeju National University ni sudi berinteraksi dengan aku serta sempat lepak2 bersama dengan depa ni. Depa paling suka apabila aku bercakap menggunakan bahasa depa berbanding penggunaan English.

Boleh kata, setiap hari aku akan kongsikan sepatah perkataan 'Bahasa Melayu' dengan classmate aku sebagai pengenalan kepada Bahasa Melayu, Bahasa Ibundaku. Depa juga turut berkongsi perkataan menggunakan bahasa negara depa. Meriah juga sebenarnya kelas aku ni walaupun kekadang cuaca di situ agak sejuk mencecah 10 darjah celcius. Jangan terkejut la kalu aku kata, aku sorang saja yang mandi setiap pagi berbanding pelajar lain... Hahaha...

Berada di Jeju Island ni tak sama suasananya dengan Busan ataupun Seoul (dua tempat yang pernah aku pergi di South Korea, sebelum ni) terutamanya dari segi pengangkutan awam. Di Jeju Island ini hanya ada bas dan teksi saja tetapi sangat sharp timing dorang. Kalau aku nak jimat, kekadang aku jalan kaki saja sambil melihat keindahan ciptaan Allah Taala ni. Apa yang untungnya, aku diberi satu ID Pelajar sebagai Foreigner Student dan ianya cukup bermanfaat kepada aku sepanjang berada di sana.






Banyak lagi sebenarnya aku nak kongsikan pengalaman-pengalaman menarik, manis, pahit dan semuanya yang aku rasa sepanjang tempoh berada di sana tetapi aku sendiri tak tertulis untuk menceritakannya satu persatu. Kadang-kadang aku tersenyum sorang-sorang bila teringat peristiwa-peristiwa memalukan, kejadian-kejadian pelik yang takkan terdapat di Malaysia sepanjang tempoh aku berada di sana.... Hahaha...

Niat di hati, ingin aku tulis satu persatu kisah-kisahnya untuk lahirkan sebuah buku berkaitan sepanjang aku mendalami bahasa dan ilmu-ilmu budaya serta pemerhatian aku disana tetapi sekadar angan-angan sajalah. Hahaha...

Insyaallah, ada masa lagi aku akan kongsikan lagi cerita-cerita lain pula. Insyaallah...

Sekian, Wallahua'lam...

'Jauh Perjalanan, Luas Pandangan'

Entry sebelum ini,

Korean Language & Culture Program Part 1

Tempat-tempat menarik yang pernah aku lawati :-

1. Seoul, South Korea
2. Gold Coast, Australia
3. Hong Kong
4. Manila, Filipina
5. Yogyakarta, Indonesia
6. Singapore

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: