Sunday, October 28, 2012

Lawatan Ke Parlimen Malaysia...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

‘Mempertingkatkan Aktiviti Mahasiswa FGHT Ke Arah Pembangunan Modal Insan’

Itulah salah satu manifesto saya yang saya ungkapkan ketika sesi Pidato atau Rapat Umum ketika berkempen dalam Pilihanraya Kampus UTM baru-baru ini untuk merebut kerusi Fakulti.

Maka wujudlah Program ‘Lawatan MPM & Mahasiswa/i FGHT Ke Parlimen Malaysia’ yang diadakan sebagai salah satu program terawal yang dibuat oleh Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa yang diketuai Saya sendiri selaku Setiausaha Kerja MPM UTM Sesi 2012/2013.

Program ini merupakan salah satu dari Manifesto Saya yang dapat ditunaikan pada 22 Oktober 2012 (Isnin) bersama Mahasiswa/i FGHT. Berobjektifkan merapatkan ukhuwah dan memberi pendedahan awal bagaimana sesuatu dasar itu dibuat serta memberi peluang kepada Mahasiswa/i FGHT untuk berinteraksi bersama Kepimpinan Negara dan Barisan Ahli Parlimen Malaysia.

Antara aktiviti yang dibuat adalah :
• Melawat Dewan Rakyat ketika sesi Perbahasan dan Soal-Jawab diadakan
• Melawat Dewan Negara
• Sesi Dialog & Jamuan Tengahari Bersama YB Senator Dato’ Dr Firdaus Bin Hj Abdullah, Ahli Dewan Negara
• Sesi Diskusi Bersama YB Senator Tan Sri Abu Zahar Bin Ujang, Yang Di-Pertua Dewan Negara
• Hi-Tea Bersama YB Dato’ Mukhriz Bin Tun Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, merangkap Ahli Parlimen Jerlun, Kedah
• Sesi Bergambar & Ramah Mesra Bersama Beberapa Ahli Parlimen Malaysia

Diharapkan dengan gabungan Mahasiswa/i Tahun 1, 2, 3 dan 4 dari semua kursus di FGHT, kita akan lebih mesra antara Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa dan Mahasiswa-Mahasiswi FGHT. Insyaallah…kita akan cuba anjurkan program atau aktiviti lain di masa hadapan. Insyaallah…

*Jom tengok beberapa keping gambar yang sempat diambil… =)




*Saya nak ucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada semua pihak yang membantu saya dalam melancarkan aktviti ini. Insyaallah… =)

“TERUS BERBAKTI”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Setiausaha Kerja
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia Sesi 2012/2013
wan_hazem19@yahoo.com